Posts

Showing posts from June, 2017

Sinar Ramadhan: Sumbangan buat Siti Khadijah

Image
Bismillah dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.. “Bantu adik Siti Khadijah untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain” klik gambar untuk lebih jelas Siti Khadijah baru 6 tahun semasa dikesan ada penyakit ni. Dan sekarang  berumur 8 tahun dan akan menjalani pembedahan untuk masalah pembengkokan tulang pada 13 Jun 2017.  Siti khadijah merupakan anak buah aku yang kedua. Ibubapa Siti Khadijah hanya bekerja di sekolah rendah tahfiz. Menjadi harapan agar ada yang sudi memberikan sedikit sumbangan kepada adik Siti Khadijah untuk membiayai kos perubatan semasa dan selepas pembedahan. Anggaran kos yang diperlukan ialah RM20K. Sedikit perkongisan tentang penyakit Siti Khadijah Scolisis (tulang belakang sudah membengkok sebanyak 70 darjah). Chairi malformation (tengkorak kepala terturun, hujung otak dan tengkorak kepala dalam kedudukan yang tidak normal). Dalam saraf tunjang adik Siti Khadjah ada cecair dari otak tersekat...