Wednesday, 26 December 2012

Doa

~Bismillah~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Ya Tuhan kami...
Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.

Ya Tuhan kami...
Janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.

Ya Tuhan kami...
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Beri maaflah kami
Ampunilah kami dan rahmatilah kami.

Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Amin ya Allah.

(al-Baqarah:286)



Tuesday, 25 December 2012

Cherita cuti

~Bismillah~

Hari ni aku menulis lagi.. Kali ni aku nak tulis tentang cerita aku masa cuti ni.
Cuti ni tiada pergi mana2 tempat khas pun, just berjalan2 dengan suami, family kat Tuaran dan family kat Kudat. Tapi setiap masa yang ada itulah yang masa yang paling berharga buat diriku ini. 

Teringat satu teka teki Imam Ghazali kepada anak muridnya tentang apakah yang paling jauh dengan diri kita? Hmm, memang banyak benda yang jauh dengan diri kita, tapi masa yang kita sudah tinggalkan adalah masa yang paling jauh kerana kita tidak mampu untuk untuk mengulang masa tersebut. Betul atau tidak? Bila difikirkan memang betul kerana kita tidak boleh kembali pun kepada perkara yang kita telah buat seminit yang lepas, sejam yang lepas, perkara semalam ataupun perkara setahun lepas. Tapi kita cuma mampu untuk mengingatnya sebagai satu kenangan buat diri kita.

Jadi berbalik kepada cerita cutiku.

17 Disember
Aku dan suami balik Tuaran selepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua sambil tolong2 jaga rumah sebab family Kudat pergi ke Sarawak untuk pertaulihan adik ipar (POLIS). Bila dah sampai Tuaran, aku dan suami dan realisasikan impian yang telah terpendam dihati...apa dia? Jeng2... =)


18 Disember
Menunaikan hasrat yang dihati.. Iaitu gunting rambut dam steam rambut. =). Aku dan suami sibuk mencari kedai gunting rambut muslimah. Jumpa satu kedai tu, ada khas untuk muslimah, tapi bila masuk, orang kedai kata xdapat sebab tabir dorang xda, cuba runding xnak bagi orang lain masuk, tapi orang kedai macam keberatan, jadi wajib cari kedai lain. Aku kol akak ipar, minta pendapat jadi dia cuba bawa pergi satu kedai. Bila bincang dengan orang kedai alhamdulillah, Allah permudahkan, akak tu setuju untuk tutup kedai buat sementara waktu sementara aku dan suami ada kat dalam. Syukur sangat sebab Allah membantu menjaga diriku ini. Terima kasih kepada akak ipar dan terima kasih kepada suami yang tetap setia disisi sehingga mengantuk, huhu..  Semuanya untuk abang juga. ehee.

19 Disember
Akak Marini ajak pergi Zoo kat Lok Kawi. Masa tu keadaan langit dan mulai gelap, tapi kami cuba juga, konvoi 2 kereta ja sebab Wafiy pergi KL. Sebelum tu akak Marini nak singgah beli kurma, bila dah berhenti hujan turun sangat lebat pula, jadi terpaksa ganti plan lain, iatu jalan2 di KK sahaja sebab perjalanan masih jauh lagi tapi xmau ambil risiko, huhu.

Zoo Lok Kawi..Sumber google

Masa di KK, caca sempat lagi buli pakciknya. Huu laju caca berlari kesian kat pakcik kena kejar. Layan gambar pakcik dan anak buah. =)

Caca si pembuli =)

Caca sibuk nak berlari

Pakcik dapat tangkap Caca pun =p

Senyum sikit=)

23 Disember
Aku dan family Kudat pergi Pantai Kelambu dan Simpang Mengayau. Program sehari, dari pagi hingga petang, memang memenatkan, tapi memang best sangat2. =). Kat Pantai Kelambu program berbeku dan mandi laut.

Pantai Kelambu

Bersama adik ipar (kakak dan nanang) dan bakal biras

Dua2 dah makin sihat =p, ehee

serupa tapi perangai yang berbeza =)

Ni pula masa di Simpang Mengayau. Kat sini jalan2 sahaja. nak minum air kelapa tapi kedai penuh dengan orang, jadi xdapat, jadi cuci mata ja. =)

Suami beraksi ala-ala kanak2 ribena, hihihi.

Adik beradik lelaki suami

Mertua dan adik beradik perempuan

Insya-allah ada masa dan kelapangan, boleh jalan2 lagi. Cukuplah buat masa ni. Kejap lagi aku nak tido dah.

Tuesday, 11 December 2012

Ibu


~Bismillah~

Dua hari lepas aku ada sembang2 dengan mama di telefon, masa tengah sembang2 tu, mama cakap "rindu pula dengar suara ko nak".. ehee.. saja ja manja2 dengan mama, aku tanya mama "kenapa rindu", mama kata "iyalah mama pun sudah tua, bukannya tahu umur"…sob.. bergenang air mata.. Allah… Rindu keluarga di Tuaran. (Baru ja pun balik Tuaran hari tu, huhu.)

Jadi hari ni aku nak kongsi sedikit tentang mama @ ibu.

 Tanpa ibu kita tidak akan lahir ke dunia ini

Sebagai permulaan aku suka untuk berkongsi satu hadis tentang ibu.

Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' [HR Bukhari & Muslim] 

Berdasarkan hadis diatas, jelas Rasulullah S.A.W menegaskan kepada diri kita untuk menghormati ibu dan bapa kita.

Mama, ibu, ummi ataupun mak membawa maksud yang sama. Ibu adalah individu yang diberi amanah oleh Allah untuk mengandungkan diri kita selama 9 bulan lebih. Apa yang ibu makan dan minum, itulah yang akan disalurkan kepada diri kita semasa berada dalam perut untuk tumbesaran kita. Kaki ibu jadi bengkak kerana membawa kita selama 9 bulan. Kadang2 tidurnya terkejut kerana kita tengah membuat senaman tukar gear ketika dalam perut.=]

Hari ini kita adalah anak kepada ibu kita, insya-allah pada masa hadapan jika diberi peluang oleh Allah, kita juga akan bergelar ibu kepada anak2 kita. Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu, berusahalah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua orang tua kita. Sekiranya ibu kita masih hidup di dunia ini, berbaktilah, tetapi sekiranya sudah tiada, kirimlah al-fatihah buat dirinya disana.

Sebagai seorang anak, kita wajib untuk mendengar dan patuh pada kata2 ibu selagi mana perbuatan tersebut tidak melanggari syarak dan bertentangan dengan syariat Islam. Walaupun kadang2 kita tidak bersetuju dengan kata2 ibu kita, tapi cubalah berbincang dengan berhikmah, kalau masih tidak dapat kata sepakat, berbincanglan sesama ahli keluarga yang lain dan jangan lupa untuk berdoa..iya berdoalah…minta pertolongan pada DIA yang selayak-Nya. Yakin..AllahS.W.T pasti akan tunjukkan jalan yang terbaik buat diri kita semua.

Perkara yang paling penting kita kena bersangka baik dengan ibu kita. Nabi pernah bersabda, jika mana ibubapanya redha kepada anaknya, maka redha Allah pasti akan bersama anak tersebut. Siapa yang nak redha Allah bersama dirinya? Pasti kita semua mahukan. Insya-allah kalau kita berpegang dengan hadis tersebut, bahagialah hidup kita didunia ini.


Tanpamu..aku tiada didunia ini

Kesimpulannya..hargailah ibu kita kerana tanpa dia kita tidak akan lahir didunia ini.
Selain itu, bagi yang sudah berkahwin, hargailah ibu mertua kita kerana tanpa dia, suami kita tidak aka ada di dunia ini. 

Muhasabah buat diriku, bersangka baik dalam setiap perkara dan berusaha untuk menjadi anak yang solehah dan anak menantu yang baik, insya-allah. Hidup ini indah jika semuanya kerana Allah.


Tanpanya..suamiku tiada di dunia ini

Teringat masa belajar kat universiti dulu, bila mana ustazah ada menerangkan beberapa perkara yang dilihat akan mendapat pahala, antaranya ialah dengan melihat wajah ibu kita. Subhanallah..mudahkan untuk mendapat pahala.. tapi ingat..kita juga akan mudah mendapat dosa sekiranya melukakan hati mereka.

 “Ya Allah..ampunilah aku..ampunilah suamiku.. dan ampunilah kedua2 ibubapaku, kedua2 mertuaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dalam memelihara dan mendidik semasa kami kecil, amin ya Allah”


Sunday, 9 December 2012

.:8 tahun:.

~Bismillah~

8 tahun? Hihi..tak tau nak letak tajuk apa..

=). Minggu ni sibuk nak crita tentang hari kelahiran sahaja. Kali ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat anak buah sulung, Muhd Wafiy Sufi yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun pada hari ni (8 Disember 2012). 

Ucapan dari kejauhan sebab anty jidang xdapat balik, temankan pakcik kat sini jaga pelajar STPM kat asrama. =p. Insya-allah ada masa nanti anty balik Tuaran kita jumpa ya.

Alhamdulillah tadi sempat juga kak Jiah MMS gambar, terubat sikit rindu di hati anty ni. Anak2 buahku ni bolehlah dikatakan sangat rapat dengan aku, baik Wafiy, Khadijah ataupun Caca.

Ingat lagi Wafiy ni, bila aku balik Johor belajar dulu, dia selalu ikut pergi airport, bila aku masuk ja kat balai belepas, nampak muka dia akan berubah. Pastu konfem aku dapat msg dari akak..."dik...wafiy nangis cari ko dik..." Masa tu juga air mata ni pasti akan mengalir. Allah sedih sangat masa tu dengan homesick yang memang tak berkurangan sejak mula masuk asrama masa tingakatan 4 dulu, huhu.

Macam tu juga dengan Khadijah ni, dah dia memang berjiwa sentimental sikit, masa tunggu posting dulu dok bekepit ja kat umah, jadi bila aku dapat tawaran Interim ada sekali tu dia ikut mama dan bapa hantar  aku pergi Kudat, bila dorang balik, kak Jiah kol..dengar2 Khadijah dah menangis..huhu.. 

Bila difikirkan semula terasa cepat sangat masa berlalu.. Ya Allah perancanganMu tiada siapa yang dapat menduga.. Tapi perancanganMu adalah yang terbaik bagi setiap hambaMu didunia yang sementara ini, seperti janjiMu dalam surah al-Imran ayat 54: Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin yang bermaksud "Mereka merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah sebaik2 perancang".

Sebelum aku nak berundur diri dan tidur, aku nak titipkan sesuatu buat Wafi Sufi..


Wafiy dan Khadijah bersama kek Doraemon =)


Ucapan anty dan pak cik buat Wafiy:

Selamat menyambut Hari Jadi yang ke-8 tahun..
Belajar rajin2 ya sayang..
Jangan malas pergi sekolah..
Rajin2 pergi sekolah harian dan sekolah agama ya tahun depan.
Rajin2 tolong mamy dan daddy dirumah ya..
Jangan suka buli2 Khadijah dan caca dan anty Jiah tau, hihi..
Jangan kuat marah, hihi..
Anty sayang semuanya..=)


p/s: Hadiah tunggu anty balik Tuaran ya sayang. =]

Saturday, 8 December 2012

Sanah helwah


~Bismillah~

Baru hari ni dapat update blog kerana keadaan yang tidak mengizinkan, lebih2 lagi bila En. Suami diberi ujian tubuh badan yang tidak sihat sejak 3 Disember yang lepas. Alhamdulillah sekarang sudah beransur baik dan sudah mula membuat lawak seperti biasa, syukur Alhamdulillah. ;)

Hari ni aku nak dedikasikan sesuatu dalam diari maya ni buat En. Suami tersayang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember yang lepas. Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun sayang. Tiada hadiah yang bernilai mampu aku berikan melainkan hanya doa pada DIA untuk segala kebaikan dalam hidup abang.

Ni masa En. Suami kecil2..comeykan =)


Sekarang..Alhamdulillah sudah 27 tahun usianya


doaku buat dirinya

Tidak lupa juga kepada teman seperjuangan ketika belajar dulu, Pn. Aini yang bermurah hati berikan topup semasa keadaan suami tidak mengizinkan hari tu. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik yang diberikan.