Diari SLE: Oral Herpes
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhmdulillah., Tahun 2018 sudah masuk ke pertengahan bulan
Februari. Entri pertama ditahun 2018.
Syukur masih diberikan nikmat untuk terus bernafas dimuka
bumi ini.
Alhmdulillah juga ulcer dikaki semakin pulih.. 90% isi sudah
tumbuh dan tidak perlu cuci hari2 sudah.
Pesakit SLE ni memang antibody sangat lemah, tidak boleh
tersilap sikit senang saja penyakit akan menyerang. Tu kadang SLE dikatakan
penyakit seribu satu wajah sebab lain orang lain simptomnya dan boleh menyerang
organ2 yang penting.
Belum pun baik ulcer dikaki sepenuhnya, tiba2 pula aku kena
jangkit oral herpes. Sejenis kayap dekat bibir. Mula2 muncul sikit ja dekat
bibir dalam 2 atau 3 biji, ingatkan allergic sebab makanan. Tapi biji ni semakin
banyak pula, dari hujung bibir smpai ke tengah dan ke bahagian dagu.
Hari isnin tu 12/2 masih lagi pergi sekolah Cuma pakai mask,
bila mengajar baru buka. Bila kelas sudah habis, keluar kejap pergi klinik. Doctor
yang kami juma hari tu doctor ganti saja bukan doctor yang biasa. Doktor kata
mungkin allergic dan dia bagi ubat sapu dan ubat makan.
Balik dari sekolah, malam tu rasa berdenyut2 sudah dikawasan
biji2 tu.. Rasa macam nak demam.. Rasa
sakit kepala. Memang tidak selesa. Tidur awa malam tul. Pukul 3 pagi mcm tu
terbangun sebab rasa sakit lagipun baru teringat belum makan ubat SLE dan ubat meningitis
lagi.
Paksa juga untuk tidur.. sekali terlewat bangun pagi tu. Nasib
baik suami tolong kejut.. lepas suami pergi sekolah sambung tidur balik..
memang rasa tidak larat. Masa nak seterika
baju kerja pun rasa lemah.. terfikir juga macam mana mahu mengajar dengan
keadaan macam ni. Jadi lepas pertimbangkan semua perkara, ambil MC hari tu.
Sekali lagi pergi klinik yang sama, kali ni jumpa doctor yang
selalu chek. Doctor ni sangat baik dan dia memang tahu sejarah aku sebagai
pesakit SLE. First dia nampak dia ckp ni bukan allergic tapi oral herpes
atau sejenis kayap. Benda ni memang ada dalam benda setiap individu Cuma bergantung
kepada antibodi sesorang saja. Kalau antobodi lemah, lagi senang penyakit akan
kena.
So xboleh buat apa2 juga, doctor cakap akan ambil masa 7-14
hari untuk pulih sepenuhnya. Kalau ada nanah, datang semula untuk dapatkan antibiotic.
Jadi doctor bagi MC selama dua hari memandangkan keadaan kesihatan memang tidak
mengizinkan untuk bertugas.
Saat enrti ni ditulis, aku masih MC dan tunggu suami balik
sekolah untuk pergi Hospital Queen bagi mendapatkan 2nd opinion
memandangkan aku pesakit SLE dan bimbang SLE flare.
Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
Nasihat pada diri, banyakan sabar.. Jangan banyak mengeluh. Kuatkan semangat.. Allah uji bermakna Allah
ingat hamba-Nya.
Comments
Post a Comment