Posts

Showing posts from December, 2017

Cerita cuti: Perkahwinan Adik Sepupu (Iranun + Bajau)

Image
Alhmdulillah pada 8 dan 9 disember kami sekeluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang bertempat di K.g. Tamau, Kota Belud. Seminggu sebelum tu mereka sudah bernikah di Telaga, Pitas. Memandangkan keadaan kesihatan kurang mengizinkan, kami sekeluarga cuma pergi ke majlis belah lelaki.
❤Barakallah... Suzaimie & Suzilah ❤
        Perkahwinan adik sepupu ni agak meriah memandangkan perkahwinan ini melibatkan adat Iranun. Dalam masa yang sama, perkahwinan ini turut mendapat liputan dari stesen tv yang dikendalikan oleh pengacara cantik dan comel, Marsha Milan Londoh, Cuma aku kurang pasti tajuk bagi rancangan tersebut, huhu.
Kenal siapa ni? ☺
Petang 8 Dis tu sudah ada liputan dan temuramah bersama pasangan dan keluarga pengantin. Pada sebelah malam pula majlis berinai (berbedak) dan majlis kebudayaan (berunsai). Tetapi tarian runsai tidak dapat dibuat memandangkan di kampung ni baru sahaja ada berlaku kematian. Sebagai menghormati keluarga yang meninggal, tiada acara keb…

Jade 3: Love, Laugh & Life

Image
Bismillah…
Kurang beberapa minggu lagi tahun 2018 akan menjelma meninggalkan 2017. Semoga tahun 2018 akan memberikan seribu harapan yang lebih bersinar buat kita semua.
          Alhmdulillah untuk tahun 2017 aku berjaya menyempurnakan tugas sebagai guru kelas bagi kelas 2 Jade 3. Disamping tu, aku juga mengajar matapelajaran Sejarah bagi kelas ni. Untuk tahun depan belum tahu lagi sama ada masih menjadi guru kelas atau tidak.
Menjadi guru kelas Jade 3 memberikan seribu satu kenangan. Kadang suka, kadang tawa dan kadang mungkin sedikit pahit
Jade 3 awal tahun (kemas kelas)
Awal tahun 41 orang murid, tidak termasuk 3 orang dari Pendidikan Khas. Kerja2 kelas terutama kehadiran banyak dibantu oleh Farah selalu ketua kelas. Farah pla biasanya dibantu oleh geng2 bila dia tidak hadir.
          Murid Jade 3 ni ada pelbagai ragam dia. Ada yang skema, baik, dengar kata dan tapi ada juga sebaliknya.  Namun agak banyak kenangan yang telah dikongsi antaranya menceriakan kelas, sambutan raya, sambuta…

‘Dating’ cara kami

Image
                Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog. Lama ditinggalkan kerana lebih banyak komitmen yang lebih besar perlu dibuat. Selain itu, keadaan kesihatan yang agak kurang stabil dalam sebulan lebih ini membataskan banyak aktiviti.
                Semuanya bermula selepas hari sukan sekolah 23/ 8. Bertugas 3 hari lupa diri ni seorang pesakit SLE (tidak boleh kena matahari secara terus). Baru setengahari pun muka burn sudah berbanding guru yang lain. Lepas tu cuti seminggu ada balik Kudat, cuti hari raya haji. Masa ni keadaan cuaca di Kudat pun agak panas. Muka makin ketara burn. Huhu.
                Bila balik Tuaran dalam awal bulan 9 macam tu, keadaan kesihatan mulai drop. Batuk dan hampir setiap hari pasti akan demam. Makan panadol, ok pastu demam akan datang lagi. Mulanya, ingatkan sakit biasa2 ja tapi bila sudah masuk minggu kedua keadaan masih tidak berubah dan makin teruk dengan selera makan memang totally LOST. Aku dan suami pergi ke hospital Tu…