Syukur ya Allah

~Bismillah~

Alhamdulillah, hari ni 27 November 2012 aku menulis lagi.

Hari ni genap 6 bulan aku dan suami menikmati kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang halal, alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih memberi kenikmatan kepada kami untuk melayari bahtera rumahtangga bersama.

Syukur pada Allah yang memberi ketenteraman pada rumahtangga yang telah dibina.
Syukur pada Allah yang sentiasa menjaga hati ini untuk terus istiqomah dalam setiap kebaikan.
Syukur pada Allah disetiap perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Disini aku nak titipkan sedikit kata2 buat suami tersayang @ abang.. Insya-allah semoga diari maya ini menjadi kenangan buat diri kita pada masa hadapan nanti, insya-allah dengan izin Allah.




Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan ini, amin.

Buat suamiku tersayang..
Pejam celik pejam celik sudah genap 6 bulan kita bernikah..
Sudah banyak rasa yang telah kita kongsi bersama..
kita selalu ketawa bersama.
Kadang kita nangis bersama.
Tapi... kita selalu ingat 'Dia' bersama.
'Dia' hadiah yang terindah buat kita walaupun Allah cuma singgahkan 'Dia' sekejap dirahimku ini.

Buat suamiku tersayang..
6 bulan masa yang kita susuri bersama bukan masa yang pendek.
Kita kenal tidak lama abang.
Tapi Allah bagi kita masa lebih untuk berkenalan selepas kahwin.
Untuk lebih berkasih sayang dan menikmati cinta yang halal demi DIA.
Kerana Allah tahu itu yang terbaik buat diri kita.
Allah...syukur ya Allah diatas setiap nikmatMu

Buat suamiku tersayang..
Terima kasih untuk semua kasih sayang yang telah diberikan.
Terima kasih untuk setiap didikan yang diberikan kepada diri ini.
Terima kasih untuk setiap ihsan yang abang berikan.
Doaku...semoga Allah sentiasa memelihara diri kita dan hubungan kita.
Amin ya rabbal alamin.

~Love till Jannah, insya-allah wa bi'iznillah~



"Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang"
(Surah al-Rum:21)

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE