Posts

Showing posts from April, 2015

Anugerah Terindah

Image
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya aku sudah menjadi ibu untuk hampir 6 bulan. (Banyak sudah ibu rasa sayang)

Pada 21 Oktober 2014 lahirnya seorang puteri @ khalifah Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah menjadi pelengkap dalam kehidupan kami suami isteri.
Anak solehah ibu, Ainur Mardhiah

Nama diberi Ainur Mardhiah Bt Jumiril. Insya-allah semoga menjadi cahaya mata yang diredhai sayang. Lahir di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Likas. Berat cuma 1.85kg, sekarang sudah 6kg lebih alhamdulillah. Anak ibu lahir pada pukul 8.08 malam secara pembedahan.  Insya-allah akan ada juga entri tentang pengalaman bersalin nanti untuk kenangan pada masa akan datang.
Alhamdulillah anak ibu hampir 6 bulan sudah.  (Terima kasih mama dan anty jia banyak tolong ibu jaga Ainur semasa ibu tidak sihat, T_T) Banyak ragam dan gaya sudah. Menjadi penghibur buat kami sekeluarga. Syukur ya Allah atas anugerah yang Engkau beri…