Posts

Showing posts from May, 2017

~Ramadhan dan ulangtahun~

Image
Bismillah… Alhamdulilah.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam… Pada tahun ini aku sempat berpuasa bersama keluarga tersayang. Marhaban ya ramadhan. Semoga perjalanan ramadhan kali ini dipermudahkan…
marhaban ya ramadhan
Bila ingat kembali tahun lepas, aku berjuang di hospital sebab keadaan kesihatan yang betul2 tidak baik.. Pada waktu puasa lepas, suami yang banyak menghabiskan masa menjaga aku dihospital terutama ketika cuti sekolah… sahur dan berbuka semuanya di hospital.. Ingat lagi, suami akan turun awal ke kantin hospital untuk tapau makanan. Macam tu juga dengan berbuka…bila keadaan aku mulai beransur baik, kadang2 aku akan ikut turun ke bawah untuk cari makanan… Tapi terpaksa memakai topeng muka memandangkan masa tu rash naik di muka… Malu… Harapanku, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya…
Dan….Alhamdulillah ramadhan hari pertama kali ni juga jatuh dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima tahun. 27 Mei 2012-27 Mei 2017.
Alhamdulillah...5 tahun sudah.

Selamat Hari Guru

Image
Alhamdulillah..segala pujia bagi Allah… Tahun ni merupakan tahun ke-6 aku meraikan sambutan hari guru.
Cuma tahun ni di sekolah berlainan… Perjalanan yang masih jauh lagi, moga Allah membantu dalam setiap langkahku untuk menjadi seorang pendidik.


Selamat Hari Guru…
Aku meraikan sambutan hari guru: 1. SK. Bolong(1994-1999) 2. SMK Badin (2000-2003) 3. MRSM Kinarut (2004-2005) 4. Kolej Matrikulasi Labuan (2006-2007) 5. UTHM Johor (2008-2011)
Aku diraikan sebagai seorang guru: 1. SMK Kudat (2012-2016) 2. SMK Badin (2016-sekarang)

Tugas menjadi seorang guru tidak akan pernah berhenti. Jiwanya harus sentiasa kental dan sabar dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dalam pelbagai aspek. Semoga setiap urusanku dipermudahkan Allah.. aamiin.