Bercintalah..

Bismillah..
Malam ni tiba2 pula ada mood nak menulis. Ehee. =p

Suami tersayang sibuk minggu ni, minggu lepas bawa budak tingkatan 6 untuk pertandingan bola tampar peringkat bahagian di Kota Belud. Hari ni pula suami jalan pergi Kota Kinabalu untuk bahagian negeri sebab hari tu team dorang menang. Insya-allah hari selasa baru balik Kudat. Bila tinggal seorang2, memang rasa rindul tu lebih, sebab kami tinggal berdua sahaja, masa banyak dikongsi bersama. Jadi bila suami ada urusan luar terasa bebenar rumah ni sunyi. Masa nilah aku banyak muhasabah diri.. =(

Memo dari suami yang diletak di meja sebelum bertolak
 ke Kota Belud 


Tidak lama lagi usia perkahwinan kami mencecah setahun 3 bulan. Walaupun pada angkanya seperti sudah lama, tapi bagi kami itu adalah kehidupan bersama yang masih baru. Kami masih dalam fasa membina syurga dunia kami, ada waktunya kehidupan ini berjalan seperti biasa, dan ada masanya kami perlu bertatih bersama. 

Proses berkenalan dikalangan kami sebagai suami isteri tidak pernah berhenti.
Makin kita berkenalan, kita akan rasa semakin mendalam perasaan cinta kita kepada pasangan masing2. Bukan berkenalan untuk mencari kelemahan, tapi berkenalanlah untuk mencari  titik keserasian antara diri kita dan dirinya yang bergelar suami kita.

Bercintalah, kerana dia adalah suami dan pasangan yang halal buat kita. Makin kita berusaha mendamaikan hatinya, makin banyak pahala yang kita akan kutip. Muhasabahku, adalah sangat rugi andai kita hanya bersama sebagai suami isteri di dunia ini sahaja tetapi di akhirat nanti kita berpisah, nauzubillahminzalik. Kalau boleh biarlah di akhirat nanti kita bersama juga dengan pasangan kita sebagai suami isteri.

Jadi hari ni akau nak kongsi tanggungjawab isteri yang mungkin tanpa kita sedar ada yang kita terlepas pandang atau mungkin memandang ringan sebelum ni.

1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah.
2. Patuh terhadapa suruhan suami (selagi bukan yang maksiat) dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin.
3. Sekiranya sudah mempunyai anak, tumpukanlah sepenuh kasih sayang kepada anak2 dan suami.
4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri.
5. Menjaga amanah dan harta suami.
6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaualan suami isteri.
7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami melainkan perkara darurat.
8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan bukan untuk orang lain.ketika berada dikhalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.

Sumber:Tanggungjawab isteri dalam Indahnya Hidup Bersyariat

Semoga perkongsian kali ni ada manfaatnya buat kita semua, insya-allah. Ingat, jangan berhenti untuk menyintai suami kita. Semoga percintaan berpanjangan hingga ke syurga nanti, amin ya Allah.

Perasaan kasih sayang adalah anugerah dari Ilahi



Terima kasih untuk semuanya suamiku..

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE