~kehidupan 2~

Bismillah..
Dengan nama Allah.. Aku menulis lagi..


Minggu lepas adalah minggu perkhemahan Unit Beruniform sekolah ni dari 29 Jun-1 Julai. Semua guru-guru terlibat. Dalam perkhemahan ni aku memegang portfolio sebagai Biro Makanan, tidak perlu tinggal di sekolah cuma aku dan suami kerap ulang-alik ke sekolah.. Tugas ni tidaklah penat pun sebab yang masaknya adalah AJK tingkatan 6, jadi kami yang Biro Makanan ni just pantau pergerakan mereka. 


Minggu lepas juga adalah Pesta Kelapa 2012 daerah Kudat ni. Pesta kelapa ni adalah pesta tahunan bagi daerah Kudat ni. Pelbagai acara yang telah diadakan. 


kelapa adalah tanda mercu bagi daerah Kudat


Ini adalah pertama kali aku tengo sendiri pesta ni sebab ini adalah tahun pertama aku di sini.=) Cuma aku tidaklah berpeluang menikmati pesta kelapa ni sepenuhnya sebab aku dan suami agak busy, jadi kami cuma pergi malam pertama Pesta Kelapa sahaja. Tu pun just tengo kat gerai-gerai kejap, lepas tu pergi makan, lepas tu pergi sekolah. Tapi memang tidak dapat dinafikan time ni memang ramai orang datang sebab ada pelbagai aktiviti dan jualan, seolah-olah pekan ni hidup terutamanya time malam.


BuBin...Tapi ni cuma gambar hiasan ja, gambar Bubin tak sempat tangkap lagi. =p

Oh ya..minggu lepas juga aku baru ambil 2 ekor anak kucing dari seorang akak yang mengajar kat sekolah yang sama. Tujaunnya adalah untuk menakutkan cik tikus yang ada kat rumah, huhu.. Nama kucing  tu adalah Bulan dan Bintang, yang Bintang ni memang aktif manakala Bulan pula agak pasif. Sebelum ni BuBin (singkkatan Bulan dan Bintang) tinggal dalam rumah, tapi sebab BuBin melepaskan gas yang agak busuk, jadi aku dan suami sepakat letakkan BuBin kat belakang rumah sahaja untuk kebaikan bersama. =]. Bak kata pepatah "sepakat membawa berkat". Time pagi, aku tolong tengo-tengokan BuBin, manakala time tengahari suami pula yang akan tolong tengo-tengokan BuBin, bekerjasama itu perlu..=)


Kelmarin iaitu hari Isnin aku kena menghadiri mesyuarat MPPK lagi. Mesyuarat sebelum ni, idea aku dan suami telah diterima baik oleh guru-guru yang lain, tapi yang menjadi kengkangan adalah banyak-banyak kedai kat daerah ni, tapi tidak ada satu kedai pun yang membekalkan gas helium untuk rancangan gimik kami. Jadi...mungkin kami kena ubah plan sebab kalau kena turun KK semata-mata untuk dapatkan gas helium, kurang berbaloi memandangkan jarak daerah Kudat ke KK bukannya dekat. Jujurnya aku sedikit kecewa, tapi nak buat macam mana, keadaan betul-betul tidak mengizinkan, lagipun aku kena pertimbangkan banyak faktor-faktor yang lain. Insya-allah semoga plan lain dipermudahkan.. Amin ya Allah..


Peta Sabah..Jauhkan Kudat ke KK



~Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah memberikan 

yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu 

menerima rencana-Nya, padahal itulah yang terbaik untuk kita, Insya-allah~

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE