‘Dating’ cara kami

                Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog. Lama ditinggalkan kerana lebih banyak komitmen yang lebih besar perlu dibuat. Selain itu, keadaan kesihatan yang agak kurang stabil dalam sebulan lebih ini membataskan banyak aktiviti.

                Semuanya bermula selepas hari sukan sekolah 23/ 8. Bertugas 3 hari lupa diri ni seorang pesakit SLE (tidak boleh kena matahari secara terus). Baru setengahari pun muka burn sudah berbanding guru yang lain. Lepas tu cuti seminggu ada balik Kudat, cuti hari raya haji. Masa ni keadaan cuaca di Kudat pun agak panas. Muka makin ketara burn. Huhu.

                Bila balik Tuaran dalam awal bulan 9 macam tu, keadaan kesihatan mulai drop. Batuk dan hampir setiap hari pasti akan demam. Makan panadol, ok pastu demam akan datang lagi. Mulanya, ingatkan sakit biasa2 ja tapi bila sudah masuk minggu kedua keadaan masih tidak berubah dan makin teruk dengan selera makan memang totally LOST. Aku dan suami pergi ke hospital Tuaran. Doktor suspek aku TB pla. Kena x-ray.. chek kahak dan jarum. Tapi bila keputusan keluar, semua negative, syukur.. masuk minggu ketiga, keadan masih tidak berubah, pergi Hospital Queen 1, chek semua normal.
                Tapi yang membimbangkan bila berat badan aku semkin drop. Temujanji sebelum ni hampir 50kg tapi semenjak tidak sihat ni berat hanya 39kg. Aku makin mudah penat. Jalan sikit aku akan cari tempat untuk duduk.

                16/11 suami bawa pergi kecemasan Queen 1. Kami minta kebenaran pihak pentadbir untuk keluar awal memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sampai hospital pukul 1 tengahri. Tunggu giliran dan selesai semua pemeriksaan, x-ray, ambil darah 2kali, chek kencing dan tambah air. pukul 11 malam. Allahu… kesian dengan suami.

Bacaan darah memang tidak cantik. Untuk rekod;

·      Hb: 6.4 (normal 11-12) 
·         Protein memang tinggi dalam air kencing (macam ada masalah dalam buah pinggang)
·         Bacaan hati ada sedikit gangguan (radang)
·         Ada darah dalam urine
·         ESR:120 (radang dalam badan normal 0-29)

                Memandangkan aku ada SLE, doctor yang bertugas cuba contact dengan doctor dari klinik reumato.

Alhamdulillah, waktu tu Dr. Anna yang bertugas. Dia datang dan chek dan diagnos aku ‘flare SLE’ atau kata lainnya SLE aku menjadi aktif. Dr. Anna cadangkan aku masuk wad malam tu juga tapi lepas pertimbangkan semua perkara, fikir Ainur, kerja sekolah masih ada yang tertangguh dan perlu dihantar, aku cuba minta tempoh. Hari isnin aku janji serah diri untuk masuk wad. 

Dr. Anna cadangkan aku ambil semula steroid @ prednisolone 4 biji sehari untuk mengawal SLE ni. Alhamdulillah, lepas beberapa makan ubat, selera makan mulai ada. 

Dan syukur juga hari isnin tu x kena tahan sebab ada sedikit perubahan positif. Konsultan reumato, Dr. Eleen just pantau result dan ambil darah serta pemeriksaan rutin biasa.

Laluan ke Klinik ID

Bermulalah episode dating dihospital.  Waa… baru masuk tajuk entri..xpa biar mukadimmah panjang. =)

Datingla kami suami isteri kadang dengan anak ke klinik pakar, makmal ambil darah, kantin hospital dan farmasi. Minggu ni saja hari ahad (ambil darah), selasa temujanji (reumato), rabu temujaniji (ID) Semuanya di Queen 1.

Ainur temankan ibu dihospital

 Kadang bila rasa down singgah dhati, terasa juga,  aku tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Mungkin tidak sesempurna seperti pasangan yang lain. Cuba untuk motivasikan diri…mungkin sudah tertulis rezeki kami, Allah pilih kami untuk menjalani kehidupan dan bercinta dengan cara-Nya tersendiri untuk lebih mengeratkan hati2 kami. Aamiin.

                Kesan dari flare SLE timbul semula ulser atau luka dikaki. Saat entri ini ditulis keadaan kesihatan sudah beransur baik Cuma luka dikaki masih perlu dicuci hari2. Cara bejalan pun tidak ok, semoga sebelum buka sekolah sembuh luka dikaki ni. Terima kasih en. suami tolong cuci. Semoga ada ganjaran pahala buat dirimu. Aamin.. 

                Semoga Allah redha dengan perhubungan ini. Semoga allah memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga. Aamiin ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE