Hak..

Bismillah
Segala puji hanya bagi Allah sekalian alam.
Hari ni aku nak kongsi sesuatu  buat peringatan bersama.
Walaupun sedkit, semoga ada manfaatnya, insya-allah.

Bermula dengan satu peristiwa masa bulan ramadhan lepas.
Aku dan suami pergilah ke sebuah restoran untuk berbuka puasa. 
Kami pergi dalam pukul 5.40 petang selepas selesai membeli persiapan raya.
Kami antara orang yang awal datang ke sana.
Macam biasa menu diambil dan pekerja tu memaklumkan makanan akan dihidangkan pada pukul 6.00 atau 6.15 macam tu.

Sementara menunggu waktu berbuka, semakin ramai orang yang datang.
Masa terus berlalu dan orang yang sampai lambat dari kami sudah mulai dapat makanan masing2.
Walaupun sedikit pelik disitu, tapi suami kata xpa, x lama lagi sampailah tu.
Dari pukul 6.15, 6.20 dan 6.25 makanan kami masih x sampai pagi.
Buah kurma dan air merah untuk berbuka sudah disediakan, tapi makanan dan minuman yang di pesan x sampai2 lagi.

Hati dah mula sedikit panas ni =], tapi syukur suami nasihat, nanti dia akan tanya lepas berbuka, kalau tanya sekarang bimbang dipengaruhi oleh mood lapar dan dahaga.
Lepas dah berbuka, kami pun tanyalah salah seorang pelayan di sana. Mereka memanggil pelayan yang mengambil order kami. Bila kami bertanya, baru pelayan tersebut teringat dan mengatakan pesan kami belum dipunch dan belum dimasak lagi.

Allah… aku terasa tegang masa tu. Al-maklumlah penat + haus masa tu. Pelayan tu minta maaf dan berjanji akan memasak secepat yang mungkin untuk menu kami berdua.
Tapi.. aku dan suami sudah x mahu dan berniat untuk ketempat yang lain sahaja.
Dalam fikiran, perkhidmatan x berapa ok dan hak kami terabai. Huhuhu.
Kami pun membatalkan tempahan dan pergi dari situ.

Hmm.. kembali kepada tajuk entri.. 
Kita selalu mengambil berat tentang hak diri kita bukan?
Dan kita mudah terasa kecewa atau marah apabila kita tidak mendapat hak kita pada masa yang sepatutnya.  Betulkan? Tepuk dada, tanyalah iman yang ada pada diri kita.
Ada kita fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita selalu tangguhkan? Contohnya selalu melewatkan solat? Allah.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kita mudah berasa jauh hati dengan sesuatu perkara yang pernah meyakitkan diri kita atau perkara yang pernah membuat kesilapan dalam menyediakan hak kita dan berniat untuk tidak pergi semula ketempat tersebut. Betulkan?
Ada kita fikir, macam mana dengan hak Allah yang kita wajib buat, tapi kita tidak laksanakan?
Allah suruh kita solat.. apa agaknya pandangan Allah kepada kita bila mana kita x solat?
Tentu Allah marah kita kan?
Tapi Allah itu Maha Pemaaf, kita buat dosa hari ni, bila kita memohon keampunan, insya-allah pasti Allah maafkan..

Dalam tidak sedar, terlalu banyak hak Allah kita tidak tunaikan dengan baik.
Allah..Allah..Lemahnya diri kita ni. Kenapa kita selalu fikir tentang hak kita sahaja? Sedangkan apa yang ada pada diri kita bukannya milik kita. Semuanya adalah milik Allah, apa yang ada pada diri kita hanya pinjaman semata-mata sahaja.


Muhasabah bersama…

"Ya Allah..aku memohon kepada-Mu agar mendapatkan kehidupan yang bersih, kematian yamg mudah dan kembali dalam keadaan yang tidak menyedihkan"



Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE