~bermulalah kehidupan seorang pendidik~

Bismillah


Setelah hampir 2 minggu cuti sekolah, akhirnya para guru dan pelajar pun telah kembali ke sekolah pada minggu ini. Pada tanggal 10 dan 11 Jun 2012 semua yang bergelar pendidik akan memulakan tugasnya semula untuk turun ke sekolah dan kembali mengajar. Semoga musim sekolah yang baru ini kita semua lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak murid kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik.

Selamat kembali ke sekolah =) 

Seperti aku juga, aku bertugas di sekolah yang sama ketika aku menjadi guru interim dulu. Masih meneruskan mengajar mata pelajaran yang sama iaitu Kemahiran Hidup (Teknikal) dan dua subjek tersesat iaitu Pendidikan Islam dan ICT. 


Bagi subjek ICT mungkin aku boleh berkongsi ilmu komputer yang telah aku belajar time di u dulu seperti word, power point, excel, mail merge dan apa2 sajalah.. Huhu. Tapi aku taklah master sangat dalam subjek ni. ~lalala~


Semoga diri ini tidak pening dalam ICTL =]

Insya-allah melalui subjek pendidikan Islam pula diharap dapat menjadi wadah bagi aku untuk menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama berdakwah kepada para pelajar baik secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR.Bukhari).

Islam is the way of my life =)

Insya-allah walau apapun subjek yang diberi, yang penting aku akan cuba buat yang terbaik demi para pelajar yang dikasihi. Kerana sesungguhnya setiap amanah yang diberikan haruslah dibuat sebaik yang mungkin selagi kita mampu untuk laksanakannya.

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad)


Insya-allah semoga perjalananku sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan ditentukan setiap kebaikan dalam setiap langkahku sebagai seorang pendidik. Semoga usaha dalam mendidik anak bangsa tidak lentur dalam diriku ini dan seterusnya melahirkan insan yang berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara (ayat skema macam time temuduga SPP dulu, ehee). Bak tema sambutan hari guru tahun ini "Guru inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".


Nasihat buat diri ini juga semoga berusaha menjadi isteri yang dapat membantu dan menyejukkan hati suami tersayang, menjadi anak yang solehah, menjadi anak menantu yang baik dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya.. Amin. Ya Allah... Bantulah Hamba-Mu ini dalam mencari keredhaan-Mu..


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." 
(Al-Baqarah: 155-156)

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE