~kehidupan~

Bismillah


Alhamdulillah..dengan izin-nya aku menulis lagi dalam diari maya ini. Hujung minggu adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh setiap insan yang berkerja kerana hujung minggu adalah waktu yang akan digunakan untuk berehat dan melunaskan kerja-kerja yang masih belum dibuat. Begitu jugalah dengan aku, banyak kerja yang perlu dibuat pada hujung minggu memandangkan aku sudah memikul satu tanggungjawab yang lagi besar berbanding dengan kehidupan sebelum ini. Tapi nasihat buat diri ini, apa pun tanggungjawab yang akan dipikul, kita jangan rasa terbeban dan yang penting kita gembira dan berfikir positif untuk buatnya, insya-allah kita tidak akan rasa bosan. =)


Cuba berfikiran positif =)

Minggu pertama persekolahan selepas bercuti adalah waktu yang agak sibuk sebab banyak kerja perlu dibuat. Pada malam hari, aku sudah menyiapkan baju untuk dipakai oleh suami terlebih dahulu memandangkan suami mengajar pada sesi pagi, manakala aku pula mengajar sesi petang.


Menjadi kelaziman sebagai seorang isteri, sebelum pergi ke sekolah, aku menyiapakan beberapa tugas seorang isteri terlebih dahulu antaranya menyapu rumah dan cuci kain. Tapi bab masak-memasak, buat sementara waktu ni belum lagi sebab untuk makan tengahari kalau ada kelapangan kami akan makan tengahari sama-sama dikantin sekolah manakala untuk makan malam pula kami akan balik rumah keluarga mentua atau makan di luar saja. Manakala bagi seorang guru, aku kena menyediakan bahan mengajar terlebih dahulu disamping membuat sedikit pembacaan sebelum masuk ke dalam kelas.


Minggu ni juga agak sibuk memandangkan kami yang guru baru ni juga kena dapatkan surat akuan sumpah kat majistre daerah. Selain tu, kami juga kena buat medical chek up juga untuk memenuhi tuntutan surat lantikan guru. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah sebab urusan ni dipermudahkan walaupun mengambil masa setengahari lebih. 


Dari pukul 9.00 pagi-4.15 petang hanya untuk selesaikan medical chek up, huhu.


Hari ni walaupun hari sabtu, aku tetap dikehendaki turun ke sekolah untuk mengambil kehadiran pelajar bagi tingkatan 1 sebab minggu ni ada karnival sukan untuk para pelajar sesi petang. Tapi sebelum ke sekolah pagi tadi, aku dan suami balik ke rumah terlebih dahulu untuk berjumpa dengan adik suami sebelum dia bertolak ke sarawak untuk menjalani latihan untuk menjadi polis. 


Dalam setiap langkahku, ada suami yang setia menemani..  Syukur alhamdulillah...Terima kasih ya Allah atas anugerahMu... =). 


~Ya Allah..satukanlah hati kami dalam Kasih sayangMu~


Insya-allah minggu depan ada orientasi untuk guru-guru baru pula di kota kinabalu selama 2 hari 3 malam. Semoga semua urusan dipermudakan. Amin ya Allah..

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE