Posts

Showing posts from December, 2012

Doa

Image
~Bismillah~ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Amin ya Allah. (al-Baqarah:286)

Cherita cuti

Image
~Bismillah~ Hari ni aku menulis lagi.. Kali ni aku nak tulis tentang cerita aku masa cuti ni. Cuti ni tiada pergi mana2 tempat khas pun, just berjalan2 dengan suami, family kat Tuaran dan family kat Kudat. Tapi setiap masa yang ada itulah yang masa yang paling berharga buat diriku ini.  Teringat satu teka teki Imam Ghazali kepada anak muridnya tentang apakah yang paling jauh dengan diri kita? Hmm, memang banyak benda yang jauh dengan diri kita, tapi masa yang kita sudah tinggalkan adalah masa yang paling jauh kerana kita tidak mampu untuk untuk mengulang masa tersebut. Betul atau tidak? Bila difikirkan memang betul kerana kita tidak boleh kembali pun kepada perkara yang kita telah buat seminit yang lepas, sejam yang lepas, perkara semalam ataupun perkara setahun lepas. Tapi kita cuma mampu untuk mengingatnya sebagai satu kenangan buat diri kita. Jadi berbalik kepada cerita cutiku. 17 Disember Aku dan suami balik Tuaran selepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua sam...

Ibu

Image
~Bismillah~ Dua hari lepas aku ada sembang2 dengan mama di telefon, masa tengah sembang2 tu, mama cakap "rindu pula dengar suara ko nak".. ehee.. saja ja manja2 dengan mama, aku tanya mama "kenapa rindu", mama kata "iyalah mama pun sudah tua, bukannya tahu umur"…sob.. bergenang air mata.. Allah… Rindu keluarga di Tuaran. (Baru ja pun balik Tuaran hari tu, huhu.) Jadi hari ni aku nak kongsi sedikit tentang mama @ ibu.  Tanpa ibu kita tidak akan lahir ke dunia ini Sebagai permulaan aku suka untuk berkongsi satu hadis tentang ibu. Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' [HR B...

.:8 tahun:.

Image
~Bismillah~ 8 tahun? Hihi..tak tau nak letak tajuk apa.. =). Minggu ni sibuk nak crita tentang hari kelahiran sahaja. Kali ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat anak buah sulung, Muhd Wafiy Sufi yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun pada hari ni (8 Disember 2012).  Ucapan dari kejauhan sebab anty jidang xdapat balik, temankan pakcik kat sini jaga pelajar STPM kat asrama. =p. Insya-allah ada masa nanti anty balik Tuaran kita jumpa ya. Alhamdulillah tadi sempat juga kak Jiah MMS gambar, terubat sikit rindu di hati anty ni. Anak2 buahku ni bolehlah dikatakan sangat rapat dengan aku, baik Wafiy, Khadijah ataupun Caca. Ingat lagi Wafiy ni, bila aku balik Johor belajar dulu, dia selalu ikut pergi airport, bila aku masuk ja kat balai belepas, nampak muka dia akan berubah. Pastu konfem aku dapat msg dari akak..."dik...wafiy nangis cari ko dik..." Masa tu juga air mata ni pasti akan mengalir. Allah sedih sangat masa tu dengan homesick yang memang ...

Sanah helwah

Image
~Bismillah~ Baru hari ni dapat update blog kerana keadaan yang tidak mengizinkan, lebih2 lagi bila En. Suami diberi ujian tubuh badan yang tidak sihat sejak 3 Disember yang lepas. Alhamdulillah sekarang sudah beransur baik dan sudah mula membuat lawak seperti biasa, syukur Alhamdulillah. ;) Hari ni aku nak dedikasikan sesuatu dalam diari maya ni buat En. Suami tersayang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember yang lepas. Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun sayang. Tiada hadiah yang bernilai mampu aku berikan melainkan hanya doa pada DIA untuk segala kebaikan dalam hidup abang. Ni masa En. Suami kecil2..comeykan =) Sekarang..Alhamdulillah sudah 27 tahun usianya doaku buat dirinya Tidak lupa juga kepada teman seperjuangan ketika belajar dulu, Pn. Aini yang bermurah hati berikan topup semasa keadaan suami tidak mengizinkan hari tu. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik yang diberikan.