A day

~Bismillah~

Semalam bersamaan 14hb aku dan En.suami balik ke Tuaran.
Menggunakan kesempatan balik ni untuk selesaikan beberapa urusan di K.K.

Semalam juga kami p k.k untuk urus laptop En. suami yang xberapa sihat. =p.
Jadi aku bawalah anak buah sama, si comel Khadijah.
Bila dah sampai kedai laptop, orang tu suruh tunggu dalam 10 minit pula.

Jadi x mahu tunggu disana jadi En. suami pun ajaklah minum kat kedai ala2 ice blog, iaitu Yoyo cafe.
Aku order chocolate + pearl, suami milkytea + coconutcube, khadijah pula chocolate + coconutcube.
Bila order kami dah siap, aku dan suami pun minum dan bila nak tolong cucukkan minuman Khadijah dia x mahu... Pelik juga kenapa dia x mahu?

Anty Dang: Jah..kenapa xnak minum?
Khadijah: Ni untuk umi dan abi.. =)
Anty Dang: =]

En.suami bagi minuman dia untuk Jah minum.
Baiknya pakcik Jah =p


Ya Allah...kecil2 lagi dah ingat tentang umi dan abinya.. Tersentuh juga hati ni sebab Khadijah yang baru berusia 3 tahun lebih sudah mampu berfikir mcam tu. Sejuk perut ibu yang mengandungkan Siti Khadijah. Khadijah sayang, semoga terus jadi anak yang solehah ya buat umi dan abi.

Lepas dari kedai laptop, kami pun p Wisma Muis, pusat islam di Sabah.
Anty Dang dan Jah bergambar berlatarbelakngkan Masjid K.k
(Pakcik tolong ambil gambar, hihi)

Lepas tu p pasar malam di Kk, memang banyak pilihan, rambang mata. Hihi, dalam masa yang sama juga Jah mengadu lapar, jadi belikanlah dia ayam goreng dan mee + ABC.

Malam pula, si kemetot datang rumah. Meriah sangat rumah, huhu. Apa lagi, kemetot Caca pun naik ke bilik dan main dengan aciknya (sebutan budak2 untuk pakcik). Nassib baiklah katil bilik x roboh, hihi.


pakcik yang setia melayan karenah anak buahnya


Jah buli Caca, pakcik jadi penyelamat. =p


Caca: Yeye..kami berjaya buli pakcik
Jah: Setuju!

sayang semuanya. =)
Epy olidei dan Salam Maal Hijrah 1434 H =).


Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE