Posts

Showing posts from 2015

Pengalaman Bersalin

Image
Bismillah.. Ya Allah...Permudahkanlah perjalananku menjadi seorang ibu..amin. EDD sepatutnya 19/11/2014 tetapi Allah juga mempunyai perancangan yang sendiri. Pada 20/10/2014 pergi sekolah macam biasa, mengajar macam biasa dan sempat lagi menanda kertas PT3 bahagian A. Malam tu masa tidur dah mula rasa tidak selesa, mengiring kiri dan kanan memang sakit kat bahagian perut dan pinggang. Semuanya serba tidak kena. Sekejap-kejap terbangun sebab rasa tidak selesa. Tapi masa ni langsung tidak terfikir sakit yang dialami adalah kontraksi untuk bersalin. Esoknya 21/10/14, bangun macam biasa. Masa nak iron baju suami rasa sakit tu datang lagi, tapi kali ni dapat rasa ada sesuatu yang mengalir. Bila pergi tandas, ada sedikit lendir bercampur darah. Masa ni panic sudah dan air mata mula mengalir sebab bimbang keadaan bayi dalam perut.  Telefon akak minta pendapat, akak suruh balik Tuaran dan terus ke Hospital Raflesia tapi aku tak mau ambil risiko memandangkan perjala...

Anugerah Terindah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya aku sudah menjadi ibu untuk hampir 6 bulan. (Banyak sudah ibu rasa sayang) Pada 21 Oktober 2014 lahirnya seorang puteri @ khalifah Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah menjadi pelengkap dalam kehidupan kami suami isteri. Anak solehah ibu, Ainur Mardhiah Nama diberi Ainur Mardhiah Bt Jumiril. Insya-allah semoga menjadi cahaya mata yang diredhai sayang. Lahir di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Likas. Berat cuma 1.85kg, sekarang sudah 6kg lebih alhamdulillah. Anak ibu lahir pada pukul 8.08 malam secara pembedahan.  Insya-allah akan ada juga entri tentang pengalaman bersalin nanti untuk kenangan pada masa akan datang. Alhamdulillah anak ibu hampir 6 bulan sudah.  (Terima kasih mama dan anty jia banyak tolong ibu jaga Ainur semasa ibu tidak sihat, T_T) Banyak ragam dan gaya sudah. Menjadi penghib...