Wednesday, 15 October 2014

Semoga dipermudahkan..

Bismillah.. Segala puji hanya bagi ALLAH semesta alam..

Semoga dipemudahkan segala urusan kelak.

Insya-allah tidak lama lagi.
(Bulan depan kita akan berjumpa sayang)

YA Allah.. sesungguhnya hanya Engkau tempat kami meminta dan sesungguhnya hanya Engkau tempat kami bergantung harap.






Thursday, 29 May 2014

Alhamdulillah.. 2 Tahun sudah..

Bismillah

Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Dia..
27 Mei 2012, aku telah menjadi isteri yang halal buat dia.
Sekarang sudah 2 tahun berlalu, alhamdulillah.

Kami masih bersama, masih mengenali dan masih berkasih sayang dan insya-allah jika diberi peluang oleh Allah, kami akan jadi bertiga hujung tahun ni.
(Semoga dipermudahkan semuanya, rabbi yassir wala' tuassir)
Ya Allah..syukur atas semua kurniaan-Mu buat kami suami isteri.

Syukur ya Allah.. Engkau berikan aku suami yang baik dan memahami dan banyak bertolak ansur dalam melayan karenahku.
Syukur ya Allah...Engkau kurniakan aku seorang suami yang penyayang dan sangat disenangi oleh keluargaku.
Syukur ya Allah... Engkau berikan aku keluarga mertua yang baik.

Syukur atas semua anugerah yang Engkau berikan kepada kami suami isteri..
Ya Allah.. Engkau kekalkanlah kemesraan dihati-hati kami ini.
Jadikanlah kami pasangan suami isteri yang sentiasa bersyukur kepadaMu...
Amin Ya Allah..


~Sayang abang~

Tuesday, 25 March 2014

~DIA Sebaik-baik PERANCANG~

~Bismillah~


Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.

Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.

Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi AKAL agar aku bekerja.

Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya

Bila aku meminta KURNIA,
Allah memberi aku KESEMPATAN.

Dalam semua hal itu…
Aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU MENERIMA apa yang aku PERLUKAN.

Dalam kehidupan. Kita sering MERANCANG,
Tetapi Allah juga MERANCANG,
Dan PERANCANGAN Allah adalah yang TERHEBAT,

Ternyata doaku telah dimakbulkan-NYA.



SYUKUR YA ALLAH ATAS NIKMATMU BUAT KAMI SUAMI ISTERI..

Tuesday, 4 March 2014

Save the Date

~Bismillah~

Alhamdulillah masih bernafas lagi.. =)
Hari tu entri negatif, hari ni entri positif sikit. 
Lagipun hidup ni terlalu pendek kalau penuh dengan kesedihan.
Yang penting kita kena berusaha mempositifkan diri untuk mehadapinya.

BAck to the topic..
Hampir 2 tahun sudah berkhidmat dan hp sudah mulai buat perangai,
akhirnya suami nak hadiahkan hp, katanya birthday in advance.
Bila fikir sama2, akhirnya suami pun beli sekali, katanya untuk privacy bersama dan bolehla bercinta via bbm. (Allah... senyum sendirian =] )
jadi beli hp pada 23 Feb 2014.

Sharing is loving

Alhamdulillah.. Bulan 11 tahun lepas order..
Jadi...
28 Feb 2014 kereta idaman bersama sudah keluar.
Semoga semuanya dipermudahkan Allah.
Lepas ni bolehlah pandu kereta pula.
(abang...tolong ajar saya dengan sabar ya..=p)

Insya-Allah semoga menjadi harta yang berfaedah 
buat kami suami isteri


Apa2 pun, kita hendaklah bersyukur..
Mungkin hari ni Allah tidak bagi apa yang kita minta, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.
Kadang2 Allah tidak bagi bahagian yang kita mahu, tapi Allah cukupkan bahagian yang lain pula.
Yakin pada Allah.. Tiada perkara yang sia2.. 
Semuanya Allah sudah rancang..

Kadang hati bimbang, ingatlah Allah lah sebaik2 Perancang.
Kadang hati bersedih, serahkan semuanya kepada Allah.


Senyumlah..sesungguhnya senyumanmu mungkin 
mengembirakan hati di sekelilingmu. 


Friday, 14 February 2014

Pelik...sangat pelik

Peliknya…
~Mode Sedih~

Hidup ni tidak selalu indah..
Hidup ini tidak selalu dapat apa yang kita mahu..
Kadang kita bahagia ja dengan kehidupan kita..
Kadang kita tenang ja meneruskan hidup…


Tapi yang peliknya…
Bila ada orang yang yang lebih2 dalam hidup kita..
Bila ada orang lain yang menyibuk..
Kalau orang tak kenal kita, x apa..
Boleh dimaafkan..
Tapi bila keluarga sendiri pula yang lebih2?

Kalau nak tanya soalan, tanyalah dengan niat untuk tahu..
Bukan untuk perkecilkan @ perlekehkan orang…

Tapi yang peliknya bila tanya soalan
Belum ada anak? Ni tentu tak pandai buat?
Siapa yang xpandai buat?
Aku? Suami?
Siap suruh berguru lagi..
Allah… cakap macam orang tiada agama..

Nak bergurau pun, hati2lah..
Bab rezeki Allah, jangan dipersoalkan..

Nak bergurau boleh..
Tapi yang pelik bila bergurau sampai nak buka aib keluarga sendiri?
  
Kalau x pandai buat, tapi kalau Allah kata ada rezaki adalah…
Tidak perlu persoalkan hak Allah..
Kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi..
Kalau Allah kata nanti dulu, mungkin Allah akan bagi rezaki tempat lain pula..

Kami suami isteri boleh sabar..
Tapi yang pelik, orang sekeliling pula lebih2..

Pelik2….
Sungguh pelik..

Ya Allah..Semoga aku termasuk dalam golongan yang sentiasa bersabar..
Ya Allah, jadikanlah diriku hamba yang redha dengan ujian-Mu. Amin.
La tahzan.. Allah bersamamu..

Tengo gambar anak2 buah..
Terhibur hati ni sedikit..

wafiy.. terhibur anty tengo gambar ni. hihi.


Kodi..si perindu 

caca.. si budak gumuk


 Janji Allah bersama kesulitan pasti ada kemudahan.
Semoga orang yang bertanya dapat hidayah dari Allah. Amin.
Bertanya dengan niat untuk mengeratkan hubungan, bukan mengeruhkan.

Thursday, 30 January 2014

~Alhamdulillah~


Alhmadulillah adalah tanda kita bersyukur kepada Allah.

Bila kita diberi kesenangan, ucaplah alhamdulillah 
atas setiap rezeki yang diberikan-Nya.

Bila kita ditimpa kesusahah, ucaplah alhamdulillah 
mungkin Allah ingin menegur kita.
Pasti ada hikmah-Nya.





Dalam semua perkara yang berlaku dalam hidup kita,
ucaplah alhamdulillah
kerana
kita tidak menerima apa yang kita inginkan kan,
Tetapi
kita menerima apa yang kita perlukan.

Ternyata doa kita dimakbulkan =)

Sunday, 5 January 2014

Eh..macam..

Bismillah..

Tengah buat kerja sekolah, tiba2 dapat video dari anak buah Wafiy.
Tension buat kerja tiba2 bertukar senyum sehingga ke telinga. 
Ingatkan demam ni dah kebah.
Rupanya anak buah pun demam 'syasya legoland' juga. Hihihihi.
Terhibur tengok video ni..



Kodi Yang Comel

Anty rindu kamu semua. =)
Ok, jom sambung buat kerja balik.

Wednesday, 1 January 2014

BaCk 2 SchO0l

Bismillah..

Sudah masuk tahun baru, tahun 2014.
Bermakna cuti sekolah akan melabuhkan tirainya.
Walapun hari ni ada negeri yang sudah bersekolah, tapi bagi negeri sabah dan yang seangkatannya esok baru buka sekolah (2/1/2014)
Bersedia untuk ke kembali ke sekolah. =). Bersemangat!!

Insya-allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, terutama dalam mendidik para pelajar.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan guru kerana 10 orang guru telah berpindah (2 antara daerah dan 8 antara negeri), tapi tugas tetap harus diteruskan dengan penuh jayanya. ehee.
Jadi malam ni suami isteri siapkan kerja sebagai persediaan untuk esok.


Buat kerja bersama-sama =)


Buat persediaan. ehee.

Insya-allah.. Semoga segalanya akan dipermudahkan pada tahun ini. Rabbi yassir wa'latuassir. Lepas ni nak seterika baju untuk esok. Bermulanya semula tugas seorang isteri yang bekerja. Yang penting betulkan niat, kalau niat yang baik pasti Allah akan mambantu. =)