Anugerah dan ujian
~Bismillah~ Alhamdulillah, hari ni 27 Julai 2012 genap 2 bulan usia pernikahanku. Walaupun usia perkahwinanku baru mencecah 2 bulan, tapi banyak juga suka dan duka yang telah aku kongsi bersama dengan suami. Sesungguhnya suka dan duka, anugerah dan ujian adalah tarbiyyah daripada Allah SWT untuk menguji setiap hamba-Nya. Berpuasa pertama kali sebagai isteri orang adalah anugerah buat diri ini. Walaupun agak kekok menyediakan makanan buat suami tersayang khususnya waktu sahur, tapi aku usahakan juga berbekalkan perencah bismillah dan tawakal kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap yang diharapkan, tapi suami bijak mengambil hati dan makan dengan berselera. Syukur ya Allah di atas anugerahMU. 10 Julai 2012 aku disahkan mengandung melalui ujian air kencing yang aku buat di salah sebuah klink swasta di daerah ini sebab waktu uzurku sudah lambat seminggu dari waktu uzur yang sepatutnya. Aku dan suami begitu gembira dan teruja walaupun tidak menyanggka sece...