Cerita cuti: Perkahwinan Adik Sepupu (Iranun + Bajau)


       Alhmdulillah pada 8 dan 9 disember kami sekeluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang bertempat di K.g. Tamau, Kota Belud. Seminggu sebelum tu mereka sudah bernikah di Telaga, Pitas. Memandangkan keadaan kesihatan kurang mengizinkan, kami sekeluarga cuma pergi ke majlis belah lelaki.

 Barakallah... Suzaimie & Suzilah  

        Perkahwinan adik sepupu ni agak meriah memandangkan perkahwinan ini melibatkan adat Iranun. Dalam masa yang sama, perkahwinan ini turut mendapat liputan dari stesen tv yang dikendalikan oleh pengacara cantik dan comel, Marsha Milan Londoh, Cuma aku kurang pasti tajuk bagi rancangan tersebut, huhu.

Kenal siapa ni? ☺

 Petang 8 Dis tu sudah ada liputan dan temuramah bersama pasangan dan keluarga pengantin. Pada sebelah malam pula majlis berinai (berbedak) dan majlis kebudayaan (berunsai). Tetapi tarian runsai tidak dapat dibuat memandangkan di kampung ni baru sahaja ada berlaku kematian. Sebagai menghormati keluarga yang meninggal, tiada acara kebudayaan selama 20 hari.

        Sebagai kenangan, disertakan gambar sepanjang majlis.


 Malam Berinai  

Pengantin lelaki dibawa menaiki usungan
sebelum majlis persandingan

Encem x pengantin lelaki ni? ☝

Selepas acara buka tabir ☺☝


 Majlis Persandingan  

"Selamat pengantin baharu buat Suzaimie dan isteri, Suzilah. Semoga ikatan yang terbina sentiasa berada dalam rahmat dan redha ilahi. Banyakkan bersabar dalam menjalani kehidupan dan liku2 sebagai pasangan suami isteri. Semoga keluarga yang dibentuk menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah warahhmat, aamin ya Allah."

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE