BaCk 2 SchO0l

Bismillah..

Sudah masuk tahun baru, tahun 2014.
Bermakna cuti sekolah akan melabuhkan tirainya.
Walapun hari ni ada negeri yang sudah bersekolah, tapi bagi negeri sabah dan yang seangkatannya esok baru buka sekolah (2/1/2014)
Bersedia untuk ke kembali ke sekolah. =). Bersemangat!!

Insya-allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, terutama dalam mendidik para pelajar.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan guru kerana 10 orang guru telah berpindah (2 antara daerah dan 8 antara negeri), tapi tugas tetap harus diteruskan dengan penuh jayanya. ehee.
Jadi malam ni suami isteri siapkan kerja sebagai persediaan untuk esok.


Buat kerja bersama-sama =)


Buat persediaan. ehee.

Insya-allah.. Semoga segalanya akan dipermudahkan pada tahun ini. Rabbi yassir wa'latuassir. Lepas ni nak seterika baju untuk esok. Bermulanya semula tugas seorang isteri yang bekerja. Yang penting betulkan niat, kalau niat yang baik pasti Allah akan mambantu. =)

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Seribu Dinar

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Aku dan SLE