Pengalaman Bersalin

Bismillah..


Ya Allah...Permudahkanlah perjalananku menjadi seorang ibu..amin.

EDD sepatutnya 19/11/2014 tetapi Allah juga mempunyai perancangan yang sendiri. Pada 20/10/2014 pergi sekolah macam biasa, mengajar macam biasa dan sempat lagi menanda kertas PT3 bahagian A.

Malam tu masa tidur dah mula rasa tidak selesa, mengiring kiri dan kanan memang sakit kat bahagian perut dan pinggang. Semuanya serba tidak kena. Sekejap-kejap terbangun sebab rasa tidak selesa. Tapi masa ni langsung tidak terfikir sakit yang dialami adalah kontraksi untuk bersalin.

Esoknya 21/10/14, bangun macam biasa. Masa nak iron baju suami rasa sakit tu datang lagi, tapi kali ni dapat rasa ada sesuatu yang mengalir. Bila pergi tandas, ada sedikit lendir bercampur darah. Masa ni panic sudah dan air mata mula mengalir sebab bimbang keadaan bayi dalam perut. 

Telefon akak minta pendapat, akak suruh balik Tuaran dan terus ke Hospital Raflesia tapi aku tak mau ambil risiko memandangkan perjalanan bukannya dekat dan keadaan jalan pun bukannya elok sangat.

Aku dan suami pergi bahagian kecemasan di Hospital Kudat untuk memastikan keadaan baby ok. Sampai sana prosedur macam biasa, dan sister chek bukaan. Allah..pertama kali rasa memang sakit. Resultnya sudah buka 2cm dan sedikit leaking, bermakna air ketuban kurang dari sepatutnya.

Bila doctor sampai, doktor scan perut untuk memastikan usia kandungan adalah betul kerana kalau ikut EDD 3 hari lagi usia kandungan baru masuk 36minggu. Doctor x berani ambil risiko, jadi aku pun dihantar ke hospital Likas. Naik ambulan, bukan sesuatu pengalaman yang manis, tetapi itulah yang terbaik. Masa ni suami sentiasa disisi untuk menemani.

Bila sampai Hospital Likas, family ada sudah menunggu. Tapi x sempat berbual pun, aku terus dibawa ke bilik penilaian, dan lalui beberapa prosedur. Masa ni pemantauan rapi dibuat terutamanya untuk periksa jantung baby. Masa ni kadar denyutan jantung bayi (CTG) tidak berapa cantik sangat, kadang ok kadang tidak.

Dipendekkan cerita, masa di sini aku rasa sakit yang amat sangat. Allah…Allah…Allah…itu sahaja yang mampu aku sebut. Memang sakit sangat-sangat, tapi waktu ni cuma fikirkan keadaan anak dalam perut. Zikir Nabi Isa sentiasa dalam mulut dalam keadaan menahan sakit.

Dalam pukul 3 lebih macam tu aku dihantar ke bilik persediaan bersalin. Masa ni memang rasa nak terkencing ja. Mula2 ok lagi bila boleh bangun dan pergi tandas. Tapi bila CTG dah dipasang, aku dah x boleh turun katil sebab doctor bimbang nanti terberanak dalam tandas. Huhu. Masa ni mula rasa tidak selesa sebab sekejap-kejap rasa nak kerkencing. Mula-mula doctor pasang tiub untuk kencing, tapi malu sangat..  Last2 terpaksa minta nurse untuk sediakan bekas untuk kencing.

Hmm… Terasa sakit sangat lagi bila doctor datang dan ambil sample dari kepala bayi yang masih dalam rahimku ni. Allah…Allah…masa ni betul-betul sakit sangat. Doctor terpaksa buat 2 kali memandangkan sample rosak (beku) dan bila sample yang kedua pun rosak, doctor nak cuba ambil lagi buat kali ke-3, tapi kali ni aku betul-betul tidak larat dan meminta doctor tidak buat lagi.

Bila bukaan dichek semula, bukaan sudah menunjukkan 5cm. Setelah beberapa kali percubaan meneran dibuat tidak berjaya, akhirnya akupun dihantar ke labour room untuk dibedah memandangkan jantung bayi sudah tidak cantik. Waktu ni hanya Allah ja yang tahu macam mana perasaan aku. Mengiggil kesejukan yang amat sangat, fikir anak dalam perut. Paling xtahan rasa nak terkencing ja masa ini,huhu. Tandatangan surat pembedahan pun terketar-ketar.


Diringkaskan cerita, tepat 8.00 malam aku selamat melahikan seorang khalifah Allah yang sangat comel, sempurna sifatnya dan cantik. Allah…Anak yang aku kandung selama ni. Rindu sangat. Alhamdulillah.. Allah pertemukan kami juga akhirnya. Walaupun tidak lama sebab bayi perlu dihantar ke NICU untuk pemeriksaan lanjut. Allah.. 




Syukur alhamdulillah atas nikmatMu buat kami sekeluarga.

Alhamdulillah anakku membesar dengan sihat dengan izin-Nya.

Ibu sayang Ainur. 

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE