Posts

Showing posts from January, 2014

~Alhamdulillah~

Image
Alhmadulillah adalah tanda kita bersyukur kepada Allah. Bila kita diberi kesenangan, ucaplah alhamdulillah  atas setiap rezeki yang diberikan-Nya. Bila kita ditimpa kesusahah, ucaplah alhamdulillah  mungkin Allah ingin menegur kita. Pasti ada hikmah-Nya. Dalam semua perkara yang berlaku dalam hidup kita, ucaplah alhamdulillah kerana kita tidak menerima apa yang kita inginkan kan, Tetapi kita menerima apa yang kita perlukan. Ternyata doa kita dimakbulkan =)

Eh..macam..

Bismillah.. Tengah buat kerja sekolah, tiba2 dapat video dari anak buah Wafiy. Tension buat kerja tiba2 bertukar senyum sehingga ke telinga.  Ingatkan demam ni dah kebah. Rupanya anak buah pun demam 'syasya legoland' juga. Hihihihi. Terhibur tengok video ni.. Kodi Yang Comel Anty rindu kamu semua. =) Ok, jom sambung buat kerja balik.

BaCk 2 SchO0l

Image
Bismillah.. Sudah masuk tahun baru, tahun 2014. Bermakna cuti sekolah akan melabuhkan tirainya. Walapun hari ni ada negeri yang sudah bersekolah, tapi bagi negeri sabah dan yang seangkatannya esok baru buka sekolah (2/1/2014) Bersedia untuk ke kembali ke sekolah. =). Bersemangat!! Insya-allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, terutama dalam mendidik para pelajar. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan guru kerana 10 orang guru telah berpindah (2 antara daerah dan 8 antara negeri), tapi tugas tetap harus diteruskan dengan penuh jayanya. ehee. Jadi malam ni suami isteri siapkan kerja sebagai persediaan untuk esok. Buat kerja bersama-sama =) Buat persediaan. ehee. Insya-allah.. Semoga segalanya akan dipermudahkan pada tahun ini. Rabbi yassir wa'latuassir. Lepas ni nak seterika baju untuk esok. Bermulanya semula tugas seorang isteri yang bekerja. Yang penting betulkan niat, kalau niat yang baik pasti Allah akan mambantu. =) ...