Friday, 30 August 2013

Out Reach

Bismillah

Pada 28 Ogos yang lalu, iaitu bersamaan dengan hari Rabu aku dan guru2 petang yang lain telah pergi ke rumah2 pelajar yang kerap sangat tidak hadir kesekolah @ program out reach. Program kali ni bersama-sama dengan Cikgu Nazifah, Cikgu Aruna, Cikgu Sylviana, Cikgu Rujanah dan ditemani dengan 3 orang guru lelaki iaitu Cikgu Hamidi, Cikgu Tai dan Cikgu Fabian.


Masa sampai di Landung Ayang

Program ni bertujuan untuk mengetahui masalah pelajar dan mendapatkan kepastian sama ada pelajar ni masih ingin bersekolah atau tidak kalau sudah tidak mahu ke sekolah, ibu bapa kenalah ikut prosedur yang betul. Bukan membiarkan sahaja macam tu kan?  

Kami berjalan pada pukul 10 pagi dengan menaiki van sekolah. Ada 2 destinasi yang ingin dituju. Pertama di Landung Ayang dan yang kedua di Kg. Perpaduan.

Pengalaman pertama kali mencari rumah budak bukanlah satu pekara yang mudah, perlu banyak bertanya agar tidak tersesat nanti. Teringat ingat lagi masa tengah cari rumah seorag pelajar, kak Nazifah entah macam mana boleh tersalah langkah dan hampir terjatuh. Tapi syukur, terselamat. Hanya seluar dan kasut ja yang kotor. Kalau jatuh, confirm jatuh dalam lopak. =]

Bertanya agar tidak tersesat


Kak Nazifah yang lemah sebab baru ja tersalah langkah
ehee. =]

Kak Rujanah mendapatkan kepastian dari pelajar


Berbicara dari hati ke hati untuk mengetahui masalah pelajar

Kesimpulan daripada program out reach ni banyak masalah ketidakhadiran datang dari diri dan keluarga pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, ada seorang pelajar tu setiap hari pakai baju, keluar dan balik macam pelajar yang lain, tapi bezanya pelajar tersebut tidak sampai ke sekolah. Persoalannya, dia kemana? ehee.

Dalam situasi yang lain pula, seorang pelajar ni sudah kehilangan ibu dan bapanya bekerja jauh. Jadi segala kebajikannya dijaga oleh neneknya yang sudah tua. Jadi perkara tersebut membataskannya untuk pergi ke sekolah. Ditambah lagi dengan jarak rumah ke sekolah memang agak jauh dan kebanyakan pelajar ini berjalan kaki, iaitu dalam anggaran 30 minit untuk sampai ke sekolah. 

Nasihatku buat dirimu yang bergelar pelajar, tugas seorang pelajar memang bukan mudah. Tapi sekiranya ada kesempatan, hargailah masa untuk pergi sekolah. Hargai masa yang ada untuk menimba ilmu agar tidak menyesal pada kemudian hari. Berusahalah..sama ada dari keluarga itu sendiri dan baik dari pelajar itu sendiri. Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan. Perlu merasa sedikit kepahitan untuk merasa manisnya sebuah kejayaan. =). Persoalannya, jalan mana yang kita mahu pilih untuk masa depan?

Hmm, kembali kepada program out reach, sekali jalan kami pergi dua buah rumah supaya kerja cepat dihabiskan, sebab tengahari tu sekolah macam biasa. Jujurnya hari tu memang hari yang sangat memenatkan. Lagipun bukan semua keluarga menerima kehadiran kami dengan baik. Iyalah, kalau e-kasih yang datang, tentu lain sambutannya. =p

Apa2pun, menjadi seorang guru bukannya senang. Bukan setakat mengajar. Lagi2 menjadi seorang guru kelas. Dari sekecil2 kerja seperti tanda kehadiran dan sekarang kena key in online kehadiran setiap hari sehinggalah buat surat amaran, penyerahan dan pengambilan buku teks dan banyak lagi. Tapi masalah yang besar adalah bila berhadapan dengan pelajar yang nakal dan kurang sopan di dalam kelas. Apa2pun, seorang guru kena pandai bermain dengan emosi sendiri. 

Menjadi guru memang memerlukann kesabaran yang tinggi. Menjadi guru memang memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi x boleh nak merungut2 banyak2 juga, sebab inilah kerja aku sebagai seorang guru. =). Inilah sumber rezaki aku.

Aku memilih jalan untuk mendidik. 
Insya-allah semoga aku istiqamah menjadi seorang pendidik



Sunday, 25 August 2013

Bercintalah..

Bismillah..
Malam ni tiba2 pula ada mood nak menulis. Ehee. =p

Suami tersayang sibuk minggu ni, minggu lepas bawa budak tingkatan 6 untuk pertandingan bola tampar peringkat bahagian di Kota Belud. Hari ni pula suami jalan pergi Kota Kinabalu untuk bahagian negeri sebab hari tu team dorang menang. Insya-allah hari selasa baru balik Kudat. Bila tinggal seorang2, memang rasa rindul tu lebih, sebab kami tinggal berdua sahaja, masa banyak dikongsi bersama. Jadi bila suami ada urusan luar terasa bebenar rumah ni sunyi. Masa nilah aku banyak muhasabah diri.. =(

Memo dari suami yang diletak di meja sebelum bertolak
 ke Kota Belud 


Tidak lama lagi usia perkahwinan kami mencecah setahun 3 bulan. Walaupun pada angkanya seperti sudah lama, tapi bagi kami itu adalah kehidupan bersama yang masih baru. Kami masih dalam fasa membina syurga dunia kami, ada waktunya kehidupan ini berjalan seperti biasa, dan ada masanya kami perlu bertatih bersama. 

Proses berkenalan dikalangan kami sebagai suami isteri tidak pernah berhenti.
Makin kita berkenalan, kita akan rasa semakin mendalam perasaan cinta kita kepada pasangan masing2. Bukan berkenalan untuk mencari kelemahan, tapi berkenalanlah untuk mencari  titik keserasian antara diri kita dan dirinya yang bergelar suami kita.

Bercintalah, kerana dia adalah suami dan pasangan yang halal buat kita. Makin kita berusaha mendamaikan hatinya, makin banyak pahala yang kita akan kutip. Muhasabahku, adalah sangat rugi andai kita hanya bersama sebagai suami isteri di dunia ini sahaja tetapi di akhirat nanti kita berpisah, nauzubillahminzalik. Kalau boleh biarlah di akhirat nanti kita bersama juga dengan pasangan kita sebagai suami isteri.

Jadi hari ni akau nak kongsi tanggungjawab isteri yang mungkin tanpa kita sedar ada yang kita terlepas pandang atau mungkin memandang ringan sebelum ni.

1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah.
2. Patuh terhadapa suruhan suami (selagi bukan yang maksiat) dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin.
3. Sekiranya sudah mempunyai anak, tumpukanlah sepenuh kasih sayang kepada anak2 dan suami.
4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri.
5. Menjaga amanah dan harta suami.
6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaualan suami isteri.
7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami melainkan perkara darurat.
8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan bukan untuk orang lain.ketika berada dikhalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.

Sumber:Tanggungjawab isteri dalam Indahnya Hidup Bersyariat

Semoga perkongsian kali ni ada manfaatnya buat kita semua, insya-allah. Ingat, jangan berhenti untuk menyintai suami kita. Semoga percintaan berpanjangan hingga ke syurga nanti, amin ya Allah.

Perasaan kasih sayang adalah anugerah dari Ilahi



Terima kasih untuk semuanya suamiku..

Thursday, 22 August 2013

Hak..

Bismillah
Segala puji hanya bagi Allah sekalian alam.
Hari ni aku nak kongsi sesuatu  buat peringatan bersama.
Walaupun sedkit, semoga ada manfaatnya, insya-allah.

Bermula dengan satu peristiwa masa bulan ramadhan lepas.
Aku dan suami pergilah ke sebuah restoran untuk berbuka puasa. 
Kami pergi dalam pukul 5.40 petang selepas selesai membeli persiapan raya.
Kami antara orang yang awal datang ke sana.
Macam biasa menu diambil dan pekerja tu memaklumkan makanan akan dihidangkan pada pukul 6.00 atau 6.15 macam tu.

Sementara menunggu waktu berbuka, semakin ramai orang yang datang.
Masa terus berlalu dan orang yang sampai lambat dari kami sudah mulai dapat makanan masing2.
Walaupun sedikit pelik disitu, tapi suami kata xpa, x lama lagi sampailah tu.
Dari pukul 6.15, 6.20 dan 6.25 makanan kami masih x sampai pagi.
Buah kurma dan air merah untuk berbuka sudah disediakan, tapi makanan dan minuman yang di pesan x sampai2 lagi.

Hati dah mula sedikit panas ni =], tapi syukur suami nasihat, nanti dia akan tanya lepas berbuka, kalau tanya sekarang bimbang dipengaruhi oleh mood lapar dan dahaga.
Lepas dah berbuka, kami pun tanyalah salah seorang pelayan di sana. Mereka memanggil pelayan yang mengambil order kami. Bila kami bertanya, baru pelayan tersebut teringat dan mengatakan pesan kami belum dipunch dan belum dimasak lagi.

Allah… aku terasa tegang masa tu. Al-maklumlah penat + haus masa tu. Pelayan tu minta maaf dan berjanji akan memasak secepat yang mungkin untuk menu kami berdua.
Tapi.. aku dan suami sudah x mahu dan berniat untuk ketempat yang lain sahaja.
Dalam fikiran, perkhidmatan x berapa ok dan hak kami terabai. Huhuhu.
Kami pun membatalkan tempahan dan pergi dari situ.

Hmm.. kembali kepada tajuk entri.. 
Kita selalu mengambil berat tentang hak diri kita bukan?
Dan kita mudah terasa kecewa atau marah apabila kita tidak mendapat hak kita pada masa yang sepatutnya.  Betulkan? Tepuk dada, tanyalah iman yang ada pada diri kita.
Ada kita fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita selalu tangguhkan? Contohnya selalu melewatkan solat? Allah.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kita mudah berasa jauh hati dengan sesuatu perkara yang pernah meyakitkan diri kita atau perkara yang pernah membuat kesilapan dalam menyediakan hak kita dan berniat untuk tidak pergi semula ketempat tersebut. Betulkan?
Ada kita fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita wajib buat, tapi kita tidak laksanakan?
Allah suruh kita solat.. apa agaknya pandangan Allah kepada kita bila mana kita x solat?
Tentu Allah marah kita kan?
Tapi Allah itu Maha Pemaaf, kita buat dosa hari ni, bila kita memohon keampunan, insya-allah pasti Allah maafkan..

Dalam tidak sedar, terlalu banyak hak Allah kita tidak tunaikan dengan baik.
Allah..Allah..Lemahnya diri kita ni. Kenapa kita selalu fikir tentang hak kita sahaja? Sedangkan apa yang ada pada diri kita bukannya milik kita. Semuanya adalah milik Allah, apa yang ada pada diri kita hanya pinjaman semata-mata sahaja.


Muhasabah bersama…

"Ya Allah..aku memohon kepada-Mu agar mendapatkan kehidupan yang bersih, kematian yamg mudah dan kembali dalam keadaan yang tidak menyedihkan"



Sunday, 18 August 2013

~Aidilfitri~

Bismillah..

Baru sempat update blog pada hari ini.
Banyak yang ingin dikongsi, tapi semuanya tersimpan dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berjumpa dengan bulan syawal 1434H @ tahun 2013.
Alhamdulillah raya tahun ni dapat beraya di rumah sewa baru.
Baru masuk rumah sewa bulan ramadhan yang lepas. =)
Alhamdulillah berusaha bersama suami tersayang untuk melengkapkan bahtera rumah tangga kami. =)
Tidak ingin menulis banyak, sebab esok sudah kembali ke sekolah.
Apa2pun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan:


  • Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat..
  • Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada saudara-mara , sahabat handai dan siapa sahaja yang kenal dengan diriku ini baik yang sengaja atau yang mungkin secara tidak sengaja singgah di blog ini. =)
  • Semoga syawal ini sentiasa dipenuhi dengan perasaan syukur kepada Ilahi di atas setiap nikmat kurniaan yang tidak pernah putus dari-Nya. Ingatlah..di saat kita gembira bersama keluarga tersayang, masih ada keluarga seagama kita yang berjuang untuk meneruskan hidup. 


Alhamdulillah.. Semoga raya adilfitri yang akan datang kami sentiasa bersama sebagai pasangan suami isteri yang Engkau redhai ya Allah, Amin.


P/s: Seperti tahun lepas, tahun ni juga kami tidak merancang tema raya. Cuma tahun ni dapatlah beli baju raya di KK. Pergi kedai cari baju suami dulu, mana yang suami berkenan baru beli, lepas tu baru cari baju untuk isteri dengan mengikut warna baju suami. Lagi mudah macam tu kerana baju perempuan lagi banyak pilihan berbanding baju lelaki. Akhirnya tema raya kami adalah warna silver =).