Syukur Ya Allah

~Bismillah~


Syukur ya Allah.... 23 Mei 2012 adalah tarikh yang penting sebab tarikh ini adalah kami yang ISMP ni menjadi guru secara rasmi dan mula melapor diri dipejabat daerah masing-masing... Hampir setahun berlalu dari tarikh kami tamat LM, akhirnya ada sinar juga buat diri ini...


Alhamdulillah..aku dapat sekolah tempat yang sama aku interim dulu... Mungkin ini adalah perancangan Allah buatku... Siapa sangka... datang dari jauh, akhirnya aku akan menjadi orang sini...




~Akhirnya jadi cikgu rasmi juga...=)~


Beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai guru interim, banyak suka dan duka yang aku tempuhi.. Insya-allah semuanya akan mematangkan diri ini...


Semoga dengan pengalaman menjadi guru interim akan mampu untuk mendidik diri ini menjadi lebih sabar dengan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar... Seterusnya berusaha untuk menjadi seorang pendidik yang istiqamah dalam mendidik anak muridnya... 




Ya Allah.. Permudahkanlah perjalanan kerjaku, tentukanlah kebaikan diriku di setiap langkahku...

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE