macam-macam =)

Bismillah..

Hari ni tergerak hati pula untuk menulis diari maya ini.
Minggu ni baru sahaja selesai buat PBS secara lisan kepada para pelajar untuk subjek Bahasa Melayu.
Nak dijadikan cerita buat PBS dalam kelas 1A1, patutnya kelas ni kelas budak pandai tapi entah ramai guru yang komplen budaknya banyak yang slow.



Masa untuk berinteraksi tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian;

Cerita 1

Cikgu: Siapa kawan baik kamu di sekolah ni?
Pelajar: Ismarizal cikgu.
Cikgu: Ceritakan kenapa cikgu kenapa dia kawan baik kamu?
Pelajar: Sebab dia lucah cikgu (dengan nada yang yakin)
Cikgu: Tergelak waktu tu juga. Hihihihi.
Pelajar: Eh, silap cikgu, sebab dia lucu. (dengan muka yang merah).
Cikgu: =)))

Cerita 2

Cikgu: Ceritakan kepada cikgu tentang diri kamu.
Pelajar; Diam (buat mula blur).
Cikgu: Ok, kamu ada berapa orang adik beradik?
Pelajar: 2 orang cikgu.
Cikgu: Kamu anak yang ke-berapa?
Pelajar: ke-3 cikgu.
Cikgu: Memang tergelak waktu tu juga, x tahan perut.
Pelajar; Diam (muka masih blur).
Cikgu: =))

Cerita 3(PBS lisan KH budak PROBIM)

Cikgu: Di kelas, ketua adalah ketua kelas. Kalau dibengkel, siapa ketua?
Pelajar: Posmen cikgu.
Cikgu: Tersenyum2 kambing menahan lucu. Bukan posmen ya, tapi formen.
Pelajar: Ketawa sendirian.

Macam-macam ragam pelajar di kelas, walau kadang rasa macam tension sangat tapi pelajar ni jugalah jadi penghibur ketika berada di kelas. Cikgu sayang kamu. Hihihi.





Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE