Semoga Terus Tabah

Saat aku menulis catatan ni hanya air mata menjadi peneman. Menginsafi diri.. Mengenang betapa kecilnya diri ini.. Baru sedikit ujian Allah bagi, diriku ini seakan sudah rapuh dan lemah. 

Hmm.. Sebenarnya tiada satu jaminan pun apa yang ada dengan kita, selamanya adalah milik kita. Semuanya milik Allah. Kita hanya meminjamnya sahaja. Bila-bila masa sahaja  Allah boleh ambil haknya.

Selain mengetahui diri menghidap penyakit kronik.. Perkara lain yang paling kita takut adalah bila mengetahui bila orang yang kita sayang juga berhadapan dengan  perkara yang sama.. Allahuakhbar.


Kurang setahun selepas aku disahkan ada SLE, kami dikejutkan dengan keadaan anak buah, Siti Khadijah yang menghadapi penyakit scoliosis. Bukan setakat scoliosis, tetapi disaraf tunjang juga ada air bertakung. Satu malam tu, mama telefon (masa tu aku masih dikudat) beritahu yang anak  buah tiba2 menangis kesakitan. Bahu Siti Khadijah sedikit membengkok. Ummi dan abinya bawa pergi Hospital Likas. Buat semua x-ray, ct scan, doctor sahkan Siti Khadijah ada scoliosis. Sekarang, masih dalam pemantauan. Doctor pun masih belum tahu apa keputusan yang terbaik buat anak buah. Kalau scoliosis biasa, boleh dibedah untuk tampung pembengkokan tulang. kalau x silap, sekarang ni degree pembengkokan anak buah sudah 45-47 degree macam tu.

Cuma sekarang ni Jika bedah, ada risiko sebab melibatkan saraf tunjang.  Jika tidak dibedah pula, sampai bila Siti Khadijah akan bertahan sebab tulang akan menekan bahagian jantung. Allah..Allah... sekarang anak buah aktif juga macam kanak-kanak normal yan lain. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Siti Khadijah..Semoga sentiasa sihat.

Bulan 10, tahun 2016. Sekali lagi keluarga kami dikejutkan dengan ujian yang berat apabila mamaku disahkan menghidap breast cancer stage 4. Waktu kakak telefon ni, aku berada disekolah masa perhimpunan. Memang tidak tertahan air mata, aku cuba tahan. Tapi…air mata ni aku xmampu bendung.. satu2 air mata jatuh, terpaksa pergi tandas.. Allah..besar sungguh ujianMu..

Jah and the geng. Eh..Ainur mana? =)

Sekarang mama menjalani rawatan kemoterapi. Satu cycle ada 6 pusingan. Rawatan kemoterai mama setiap 3 minggu.  Sekarang ni mama sudah buat kemoterapi kali  ke-empat. Insha-allah ada 2 kali lagi. Baru2 ni kami ada temankan mama untuk review dengan doktro pakar. Alhmdulillah kanser mama mengecut dan  Insha-allah kalau tiada halangan, bulan 3 ni mama akan buat pembedahan. Semoga dipermudahkan segalanya, aamiin ya Allah.

Mama masa on kemoterapi.

Semoga kami semua tabah. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan kepada mamaku  sayang dan anak buahku sayang. Semoga allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada bapaku. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada kakak2 dan abang2ku. Semoga abg amin dan kak Lin kuat menghadapi ujian daripada Allah. Semoga suamiku juga terus tabah dalam menjagaku.


Allah.. mungkin ini bahagian kami di dunia. Aku tahu untuk dapatkan syurgaMu bukan mudah. Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa bergantung harap hanya kepadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi penyakit dan sesungguhnya Engkau jugalah yang memberi penawar. Semoga ujian kesakitan yang Engkau berikan kepada kami sekelurga menjadi baja2 agar kami berusaha untuk lebih dekat dengan Mu ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE