~Terima kasih…suamiku~

Alhmdulillah.. . Tahun baru.. semoga Allah permudahkan segalanya..

Penghujung tahun ni dapat berita gembira…

Bergenang air mata...

Hanya ucapan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang mampu diucapakan…

Perancangan Allah Maha Hebat…

Setelah hampir setengah tahun (masuk hospital dan aku dapat pindah sekolah berlainan daerah)..

Kini…

Aku dan suami tidak lagi PJJ (hanya berjumpa hujung minggu)

Allah.. terima kasih ya Allah permudahkan urusan kami..

Engkau hadirkan pelangi dalam hidup kami selepas hujan…

Benarlah janji Allah..”bersama kesulitan pasti ada kemudahan”..

Terima kasih abg… terima kasih kerana sanggup berkorban demi keluarga kecil kita…

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan abg..

Syg tahu tidak mudah sebenarnya bagi abg untuk melepaskan anak-anak tingkatan 6 di sekolah lama dulu..

ya Allah...peliharalah rumah tangga kami. Engkau berkatilah rumah tangga kami ya Allah.

Terima kasih menjadi suami yang baik..

Terima kasih kerana berusaha untuk menjadi imam yang baik..

Terima kasih menjadi kawan yang baik..

Terima kasih menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk anak kita… insha allah untuk anak-anak kita.

Terima kasih kerana sanggup bersusah-payah demi dekat dengan kami..

Semoga Allah permudahkan segala kerja abg di sekolah baru..

Terasa sebak ketika menerima sms dari abg..

Mungkin ada jiwa dan perasaan yang terusik ketika berada di sekolah baru, tapi berusaha juga memberi nasihat buat si isteri...

"Abg syg dgn syg.. 
Biarlah abg bersusah disini dulu sbb syg bersusah2 jg dsana. 
Harap bila kita bersusah begini kita akan makin dekat dengan Allah.. 
Bila kita susah kita akan cuba dekatkan diri dengan Allah tapi kalau senang ambil mudah sahaja. Kita didik diri kita dulu, bila iman kita kukuh kita akan rasa semuanya mudah sahaja."

Semoga abg bisa menjadi seorang pendidik yang berjaya mendidik anak-anak murid dengan ikhlas dan penuh bertanggungjawab...aamin ya ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE