Aktiviti Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park
Bismillah.. Banyak entri yang ingin dikongsi cuma menunggu mood untuk menulis sahaja. Sebelum ini pernah menulis tentang plan untuk pergi ke zoo ini sini . Perancagan ni tahun 2012. Sekarang tahun 2016 baru berkesempatan untuk pergi. Plan pergi kali ni last minit sebab malam tu demam mengejut. Bila pagi tu rasa ok sikit, cadang pergi zoo dengan suami. Kali ni pergi dengan anak dan anak-anak buah, Wafiy, Caca dan Azizi. Jah xdapat ikut sebab umi dan abinya ada kelas mengaji. Jalan dalam pukul 12 lebih. Sampai di zoo sebelum pukul 2 petang. Sekiranya bertolak dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami menggunakan GPS supaya tidak sesat. Muka excited mahu pergi zoo. Bayaran kemasukan ke zoo bagi warganegara, orang dewasa adalah Rm10 untuk kanak-kanak Rm5 manakala kanak-kanak dibawah 3 tahun adalah percuma. Lok Kawi wildlife Park ni terbahagi kepada 2 bahagian zoo dan taman botani. Lok Kawi wildlife Park ni dibuka pada setiap ...