Anugerah Terindah
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya aku sudah menjadi ibu untuk hampir 6 bulan. (Banyak sudah ibu rasa sayang) Pada 21 Oktober 2014 lahirnya seorang puteri @ khalifah Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah menjadi pelengkap dalam kehidupan kami suami isteri. Anak solehah ibu, Ainur Mardhiah Nama diberi Ainur Mardhiah Bt Jumiril. Insya-allah semoga menjadi cahaya mata yang diredhai sayang. Lahir di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Likas. Berat cuma 1.85kg, sekarang sudah 6kg lebih alhamdulillah. Anak ibu lahir pada pukul 8.08 malam secara pembedahan. Insya-allah akan ada juga entri tentang pengalaman bersalin nanti untuk kenangan pada masa akan datang. Alhamdulillah anak ibu hampir 6 bulan sudah. (Terima kasih mama dan anty jia banyak tolong ibu jaga Ainur semasa ibu tidak sihat, T_T) Banyak ragam dan gaya sudah. Menjadi penghib...