Wednesday, 27 June 2012

Perkongsian.. Jangan Bersedih

~Bismillah~


"Bergembiralah & berbahagialah ! Jalani hidup ini apa adanya dengan penuh ketulusan dan keriangan
'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni "










~Ujian adalah tarbiyyah dari Allah untuk melihat adakah kita sabar ataupun sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah~


Tuesday, 26 June 2012

~kasut o0o0 kasut~

Bismillah..


Aku menulis lagi.. kali ni aku menulis tentang cik kasut... 


Ini adalah kasut.. =p


Hmm, hari ni aku pakai kasut baru, kasut ni dah lama aku beli, time dapat lanjutan interim lagi bulan April tu, cuma baru pakai hari ni..


Nak dijadikan cerita, hari ni aku kena pergi pekan untuk cuci gambar pasport, kelas suami penuh, jadi adik ipar yang datang ambil. 1st adik ipat dropkan depan kedai gambar, dia kata kalau dah siap, roger ja. 
Ok, deal. Tapi niat sebenarnya nak jalan kaki ja sebab tak mahu susahkan adik ipar, jadi semua buku aku angkut dengan laptop sekali, time tu semangat lagi... =)


Masa untuk gambar tu siap pula satu jam, jadi aku pun pergilah bank untuk cucuk duit dulu, tengah-tengah berjalan tu baru terasa sakit kat bahagian ibu jari kaki dan belakang kaki. Hmm.. Memang sakit... Tiba-tiba aku bermonolog sendirian, "menyesal pula rasanya pakai kasut ni.. =p". Tapi aku kena teruskan berjalan juga dari buang masa tak buat apa-apa.. Masa sampai kat bank pula, ya Allah...ramainya orang berbaris... Iyala, minggu ni minggu gaji kan.. Aku kena berbaris juga dengan kaki yang semakin sakit, dan dengan beg yang memang berat. =}. Sabar ye wahai diri..


Sementara menunggu pukul 11.30, aku pun pergi stay di kedai 3 huruf dulu. (Nama yang diberikan oleh suami untuk kedai KFC). Time ni memang betul-betul tak larat dah, aku pun roger adik ipar aku dengan muka yang seposen. Huhuhu. apa-apa pun, terima kasih ya adik ipar.


Tu cerita kat kedai, bila sampai kat sekolah ja, sengatan kasut lagi mengigit. Time pergi kantin pun kena jalan perlahan-perlahan, kena control ni, time nak pergi kelas lagi lah, dah kelas tu kat aras dua.. Untuk anak murid tersayang, aku gagahkan diri jua, ceh.. ~lalala~


Jadi untuk entri kali ni, aku nak kongsi sedikit tentang tips pemilihan kasut yang aku terbaca kat internet tadi. Antara ciri-cirinya ialah:


1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.


Kesimpulannya..Pilihlah kasut yang betul-betul sesuai dengan kaki anda. 
Bayar lebih takpa, yang penting kualiti. =)

Sunday, 24 June 2012

~Kehidupan 1~

Bismillah


~Minggu ni minggu yang agak sibuk~


Dalam kesibukan minggu ni, aku masih sempat mengupdate diari maya ni daripada terus bersawang. =) Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk buat diri ini. 


Flashback


Pada hari Isnin P&P berjalan seperti biasa, cuma aku kena menghadiri mesyuarat untuk hari anugerah kecemerlangan pelajar. Untuk hari anugerah ni. aku diberi taklifan menjadi ketua bagi bahagian gimik. Yang ketuanya semua adalah ketua bidang ataupun ketua panitia, tapi aku macam tersilap masuk ja, dan masa mesyuarat tu juga  siap ada seorang cikgu tu tanya lagi, N ketua bidang apa? Huhu... Hmm.. Aku kan guru baru... Macam biasa, aku tersenyum ja, cuma senyuman yang agak tawar mampu aku berikan. =]


Senyumlah... Sesungguhnya senyum itu satu sedekah


Sejujurnya aku agak ralat bila diberikan tanggungjawab ni, tapi alhamdulillah aku diletakkan bersama-sama dengan suamiku, jadi untuk perancangan gimik kami agak senang untuk berbincang idea. Buat masa ni, kami dah fikir satu idea dan insya-allah semoga idea ini diteima. Insya-allah semoga dengan menjadi satu team dengan suami kami dapat menghasilkan satu kerja yang baik dan tidak menjadi fitnah buat kami berdua. Yang penting baut betul-betul, macam kata suami, aku adalah mastermind manakala dia adalah runner. =). Bila diletakkan bersama-sama dengan suami, aku semakin mengenali suamiku, cara dia berfikir dan dia seorang yang agak teliti dalam sesuatu perkara.


Ni baru lakaran awal @ idea awal aku dan suami, Lalala =)


Minggu ni juga adalah minggu orientasi buat PPPS selama 3 hari 2 malam bertempat di Sabah Oriental Hotel bermula hari Selasa sehingga ke hari Khamis. Alhamdulillah, aku dapat sebilik dengan seorang akak yang baik hati. =)



Oriental Hotel. Sumber En. Google =)


Semasa orientasi, baru aku tahu rupanya banyak kerja yang perlu dibuat semasa menjadi guru baru. Kerjanya seperti ketika Latihan Mengajar dulu, cuma lagi banyak ni. Huhuhu. Yang penting ada semangat dan usaha, insya-allah pasti boleh. Janji Allah, bersama-sama dengan kesulitan pasti ada kemudahan.



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6)



Untuk perkongsian, hotel ni memang cantik dan fasiliti dia memang memuaskan. Untuk bercuti bersama keluarga, hotel ni memang sesuai sebab harganya pun berbaloi, lagipun hotel ni terlatak di pusat bandar KK. Bab makan, memang kenyang. Hihihi.. Tapi bila time makan ja, automatik ingat kat orang suami, iyalah dah makan ke belum, huhu. Lagipun bab makan adalah hobi yang kami kongsi bersama iaitu suka makan, nyam-nyam.. =p.


Untuk hari sabtu pula, sekolah aku ada mesyuarat kelab staf. mesyuaratnya dari pukul 8pagi-1.30 tengahari, agak lama ni. Sampai cik perut pun dah berkeroncong untuk meminta makanan. Sabar je la. =}. 


Pagi ahad pula, aku dan suami luangkan masa untuk bercerita tentang keluarga masing-masing. Dari sekolah menengah lagi suamiku seorang yang memang berdikari dan banyak sudah cabaran hidup yang telah ditempuhinya, suamiku adalah anak sulong dan tanggungjawabnya sangat besar untuk keluarganya. Aku semakin mengenali suamiku.. Ya Allah.. Tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami. Amin..


Muhasabah bersama... Dalam hidup ni Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlukan dalam hidup ni. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... 


Jangan bersedih..Allah sentiasa bersama dengan kita.





Saturday, 16 June 2012

~kehidupan~

Bismillah


Alhamdulillah..dengan izin-nya aku menulis lagi dalam diari maya ini. Hujung minggu adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh setiap insan yang berkerja kerana hujung minggu adalah waktu yang akan digunakan untuk berehat dan melunaskan kerja-kerja yang masih belum dibuat. Begitu jugalah dengan aku, banyak kerja yang perlu dibuat pada hujung minggu memandangkan aku sudah memikul satu tanggungjawab yang lagi besar berbanding dengan kehidupan sebelum ini. Tapi nasihat buat diri ini, apa pun tanggungjawab yang akan dipikul, kita jangan rasa terbeban dan yang penting kita gembira dan berfikir positif untuk buatnya, insya-allah kita tidak akan rasa bosan. =)


Cuba berfikiran positif =)

Minggu pertama persekolahan selepas bercuti adalah waktu yang agak sibuk sebab banyak kerja perlu dibuat. Pada malam hari, aku sudah menyiapkan baju untuk dipakai oleh suami terlebih dahulu memandangkan suami mengajar pada sesi pagi, manakala aku pula mengajar sesi petang.


Menjadi kelaziman sebagai seorang isteri, sebelum pergi ke sekolah, aku menyiapakan beberapa tugas seorang isteri terlebih dahulu antaranya menyapu rumah dan cuci kain. Tapi bab masak-memasak, buat sementara waktu ni belum lagi sebab untuk makan tengahari kalau ada kelapangan kami akan makan tengahari sama-sama dikantin sekolah manakala untuk makan malam pula kami akan balik rumah keluarga mentua atau makan di luar saja. Manakala bagi seorang guru, aku kena menyediakan bahan mengajar terlebih dahulu disamping membuat sedikit pembacaan sebelum masuk ke dalam kelas.


Minggu ni juga agak sibuk memandangkan kami yang guru baru ni juga kena dapatkan surat akuan sumpah kat majistre daerah. Selain tu, kami juga kena buat medical chek up juga untuk memenuhi tuntutan surat lantikan guru. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah sebab urusan ni dipermudahkan walaupun mengambil masa setengahari lebih. 


Dari pukul 9.00 pagi-4.15 petang hanya untuk selesaikan medical chek up, huhu.


Hari ni walaupun hari sabtu, aku tetap dikehendaki turun ke sekolah untuk mengambil kehadiran pelajar bagi tingkatan 1 sebab minggu ni ada karnival sukan untuk para pelajar sesi petang. Tapi sebelum ke sekolah pagi tadi, aku dan suami balik ke rumah terlebih dahulu untuk berjumpa dengan adik suami sebelum dia bertolak ke sarawak untuk menjalani latihan untuk menjadi polis. 


Dalam setiap langkahku, ada suami yang setia menemani..  Syukur alhamdulillah...Terima kasih ya Allah atas anugerahMu... =). 


~Ya Allah..satukanlah hati kami dalam Kasih sayangMu~


Insya-allah minggu depan ada orientasi untuk guru-guru baru pula di kota kinabalu selama 2 hari 3 malam. Semoga semua urusan dipermudakan. Amin ya Allah..

Tuesday, 12 June 2012

~bermulalah kehidupan seorang pendidik~

Bismillah


Setelah hampir 2 minggu cuti sekolah, akhirnya para guru dan pelajar pun telah kembali ke sekolah pada minggu ini. Pada tanggal 10 dan 11 Jun 2012 semua yang bergelar pendidik akan memulakan tugasnya semula untuk turun ke sekolah dan kembali mengajar. Semoga musim sekolah yang baru ini kita semua lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak murid kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik.

Selamat kembali ke sekolah =) 

Seperti aku juga, aku bertugas di sekolah yang sama ketika aku menjadi guru interim dulu. Masih meneruskan mengajar mata pelajaran yang sama iaitu Kemahiran Hidup (Teknikal) dan dua subjek tersesat iaitu Pendidikan Islam dan ICT. 


Bagi subjek ICT mungkin aku boleh berkongsi ilmu komputer yang telah aku belajar time di u dulu seperti word, power point, excel, mail merge dan apa2 sajalah.. Huhu. Tapi aku taklah master sangat dalam subjek ni. ~lalala~


Semoga diri ini tidak pening dalam ICTL =]

Insya-allah melalui subjek pendidikan Islam pula diharap dapat menjadi wadah bagi aku untuk menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama berdakwah kepada para pelajar baik secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR.Bukhari).

Islam is the way of my life =)

Insya-allah walau apapun subjek yang diberi, yang penting aku akan cuba buat yang terbaik demi para pelajar yang dikasihi. Kerana sesungguhnya setiap amanah yang diberikan haruslah dibuat sebaik yang mungkin selagi kita mampu untuk laksanakannya.

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad)


Insya-allah semoga perjalananku sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan ditentukan setiap kebaikan dalam setiap langkahku sebagai seorang pendidik. Semoga usaha dalam mendidik anak bangsa tidak lentur dalam diriku ini dan seterusnya melahirkan insan yang berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara (ayat skema macam time temuduga SPP dulu, ehee). Bak tema sambutan hari guru tahun ini "Guru inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".


Nasihat buat diri ini juga semoga berusaha menjadi isteri yang dapat membantu dan menyejukkan hati suami tersayang, menjadi anak yang solehah, menjadi anak menantu yang baik dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya.. Amin. Ya Allah... Bantulah Hamba-Mu ini dalam mencari keredhaan-Mu..


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." 
(Al-Baqarah: 155-156)

Friday, 8 June 2012

~perjalanan~

Bismillah


3 Jun 2012, aku dan keluarga suami balik ke kampungnya di salah satu kepulauan di Sabah ni. Perjalanannya memakan masa dalam 5 jam, satu perjalanan yang agak jauh bagi aku. Ni bukan perjalanan menggunakan kenderaan darat tapi menggunakan kenderaan laut.


Sebelum perjalanan, suamiku telah membelikan jeruk untuk diriku sebab bimbang aku akan mabuk laut memandangkan aku bukannya biasa kelaut, tapi syukur alhmadulillah sepanjang perjalanan aku tidak mengalami mabuk laut kecuali ketika balik saja aku mengalami sedikit pening-pening.


Bersama suami tersayang...Time ni dah nampak pulau =)


Perjalanan yang jauh dan sedikit mencabar kerana laut yang bergelora membuatkan aku berfikir tentang kebesaran Allah. Terdetik di hati ini macam mana kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kami..Ya Allah... terasa diri ini begitu kecil di tengah-tengah lautan yang begitu luas.. Maha Suci Allah...


Terfikir aku, adakah perjalanan aku sepanjang hidup di dunia ini selama 25 tahun mampu membawa aku ke syurga idaman atau sebaliknya.. Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku..


Teringat aku akan soalan yang pernah Imam Al Ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan diri kita adalah 'Mati'. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran:185).


Setiap insan pasti akan merasai mati. Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Ilahi. Cuma kita semua tidak tahu bila dan dimana, yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan menghadapinya juga.. Perjalanan kita di dunia ini ibarat perjalanan dari satu perhentian bas ke perhentian yang lain untuk kesuatu tempat yang kita tidak pasti penghujungnya dan di perhentian mana kita akan berhenti. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.. Amin ya ALLAH...


Perhentian yang mana kita akan berhenti?


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)