Sunday, 5 March 2017

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..

Kadang-kadang sakit kepala yang berterusan dan sakitnya LUAR BIASA perlu diberi perhatian. Terutama sakit kepala yang disertai dengan demam yang susah untuk kebah. Macam aku dulu, mula2 kena serang dengan penyakit ni, ingatkan cuma sakit kepala biasa. Tapi bila makan ubat tahan sakit tidak reda juga. Entri kali ni ntuk rujukan dan perkongsian sebagai seorang pesakit yang pernah berhadapan dengan penyakit ni.

Apa itu Cryptococcal Meningitis?

Meningitis adalah peradangan pada membran (meninges) disekitar otak dan tulang belakang, biasanya infeksi penyakit ini menyebar. Pembengkakan yang terkait dengan meningitis sering memicu tanda dan gejala dari kondisi ini, antara lain sakit kepala, demam dan leher kaku pada siapapun yang berusia 2 tahun ke atas. Sumber

Kuman ini biasanya terdapat atau berada dalam tanah. Kuman ni biasanya masuk ke dalam tubuh kita semasa kita menghirup udara atau debu atau kotoran burung yang kering. Meningitis adalah jangkitan pada lapisan urat saraf tulang punggung dan otak. Biasanya, penyakit ini boleh menyebabkan koma dan kematian jika lambat dikesan dan dirawat. Sumber 


Perbezaan otak normal dan meningitis

Bagi mengesan penyakit ini, satu proses mengambail cecair dari tulang belakang akan dibuat. Proses ni dipanggil Lumbar Puncture. Dari psoses inilah doktor boleh kesan jika adanya kehadiran bakteria ataupun virus.

Bagi aku seorang pesakit SLE, memang lebih mudah untuk aku kena penyakit ni sebab antibody pesakit SLE memang lemah.
Antara tanda awal masa aku mula2 dapat penyakit ni sebelum kena diagnosed CP ada beberapa symptom yang aku rasa. Antaranya:

Sakit kepala yang teruk.
Aku tidak mampu angkat kepala. Aku boleh rasa macam ada bata yang kena hempap dikepala waktu ni. (Allah..memang sakit.)

Sensitive terhadap cahaya.
Aku memang tidak boleh tengok cahaya. Baik cahaya matahari atau cahaya lampu. Sakit kepala akan rasa lebih sakit. cahaya telefon pun aku tidak boleh tengok masa ni.

Demam 
Demam dan demam. Makan panadol.. tapi lepas 4 jam pasti akan demam balik. Kadang2 sampai menggigil.

Mual dan muntah.
Yang ni memang x boleh tahan. Asal makanan dan minuman yang masuk pasti akan keluar balik.

Hilang selera makan.
Bila sudah rasa mual dengan semua makanan, memang tiada selera mahu makan. Tidak boleh dipaksa. Aada satu part tu, sampai nasi pun aku rasa geli untuk tengok.

Tengkuk rasa berat.
Ini rasa macam tidak boleh bawa diri sudah. Adakalanya, aku rasa tunduk sahaja itu lebih baik dari angkat kepala yang terasa terlampau beban.

Sakit yang melampau.
Ada masa diKudat aku boleh meracau  dalam tidur sebab terlampau sakit. Bila bangun pun aku masih boleh menjerit dan mumble sebab terlampau sakit.

Penglihatan kabur
Bila tekanan dalam kepala terlampau tinggi, maka penglihatan semakin kabur. Ingat lagi masa ni, sampai selaput mata aku pun sudah kena radang. Sampai buat MRI untuk mata, orbit mata macam tu. Doktor pakar bimbang keadaaan mata makin teruk, jadi bebrapa kali aku terpaksa kena Lumbar Puncture untuk buang tekanan dalam otak.

Rasa mahu pitam.
Asal berdiri rasa mahu muntah.. tidak mampu bawa diri. Pandangn kadang2 menjadi dua. Masa pergi hospital pun aku kena papah sudah dan guna wheelchair sebeb tidak mampu untuk bergerak sendiri.

Awal bulan mei bila aku berhadapan dengan symptom ni, ingatkan Cuma sakit kepala biasa. Tapi keadaan makin teruk dengan berat badan memang turun mendadak. Selera makan memang hilang. Asal makan pasti akan muntah. Sampai satu tahap, aku hanya muntah air.

Macam mana cara kesan?

Melalui Lumbar Puncture. Jarum akan menyedut cairan sumsum tulang punggung. Tekanan cecair juga akan dapat diukur. Jenis bakteria akan dapat dikesan selepas buat LP. Selain tu, bila tekanan terlalu tinggi juga akan menyebabkan sakit kepala yang sangat tinggi. Justeru, sebahagian cecair tersebut perlu disedut. Total LP aku kena buat dari mula untuk kesan sampai untuk kurangkan tekanan semuanya 6 kali.


Lumbar Puncture.. Kesan bakteria dan kurangkan tekanan.


Rawatan asas?

Aku hari tu kena pasang ubat antibiotic untuk hampir sebulan. Tapi kadang2 badan tidak boleh terima juga. Ubat ni macam kemo kecil.

Asal nak kena pasang ja pasti staff nurse akan balut dengan plastic warna hitam. Entah..lupa sudah nama ubat ni..hmm bunyi mcam M4B. Hampir setiap kali lepas sambung ubat selama 6 jam, drip pasti akan bengkak dan terpaksa buat drip baru, huhu.. Sebab bukan setakat ubat ni ja yang masuk tapi juga setiap kali on ubat pasti akan tambah air 2 botol dan diselangi dengan ubat yang lain. Ada sampai satu tahap, bila semua lengan tiada ruang sebab bengkak, doctor terpaksa sambung ubat melalui salur ubat yang dipasang dekat dengan leher.
Macam ni lah..central venous catheter




Dan sekarang aku masih on ubat antibotik makan iaitu flucanazole. Ubat ni agak mahal. Stok untuk sebulan ja aku tengok harga rm800 lebih macam tu. Sehari makan 8 biji. Sekarang sudah reduce 4 biji sehari.
Antibiotik...Fluconazole.

Aku kena makan ubat ni untuk setahun setengah. Side effect ubat ni boleh meyebabkan radang hati. Tapi buat masa ni, alhmdulillah masih semua masih.

Apa2 pun, sakit semua Allah yang bagi. Yang penting usaha ja untuk cari ubat. Betul kata Dr. Muhaya dalam buku "Padanya ada Hikmah", Sembuh dari penyakit tu rezeki, mati itu PASTI.