macam-macam =)
Bismillah.. Hari ni tergerak hati pula untuk menulis diari maya ini. Minggu ni baru sahaja selesai buat PBS secara lisan kepada para pelajar untuk subjek Bahasa Melayu. Nak dijadikan cerita buat PBS dalam kelas 1A1, patutnya kelas ni kelas budak pandai tapi entah ramai guru yang komplen budaknya banyak yang slow. Masa untuk berinteraksi tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian; Cerita 1 Cikgu: Siapa kawan baik kamu di sekolah ni? Pelajar: Ismarizal cikgu. Cikgu: Ceritakan kenapa cikgu kenapa dia kawan baik kamu? Pelajar: Sebab dia lucah cikgu (dengan nada yang yakin) Cikgu: Tergelak waktu tu juga. Hihihihi. Pelajar: Eh, silap cikgu, sebab dia lucu. (dengan muka yang merah). Cikgu: =))) Cerita 2 Cikgu: Ceritakan kepada cikgu tentang diri kamu. Pelajar; Diam (buat mula blur). Cikgu: Ok, kamu ada berapa orang adik beradik? Pelajar: 2 orang cikgu. Cikgu: Kamu anak yang ke-berapa? Pelajar: ke-3 cikgu. Cikgu: Memang tergelak waktu tu juga, x tahan ...