Posts

Showing posts from November, 2016

Diari SLE: Berfikir

Image
Entri imbas kembali. Catatan ni aku tulis semasa berada di wad. Suamiku yang belikan buku latihan. Ada gambar mickey mouse sebab Ainur yang pilih. Buku ni  aku boleh guna bila aku boring dengan menulis sesuatu.  12/7/2016 hari yang betul2 aku rasa down. Pukul 2 petang pergi klinik pakar mata untuk rawatan susulan. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru siap. Tidak lama lepas sampai wad, doctor sudah bersedia untuk buat LP @ ambil air tulang belakang. Macam inilah salah satu kedudukan pesakit semasa LP. kena bongkokkan badan seboleh yang mungkin . Selalunya doktor akan ambil air dalam 7-9 botol. bergantung kepada tekanan dalam kepala pesakit. Macam biasa, kesakitan semasa mengambil air tulang belakang pasti akan ada. Lepas LP, aku tidak boleh bergerak selama 6 jam. Kena tidur @ baring terlentang sahaja. Tapi… 3 jam pertama aku sudah bergerak dengan kebenaran nurse untuk ke tandas membuang air kencing. Memang tidak boleh tahan. Kalau sebelum ni boleh taha...

Diari SLE: Hadirnya Ketika Duka

Image
Ya Allah..Entri kali ni bukan niat untuk mengeluh atau mengadu domba… Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam aku diuji sebagai pesakit SLE, dengan dos ubat yang tinggi, serta kitaran haid yang memang tidak menentu selepas pengambilan ubat, aku diberi nikmat untuk mengandung sekali lagi masa umur Ainur mencecah 7 bulan. Masa ni aku belum perasan apa2, Cuma keinginan untuk makan buah manga atau jeruk mangga sangat membuak2. Asal pergi pasar, pasti beli buah mangga… Ada juga buah mangga yang suami tolong potong dan simpan dalam peti sejuk. Memang nikmat sungguh bila dapat makan. Tapi aku perasan, ruam @ rash dimuka naik dimuka. Rambut kerap gugur dan sendi memang sakit. Bila balik Tuaran, mama pula risau dan suruh beli UPT. Pada 1/6/2015 suami pergi beli UPT dan petang tu juga aku cuba chek. Ingat lagi kalau masa dulu, lepas titik aku akan tunggu agar line naik even faint line, berharap sangat dulu supaya cepat melekat. Tapi kali ni aku biarkan kejap dan cuci...

Diari SLE: Aku dan SLE

Image
Bila Allah mengujimu… Bermakna Allah sayang kepadaMu.. Allah rindukan rintihan suaramu untuk memohon dan berdoa kepadaNya. Disini aku mahu berkongsi tentang ujian yang Allah beri kepada kami sekeluarga. Tujuan cacatan ini ditulis sebagai kenangan dan rujukan pada masa akan datang.Jujur, pernah aku berharap, sebenarnya sangat berharap agar perkara ni adalah cuma mimpi. Kesakitan yang aku alami cuma mimpi. Kesedihan keluargaku cuma mimpi..  Allah..betapa lemahnya diriku =(.. Aku berharap ada orang yang kejutkan aku dan bila aku bangun, aku tinggalkan semua kesakitan dan kesedihan yang aku rasa dan menjalankan kehidupan yang normal macam orang lain. Allah.. ampunkan dosaku..  Inilah hakikat yang aku kena tempuh. Sebagai hamba Allah, aku kena yakin bahawa perancangan Allah Maha hebat terhadap setiap hamba-Nya.. Allah pasti punya rahsianya yang sendiri. Menjadi seorang ibu adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Berjaga malam dibantu oleh suami adalah pengalama...

.:Diari SLE: Cerita Dari Tingkap Hospital:.

Image
Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah . Sakit...menjadikan aku lebih sabar.. Alhamdulillah.. semoga ada sinar buat diriku sekeluarga. Suasana baru, tempat kerja baru dan juga semangat baru, insha Allah. Entri kali ni lebih kepada entri imbas kembali. Tahun ni sudah empat kali aku keluar masuk wad. Raya puasa dan aidilfitri di hospital. Syukur ada suami yang sentiasa menemani dan keluarga yang sentiasa berada disisi untuk memberikan sokongan. Semuanya bermula dengan sakit kepala yang teruk awal bulan 5. Sampai x mampu nak bawa diri, demam dan muntah2. Selera makan memang tiada.  Bila pergi kecemasan Tuaran, cek  darah semua normal Cuma tambah air.  J adi, entri ni aku nak tulis tarikh keluar masuk dan pengalaman sepanjang berada di hospital Queen untuk rujukan akan datang. Semoga tiada lagi lepas ni. Aamin ya Allah. ~5/5/2016-22/5/2016~   Sebelum hari jadi lagi sudah sakit, tapi tunggu lepas hari jadi baru ...