Thursday, 29 December 2016

Aktiviti Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park

Bismillah..

Banyak entri yang ingin dikongsi cuma menunggu mood untuk menulis sahaja.

Sebelum ini pernah menulis tentang plan untuk pergi ke zoo ini sini. Perancagan  ni tahun 2012. Sekarang tahun 2016 baru berkesempatan untuk pergi. Plan pergi kali ni last minit sebab malam tu demam mengejut. Bila pagi tu rasa ok sikit, cadang pergi zoo dengan suami. Kali ni pergi dengan anak dan anak-anak buah, Wafiy, Caca dan Azizi. Jah xdapat ikut sebab umi dan abinya ada kelas mengaji. 


Jalan dalam pukul 12 lebih. Sampai di zoo sebelum pukul 2 petang. Sekiranya bertolak dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami menggunakan GPS supaya tidak sesat.
Muka excited mahu pergi zoo.

Bayaran kemasukan ke zoo bagi warganegara, orang dewasa adalah Rm10 untuk kanak-kanak Rm5 manakala kanak-kanak dibawah 3 tahun adalah percuma. Lok Kawi wildlife Park ni terbahagi kepada 2 bahagian zoo dan taman botani. Lok Kawi wildlife Park ni dibuka pada setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 5,30 petang. Kami pergi zoo sahaja taman botani x larat sudah. 


Kami disini

Selepas membeli tiket, pengunjung akan diberikan peta. Pengunjung akan bergerak mengikut peta yang diberikan. Terpulanglah ikut jalan mana pun pasti akan jumpa kesemua binatang. Jangan bimbang tidak akan sesat. Suami dan Wafi yang menjadi pemandu pelancong.


Berbaloi pergi lebih2 lagi dengan keluarga. Banyak binatang boleh dilihat disini. Ainur paling suka gajah. Cuma kena sediakan air minuman sebab pasti akan haus, sebab perjalanan agak mencabar. Syukur, di chek point last ada gerai jual minuman. 

Mula bergerak dari pintu masuk pukul 2 petang dan selesai mejelajah zoo sekitar pukul 3 lebih macam tu. Alhmdulillah berjaya juga mengharungi perjalanan, yang penat bila naik bukit. Ainur selalu minta dukung bila penat. hii. Ayah dan anty Jia yang selalu jadi mangsa. =p

Ni gambar suami dan wafi yang ambil. Mula2 excited nak ambil gambar, tapi bila sudah penat ambil yang termampu ja. =). Perjalanan kami secara ringkas kandang arnab-spesies burung-rusa dan kancil-gajah-burung unta dan kasawari-reptilia-orang utan-monyet-kuda.


Hornbill @ enggang

Nampak.? Burung merak

Orang utan


Kancil

Burung unta

Burung Kasawari

. Burung ni menghampiri kami bila kami pergi dekat.


Beruang madu @ sun bear


Khusyuk dorang tengok Si Bayau @ Proboscis Monkeys

Gajah tengah berendam

Gajah.. Sibuk gajah ni berebut kawasan jajahan.






Hmm.. lupa nama binatang ni.

Pak Belang Sumatera tengah berehat masa ni.

Biawak and the geng

Apa-apapun syukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang dan melihat kepelbagaian ciptaan-Nya.. Syukur alhamdulillah.. =). Lepas ni plan pergi muzium marin di UMS pula.

Aktiviti Cuti Sekolah: Pulau Labuan

Alhamdulillah semoga terus diberi nikmat kesihatan kepada kita semua.

Cuti kali ni  banyak aktiviti yang mahu dibuat. Harap2 semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Pulau Labuan…tempat aku belajar matrikulasi dulu. Kalau dari sabah ada 3 cara untuk sampai ke Pulau Labuan. Pertama guna kapal terbang dari Kota Kinabalu, kedua gua feri dari Kota Kinabalu dan ketiga dari Menumbok (Guna Feri kenderaan atau speedboat).

Jadi perginya ke Labuan kali ni adalah untuk pertunangan adik ipar yang kedua. Kami guna laluan Menumbok sebab senang untuk bawa kereta sendiri apabila sampai Labuan nanti.

Hujung ke hujung. Kudat-Kota Kinabalu-Menumbok-Labuan


Pada 9/12/2016 kami balik ke Kudat dulu. Esoknya baru konvoi bergerak ke Menumbok. Pukul 3 pagi mcam tu bangun dan siapkan apa yang patut. Pukul 4 pagi bergerak sebanyak 6 buah kereta berkonvoi. Masa ni Ainur x bangun lagi, jadi angkat ja dengan keadaan x mandi lagi, dalam perjalanan baru ganti baju. =p.  Alhmdulillah semuanya dipermudahkan walaupun kereta suami dan sebuah lagi kereta tersasar sedikit dari geng konvoi, tapi syukur sempat juga berjumpa di petronas Kimanis.

Terminal Feri Menumbok.

Pukul 11.30 sudah sampai ke Terminal Feri Menumbok. Kami sampai awal, tiket feri pada pukul 2.30 petang. Sampai sana makan bekalan yang telah disediakan, ada yang lain makan di restoran di kawasan terminal. Bila lama sangat menunggu, masa ni Ainur mula buat karenah sebab keadaan panas. Jadi, duduk dalam kereta sahaja sementara menunggu feri sampai.

Pemandangan masa feri mahu sampai Labuan

Dua kereta ikut dalam feri sementara kereta yang lain tinggal di Menumbok sebab bila sampai Labuan ada kereta adik ipar dan sebuah van untuk keluarga yang lain bergerak.

Sampai Labuan dalam pukul 4 lebih macam tu. Terus chek in hotel. Malamnya pusing2 Labuan kejap lepas tu pergi Ujana Kewangan cari coklat @ Skymart =). Lepas tu pergi foodcourt untuk tapau makanan ja sebab x larat sudah.

X banyak aktiviti yang dibuat sebab esoknyalepas majlis bertunang keluarga kecil kami bergegas balik sudah manakala keluarga yang lain balik lusa.

Esoknya Ainur ada temujanji dengan doktor pakar memandangkan Ainur lahir pramatang. Alhamdulillah, semuanya ok. Perkembangan Ainur pun normal.

Inshaallah ada rezeki tahun depan kita jumpa lagi Labuan.=).

Tuesday, 22 November 2016

Diari SLE: Berfikir

Entri imbas kembali. Catatan ni aku tulis semasa berada di wad. Suamiku yang belikan buku latihan. Ada gambar mickey mouse sebab Ainur yang pilih. Buku ni  aku boleh guna bila aku boring dengan menulis sesuatu. 

12/7/2016 hari yang betul2 aku rasa down. Pukul 2 petang pergi klinik pakar mata untuk rawatan susulan. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru siap. Tidak lama lepas sampai wad, doctor sudah bersedia untuk buat LP @ ambil air tulang belakang.

Macam inilah salah satu kedudukan pesakit semasa LP.
kena bongkokkan badan seboleh yang mungkin.


Selalunya doktor akan ambil air dalam 7-9 botol.
bergantung kepada tekanan dalam kepala pesakit.


Macam biasa, kesakitan semasa mengambil air tulang belakang pasti akan ada. Lepas LP, aku tidak boleh bergerak selama 6 jam. Kena tidur @ baring terlentang sahaja. Tapi… 3 jam pertama aku sudah bergerak dengan kebenaran nurse untuk ke tandas membuang air kencing. Memang tidak boleh tahan. Kalau sebelum ni boleh tahan lama2, tapi selepas beberapa kali LP, memang aku x dapat tahan. Mungkin salah satu kesan LP. =(. Syukur juga waktu ni aku tidak mengalami pening yang teruk.

Waktu ni juga dapat tahu yang aku kena pindah wad ID (Infection Disease). Cuba minta pindah esok, tapi doctor tu cakap doctor ID yang suruh.  Allah…sedih sangat.. memang masa kemas barang, bertitisan ja air mata. Kemas barang sendiri2, perut lapar. Rindu family lagi.

Dalam pukul 12 malam aku kena bawa turun dengan katil sekali. Tunggu ambulan datang dilobi. Lama juga ambulan tu baru sampai. Aku sempat lagi tertidur dalam keadaan sedih sangat. Dekat pukul 1, baru ambulan datang dan hantar aku dekat ID wad yang terletak atas bukit. ID wad ni wad lama. Ada nurse tolong teman.

ID wad...banyak suka dan duka berada dalam wad ni.


Bila sampai ID wad lagi sedih. Keadaan wad yang sangat berbeza. Katil, tiada langsir di setiap katil, loker, keadaan tandas. Memang semuanya bebeza. Sedih sangat, sempat telefon suami beritahu pindah wad.. lepas tu nangis.

Tapi bila difikirkan yang penting boleh sembuh. Lagipun dalam kuburan nanti semuanya sama.. Allah..tiada bantal, tilam, sejuk dan gelap gelita. Tidak boleh minta apa-apa. Astaghfirullah al’azim.. ampunkan dosaku aku ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah.

Saat ini, hanya padaMu tempat ku mengadu dan memohon ya Allah.

Rindu anakkku, suamiku dan keluargaku..



Aku insan terpilih… 
Pasti Allah sudah mengatur sesuatu yang terbaik buat diriku... 
Bersangka baik dengan Allah...

Wednesday, 16 November 2016

Diari SLE: Hadirnya Ketika Duka

Ya Allah..Entri kali ni bukan niat untuk mengeluh atau mengadu domba… Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Dalam aku diuji sebagai pesakit SLE, dengan dos ubat yang tinggi, serta kitaran haid yang memang tidak menentu selepas pengambilan ubat, aku diberi nikmat untuk mengandung sekali lagi masa umur Ainur mencecah 7 bulan. Masa ni aku belum perasan apa2, Cuma keinginan untuk makan buah manga atau jeruk mangga sangat membuak2. Asal pergi pasar, pasti beli buah mangga… Ada juga buah mangga yang suami tolong potong dan simpan dalam peti sejuk. Memang nikmat sungguh bila dapat makan. Tapi aku perasan, ruam @ rash dimuka naik dimuka. Rambut kerap gugur dan sendi memang sakit.

Bila balik Tuaran, mama pula risau dan suruh beli UPT. Pada 1/6/2015 suami pergi beli UPT dan petang tu juga aku cuba chek. Ingat lagi kalau masa dulu, lepas titik aku akan tunggu agar line naik even faint line, berharap sangat dulu supaya cepat melekat. Tapi kali ni aku biarkan kejap dan cuci tangan disinki. Bila aku toleh semula kat UPT, Allah…bukan faint line yang naik, tapi line yang sangat jelas. Allahukahbar…sebak..besar nikmatMu ya Allah. Dalam aku masih ‘berperang’ dengan sakit SLE serta dos ubat steroid yang masih tinggi, Allah berikan aku nikmat yang tidak ternilai ini.

Singgah sekejap dirahim ibu..

Penerimaan keluarga? Ada pro dan kontra… Manusia merancang dan Allah juga merancang.. perancangan Allah yang terbaik. Pada 4/6/2015 aku ada temujanji dengan klinik pakar reumatologi. Masa ni aku beritahu keadaan diriku. Ingat lagi masa ni aku follow up dengan Dr. Rachel, bila aku beritahu dia hanya menggelengkan kepala.. aku tau, pasti keadaan belum mengizinkan. Doctor membuat surat rujukan untuk aku dirujuk di pakar O&G di Hospital Likas. Masa diwad, aku discan dari atas dan bawah. Belum ada denyutan jantung, estimate  usia kandungan dalam 5-7 minggu. Berdasarkan perbincangan doctor pakar reumato dan doctor pakar O&G, aku tidak boleh untuk meneruskan kandungan ni.

“Anakku…maafkan ibu kerana tidak dapat untuk menjagamu selama 9 bulan dirahim ibu dan selepas tu.. Allahuakbar”

Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan kesihatanku yang belum stabil dan penyakit ni masih aktif.  Selain itu, keputusan ini juga dibuat untuk tidak mahu merisikokan keadaan adik bila lahir nanti memandangkan ubat steroid yang aku makan masih tinggi iaitu 9 biji sehari.

Ya Allah…ampunkan dosaku.

5/6/2016 pukul 6 petang macam tu, aku sekali lagi masuk dalam bilik pembedahan untuk S&C (suction and curettage). Aku dibius dan memang tidak sedarkan diri. Cuma, aku ingat, tempat yang sama masa aku melahirkan Ainur. =’(. Oo ya, waktu pagi ni juga Sabah dilanda gempa bumi yang kuat. Malam tu lepas proses S&C aku ke tandas dan perasan darah mula mengalir macam period.

Tambah air sebab kena suruh berpuasa sebelum S&C. 

6/6/2016 aku keluar wad. Ainur dan ayah datang ambil ibu. Sebak.. ya Allah..ampunkan dosaku.. Anakku..maafkan ibu sayang. Semoga tempatmu lebih baik, mungkin menjadi unggas2 disyurga. Mungkin bersama ‘along’ serta kawan2 yang lain gembira bermain disana.

Ibu sayang ‘along’, Ainur dan ‘adik. Dalam aku rasa lemah kerana penyakit SLE, Allah memberikan aku harapan agar tidak mengalah dan berputus asa dengan ujian yang Allah bagi… Allahukahbar..

 ❤ Ibu sayang Ainur 

IBU KENA KUAT…
SAKAIT MACAM MANA PUN…
IBU KENA HADAPI…
IBU INSAN TERPILIH…
SEMOGA IBU MENJADI ‘CALON BIDADARI SYURGA’ T_T…



Friday, 4 November 2016

Diari SLE: Aku dan SLE

Bila Allah mengujimu… Bermakna Allah sayang kepadaMu.. Allah rindukan rintihan suaramu untuk memohon dan berdoa kepadaNya.

Disini aku mahu berkongsi tentang ujian yang Allah beri kepada kami sekeluarga. Tujuan cacatan ini ditulis sebagai kenangan dan rujukan pada masa akan datang.Jujur, pernah aku berharap, sebenarnya sangat berharap agar perkara ni adalah cuma mimpi. Kesakitan yang aku alami cuma mimpi. Kesedihan keluargaku cuma mimpi.. 

Allah..betapa lemahnya diriku =(.. Aku berharap ada orang yang kejutkan aku dan bila aku bangun, aku tinggalkan semua kesakitan dan kesedihan yang aku rasa dan menjalankan kehidupan yang normal macam orang lain. Allah.. ampunkan dosaku..  Inilah hakikat yang aku kena tempuh. Sebagai hamba Allah, aku kena yakin bahawa perancangan Allah Maha hebat terhadap setiap hamba-Nya.. Allah pasti punya rahsianya yang sendiri.

Menjadi seorang ibu adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Berjaga malam dibantu oleh suami adalah pengalaman yang sangat berharga dan cukup indah. Cuma kita manusia yang mampu merancang, berharap cerah di siang hari rupanya ada hujan. 2 bulan lepas bersalin, Allah mengujiku dengan demam yang tidak pernah kebah. Bila mkn panadol, demam ok tp sekejap ja. Berpeluh2 dan basah satu badan. 

Bila pergi hospital, chek xda apa2 penyakit. Selain demam, aku jg mengalami sakit sendi yang sangat teruk. Allah..nak bangun, nak pergi tandas, nak buka baju memang sakit. Cuba juga kaedah kampung sebab bimbang masuk angin. Berurut dan bertangas tapi sakit badan xpernah kurang.

Bulan 12 mcm tu aku kena tahan sebab kena suspect kencing tikus. Allah.. menangs ja waktu ni. Buat pertama kali berpisah dengan anak dan pisah susu badan. Hanya Allah ja yang tahu perasaan ini. Masa ni ujian darah tetap xdpt detect apa2. Ak cuma kena diagnos viral infection.

Bila balik rumah, sakit masih ada. Aku dan keluarga cuba berubat cara Islam.  Ingat lagi mula2 berubat cara islam kak rini yang bawa. Allah. Masa ni batuk ja. Bila sesi merawat, aku menangis kesakitan. Allah.. sakit yang amat sangat.. Badan aku memang lemah. Ustaz tu cakap aku kena buatan orang. 

Allahualam.. Bila jmp ustaz lain perkara yang sama aku diberitahu. Allah.. Apalah salahku sampai aku kena buat orang. Lain ustaz lain versi cerita yang aku dpt. Tapi semuanya tentang buatan orang. Allah... =(. Andai kata betul, aku redha, Allah ada.. Mungkin ini bahagian aku di dunia.

Kami cuba chek di Hospital KPJ. X-ray semua ok. Cuma ada bacaan darah aku yang tinggi. Kalau tidak silap bacaan ANA  1000 lebih. Doctor refer aku kepada klinik kerajaan. Lepas tu bulan 3 masuk hospital lagi. Mata dan kuku menjadi kuning sudah. Doctor cakap hati sudah membengkak. Masa ni doctor suspek aku hepatitis B pula. T_T. Apa sakit aku sebenarnya??

Chek darah dan kami hantar ke makmal swasta. Bayar sendiri baru cepat dapat keputusan. Bila keputusan keluar, doctor sahkan aku SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Masa doctor beritahu pasal penyakit ni, aku betul2 rasa lemah. Pertama kali dengan nama penyakit ni. SLE satu penyakit yang belum dapat dipastikan punca dan belum ada ubat. Sakit ni cuma boleh bertahan dengan pengambilan ubat untuk mengurangkan sakit. 

Sakit ni dikategorikan sebagai sakit kronik dan boleh menyerang organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, paru2 dan sakit ni boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat. Sakit ni juga dipanggil dengan nama seribu satu wajah kerana lain orang lain simptomnya. Sakit sendi, ruam dimuka dan banyak lagi. 

Boleh rujuk link untuk mengetahui apa penyakit SLE ni sebenarnya.


Bermulalah episode aku sebagai seorang pesakit SLE. Ya Allah.. walau sakit macam manapun aku pasti Engkau punya rahsia yang tersendiri. Aku mohon agar Engkau permudahkan setiap langkahku ya Allah. Engkau bantulah aku untuk sembuh, aamin ya Allah. Permudahkan urusanku sebagai seorang isteri, ibu, anak, pendidik dan sebagai hambaMu ya Allah.

Kasih ibu dan anak.. Semoga ibu terus tabah.


Wednesday, 2 November 2016

.:Diari SLE: Cerita Dari Tingkap Hospital:.

Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Sakit...menjadikan aku lebih sabar..

Alhamdulillah.. semoga ada sinar buat diriku sekeluarga. Suasana baru, tempat kerja baru dan juga semangat baru, insha Allah.

Entri kali ni lebih kepada entri imbas kembali. Tahun ni sudah empat kali aku keluar masuk wad. Raya puasa dan aidilfitri di hospital. Syukur ada suami yang sentiasa menemani dan keluarga yang sentiasa berada disisi untuk memberikan sokongan.

Semuanya bermula dengan sakit kepala yang teruk awal bulan 5. Sampai x mampu nak bawa diri, demam dan muntah2. Selera makan memang tiada.  Bila pergi kecemasan Tuaran, cek  darah semua normal Cuma tambah air. 

Jadi, entri ni aku nak tulis tarikh keluar masuk dan pengalaman sepanjang berada di hospital Queen untuk rujukan akan datang. Semoga tiada lagi lepas ni. Aamin ya Allah.

~5/5/2016-22/5/2016~
 Sebelum hari jadi lagi sudah sakit, tapi tunggu lepas hari jadi baru pergi hospital sebab ingatkan sakit kepala biasa.

Symptom:
sakit kepala yang teruk, demam, muntah2, hilang selera makan, bila makan panadol pun masih tidak ok.
Wad:
Tingkat 7 dan 8.
Diagnosis:
Berdasarkan pengambailan air tulang belakang (LP), doctor suspek aku cryptokokal meningitis yang disebabkan oleh burung. LP kali kedua negative pula, jadi doctor suspek  aku TB meningitis.
Rawatan:
2x ambil air tulang belakang (Lumbar Puncture), CT scan (brain), MRI (brain), tebuk leher untuk masuk ubat memandangkan tangan aku mudah lebam. (hari2 kena ganti IV drip, kadang 2  3 kali sehari ) dan x-ray (2x chest dan 2x untuk periksa panjang hos dileher).

~25/5/2016-11/6/2016~
3 hari selepas keluar hospital keadaan kesihatan aku drop semula, dr Anna dari klinik pakar reumatologi suggest aku masuk wad semula, sedih sangat masa ni. Suami pula masih di Kudat.  Tahun ni berpuasa di hospital.

Symptom:
Demam, ruam dimuka dan sakit sendi.
Wad:
Tingkat 2 (Sangat selesa sebab  hanya  2 orang pesakit dalam bilik)
Diagnosis: Jangkitan kuman, kesan ubat dan flare SLE.
Rawatan:
Tambah air dan ambil adarah hampit setiap hari. Hampir kena ambil sum-sum tulang sebab doctor x dapat pastikan punca demam yang tinggi dan tidak pandai kebah. Sudah sign borang tapi Alhamdulillah demam semakin ok.

~2/7/2016-28/7/2016~

Symptom:
sakit kepala yang teruk datang semula, demam, muntah2, hilang selera makan, ruam banyak dimulut, pandangan kadang2 menjadi kabur dan rasa macam nak pitam.
Wad: Tingkat 7 lepas tu pindah pergi ID wad.
Diagnosis: Berdasarkan pengambailan air tulang belakang (LP) kali ke3, doctor sahkan aku crytokokal meningitis iaitu jangkitan dekat selaput otak. Stop ubat TB dan masuk antibiotic untuk 3 minggu macam tu.
Rawatan:
3x ambil air tulang belakang (Lumbar Puncture), chek mata, orbit mata(CT scan) dan tebuk leher untuk masuk ubat. Masa ni ingat mau buta sudah, hanya Allah yang tahu perasaan ni.


buku dari abg amin...menjadi motivasi dikala aku lemah

~4/8/2016-24/8/016~
Masa ni betul down. Dengan rasa sakit, rindu anak, suami dan keluarga. =’(.


Ainur masa melawat ibu..sumber kekuatan ibu 

Ayah dan Ainur. 

Symptom:
sakit kepala yang teruk, demam, hilang selera makan (berat 38kg), dan sakit tengkuk.
Wad:
ID wad.
Diagnosis:
cryptokokal meningitis berulang dan tekanan dikepala tinggi berdasarkan LP kali ke6. Mengalami hemolisis (sel darah pecah)
Rawatan:
1x ambil air tulang belakang (Lumbar Puncture), x-ray perut, CT scan kepala (contrast).

Ya Allah.. apa pun yang berlaku terhadap diriku adalah kehendakMu. Aku pasti Engkau punya cara untuk mendidik jiwa dan imanku agar lebih dekat kepadaMU. Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafanku. Semoga aku tergolong sebagai hamba yang redha menerima ujian dariMU  Sesungguhnya aku insan yang lemah dan perlukan jagaan dariMU. Bantu hambaMu yang lemah ini ya Allah.

Hidup ini cuma sementara,
Dunia cuma persinggahan,
Sakit datang dan pergi,
Mati juga yang pasti,
Semoga Allah beri kita syurga...



Monday, 30 May 2016

~Rindukan syurga Allah~

Bismillah

Bila kita diuji... Pasti kita akan lebih bergantung kepada Allah.

Cuma kadang2, diri xtahan ujian, terasa lemah. Tapi diri ni tetapkan rindukan syurga-Mu ya Allah.

Bantu aku ya Allah.. Lindungiku dari putus asa.. Aamiin ya Allah.

Friday, 18 March 2016

Masih Bernafas...

Bismillah..

Fuu..Dekat setahun tidak update blog.
Banyak yang ingin disimpan disini untuk tujuan rujukan akan datang.
Untuk bacaan Ainur kesayangan juga pada masa hadapan.
Cuma kekangan masa dan keadaan diri yang kadang2 tidak mengizinkan.
Alhmdulillah masih bernafas dimuka bumi Allah.
Masih berharap diri akan diberi kesihatan sepenuhnya oleh Allah.
Masih berjuang untuk mencari kekuatan dalam sisa-sisa  yang masih tinggal.
Semoga perjalanan ini, perjalanan keluargaku dipermudahkan oleh Allah.

Alhamdulillah.. Ainur pun semakin membesar.
Sudah semakin aktif.. Banyak betul ragam dan gaya.
Perlu kesabaran yang tinggi mendidik dan menjaga anak yang aktif.
Alhamdulillah juga sudah diberi kesempatan untuk menjaga Ainur sepenuhnya.
(Terima kasih semua keluarga yang banyak menjaga Ainur ketika ibu berjuang hidup dan mati)

Insha-Allah semoga lepas ni lebih konsisten untuk menulis. Entri tentang penyakit akan menyusul kemudian. Supaya dapat berkongsi tentang penyakit yang dialami dan usaha untuk melawan penyakit.