Monday, 24 April 2017

AGM SLE Sabah Chapter 2017

Bismillah...

Hari Sabtu bersamaan dengan 22 April 2017, aku dan suami berkesempatan mengikuti AGM SLE yang bertempat di Venition, Penampang Kota Kinabalu. Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi. Cuaca masa ni hujan, masa macam AGM SLE 2 tahun lepas.

Bermula dengan aktiviti pendaftaran. Pendaftaran untuk setiap pesakit adalah percuma, manakala untuk teman atau saudara pesakit akan dikenakan yuran rm25. Setiap peserta akan mendapat goodies dari Persatuan SLE.


TQ Persatuan SLE Sabah Chapter.

Aktiviti pertama bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden SLE Sabah Chapter, Dr. Rachel Joshua. Dr. Rachel merupakan doctor pakar bahagian Reumatologi Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu. Tetapi, sekarang Dr. Rachel sudah berpindah ke Johor.


Dr. Rachel dan Dr. Wong.

Lepas tu, satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Wong Koh Wei, Konsultan Nephrologist,  Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Banyak input berguna yang telah diberikan oleh doctor tentang pesakit SLE dan buah pinggang yang tidak dapat dipisahkan. Pengenalan peringkat sakit buah pinggang serta ubatnya. Selain itu, dalam perkongsian ini juga, doctor ada menunjukkan bagaimana biopsy buah pinggang dilakukan ke atas pesakit.


Dr. Eleen semasa sesi Q&A.

Kemudian sesi soal jawab. Pelbagai soalan yang ditanya telah direspon dengan baik oleh setiap doctor seperti Dr. Wong,  Dr. Rachel dan Dr. Eleen Chong. 

Pukul 12.00 macam tu, aktiviti berhenti sekejap untuk makan tengahari. Menu makan tengahri tauhu jepun, ikan sweet & sour serta ayam masak bijan dan buah tembikai sebagai pencuci mulut.


Menu tengahari yang menyelerakan...

Pukul 1.00 tengahari,  bermulanya Mesyuarat AGM kali ke-empat.  Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan dan laporan kewangan yang telah dibuat sepanjang tahun 2015 dan 2016. Selesai pembentangan laporan, sesi pembubaran dan lantikan AJK baru dibuat bagi sesi 2017 dan 2019. Aku menjadi salah seorang Committee Members bagi sesi 2017-2019. Semoga dapat menyumbangkan tenaga dan sumbangan terhadap persatuan SLE Sabah Chapter.


Office Bearers, Medical Advisor & Commitee Members for 
2017-2019 term.

Aktiviti seterusnya ialah Share dan Care Session. Setiap pesakit dan member pesakit akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan akan diletakkan seorang doctor untuk berkongsi atau menjawab persoalan yang dikemukan oleh setiap pesakit SLE mahupun keluarga pesakit. Setiap orang, mempunyai cerita SLE yang sendiri. Ada yang sudah hidup berbelas tahun dengan penyakit SLE dan masih survive dengan sihat. Yang penting sentiasa berusaha menjaga kesihatan, patuh jadual pemakanan ubat dan temujanji. Dan sebagai seorang muslim, setelah berusaha kita hendaklah bertawakal kepada Allah.
Sesi perkongsian.

Sesi perkongsian.

Dalam sesi ini juga, suami ada kongsi tips agar sentiasa berusaha untuk menjaga emosi pesakit SLE dari perkara yang boleh menyebakan penyakit ini menjadi aktif terutamanya stress. (Pendapat suami berdasarkan pengalaman menjaga isteri yang mempunyai tahap kesihatan yang tidak menentu.. huhu )


Pukul 3 petang macam tu minum petang disediakan. Menu mee goreng dan pisang goreng. Sebelum berakhir sesi bergambar telah dibuat. 

Terima kasih kepada semua AJK Persatua SLE Sabah Chapter yang memang sporting dan supportive.  Insha-allah, jumpa lagi pada masa akan datang.


Commitee members with Dr. Rachel.


Keluarga besar Persatuan SLE Sabah Chapter.

Kredit to: Facebook Persatuan SLE Sabah Chapter.

Friday, 21 April 2017

AGM SLE

Bismillah...
Insha allah esok ada meeting AGM SLE.
Semoga dipermudahkan..







Sunday, 2 April 2017

~Warkah buat dirimu~

Terkejut ketika mendengar perkhabaran dari dirimu…


Sungguh aku tidak sangka…
Allah… Hebatnya ujian buat dirimu...
Ujian yang begitu BERAT dan SUKAR untuk diterima bagi seorang yang bergelar wanita...
Ujian yang sangat sukar untuk dihadapi, apatah lagi untuk dilalui bagi seorang ISTERI dan IBU.

Allah…
Memang BUKAN mudah untuk DITERIMA…
Tapi…
BUKAN mudah untuk DIBUANG..
15 TAHUN bukan satu masa yang PENDEK…
Banyak sudah rasa yang telah DIKONGSI..
Susah, senang bersama…
Ada usaha yang telah dibina bersama... Dari ZERO kepada adanya NAMA..
Tapi mudahnya manusia untuk BERUBAH…
ALPANYA manusia dengan segala PINJAMAN duniawi.

Allah…
Semoga Engkau beri kekuatan kepada dia..
Dia yang banyak membantu diriku...
Baik ketika aku senang dan ketika aku susah..
Banyak budi yang sukar untuk dibalas..
Begitu juga dengan keluargaku.
  
Allah…
Hanya Engkau yang mampu menunjukkan jalan yang terbaik buat dirinya..
Dikala hatinya buntu.. Berikanlah hatinya kekuatanmu ya Allah…
Bimbinglah hatinya untuk membuat keputusan yang terbaik…
Bukan terbaik pada pandangan manusia ya Allah…
Tapi biarlah BAIK pada pandanganMu ya Allah.

Aku tahu…
Mudah untuk mengungkapkan perkataan SABAR dan terus bersabar…
Tapi hakikatnya.. hanya dirimu akan rasa BEBAN yang ditanggung.

Allah…
Sesungguhnya… Apa yang ada dilangit dan dibumi adalah milikmu..
Permudahkanlah urusan dia...
Sesungguhnya kami sangat menyayangi dirinya..
Insha-allah pasti ada balasan buat mereka yang menganiya dirinya…
Pasti ada balasan buat mereka yang bersikap ZALIM dengan dirinya  apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya…
Mungkin bukan hari ini.. bukan esok…
Tapi pasti akan ada.


Buat dirimu…
Jangan bersedih… Sesungguhya Allah bersama dirimu…
Mengadulah pada DIA yang selayaknya…
Moga ada jalan yang TERBAIK.