Jade 3: Love, Laugh & Life

Bismillah…

Kurang beberapa minggu lagi tahun 2018 akan menjelma meninggalkan 2017. Semoga tahun 2018 akan memberikan seribu harapan yang lebih bersinar buat kita semua.

          Alhmdulillah untuk tahun 2017 aku berjaya menyempurnakan tugas sebagai guru kelas bagi kelas 2 Jade 3. Disamping tu, aku juga mengajar matapelajaran Sejarah bagi kelas ni. Untuk tahun depan belum tahu lagi sama ada masih menjadi guru kelas atau tidak.

Menjadi guru kelas Jade 3 memberikan seribu satu kenangan. Kadang suka, kadang tawa dan kadang mungkin sedikit pahit

Jade 3 awal tahun (kemas kelas)

Awal tahun 41 orang murid, tidak termasuk 3 orang dari Pendidikan Khas. Kerja2 kelas terutama kehadiran banyak dibantu oleh Farah selalu ketua kelas. Farah pla biasanya dibantu oleh geng2 bila dia tidak hadir.

          Murid Jade 3 ni ada pelbagai ragam dia. Ada yang skema, baik, dengar kata dan tapi ada juga sebaliknya.  Namun agak banyak kenangan yang telah dikongsi antaranya menceriakan kelas, sambutan raya, sambutan hari jadi dan jamuan akhir tahun.

Bermula dari seorang murid yang malu2 kucing sehinggalah menjadi sang harimau apabila dekat penghujung tahun. Bermula dengan peratus kehadiran yang tinggi mulai jatuh apabila sudah pertengahan tahun. Semoga tahun depan ada perubahan yang lebih positif.

Disini aku seratakan beberapa gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.


Gotong-royong menceriakan kelas

Hari terakhir Ruzaimie berada di sekolah


Sambutan Hari Jadi


Jamuan Raya

Nasihat cikgu buat semua ex-Jade 3...

Belajar bersungguh2. Tiada jalan mudah untuk memperoleh kejayaan. Fokus dalam kelas. Banggakan orang tuamu yang telah banyak berkorban untuk diri kamu semua. Mungkin tahun depan kelas sudah berbeza, tapi kekal dengan kawan2 yang membina serta boleh membimbing dan belajar dalam satu kumpulan. 

Good luck semua ex-Jade3


Comments

  1. Tq cikgu HappY New Year semoga sihat sentiasaa... 😂


    By(And/Adam/kiko/Hafizi/Nizam/francis)
    Terharu akuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE