~Kehidupan 3~

~Bismillah~


Genap seminggu akhirnya aku menulis lagi.
Dalam seminggu ni banyak yang aku telah lewati..


~Flashback~


6 Julai 2012 aku dan suami balik ke rumah di Tuaran. Lepas kelas, balik kerumah dan siapkan RPH untuk hari Isnin minggu depan untuk dihantar sebelum balik ke Tuaran. Bergerak sebelum pukul 9 malam dan alhamdulillah sampai di Tuaran pada pukul 11 lebih. Perjalanan yang agak meletihkan tapi perjalanan tidak terasa begitu jauh sebab sepanjang perjalanan aku temankan suami tersayang bersembang supaya suami tidak rasa mengantuk semasa memandu. Kalau dulu2, masa naik kereta sewa atau bapa datang ambil, aku tidur memanjang ja ni, tapi sekarang semuanya sudah berubah. =) Lagipun perasaan balik ke rumah adalah satu perasaan yang sangat mengembirakan. Rindu mama, rindu bapa, rindu anak-anak buah, rindu semuanya. ~`_~. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan.. 


Anak buah.. Wafiy si pembuli, kodi si ayu =)

Caca...the King of Bully.. =p


Tengo wafiy sempat lagi buli caca =)

Ni nak cerita sikit tentang anak-anak buah aku, buat masa ni aku ada 3 orang anak buah yang comey-comey. Pertama Muhd Wafiy Sufi @ wafiy, dia ni trip-trip encem tapi suka membuli adik-adik sepupu dia, terutamanya anak buah yang kedua Siti Khadijah @ Kodi selalu jadi mangsanya sebab yang kodi ni berjiwa lembut, hihi. Manakala anak buah yang ketiga adalah caca atau nama sebenarnya Nur Danisha @ caca adalah pembuli segala pembuli. Hobinya adalah suka mengigit, tidak kisahlah abang atau akak sepupunya, dua-dua dia gigit. Tapi caca ni berani kalau nak dibandingkan dengan yang lain, nak tahu kenapa? sebab bila wafiy dan Kodi nampak lipas, dua-dua akan lari selamatkan diri dari lipas, tapi si caca ni dia yang akan pergi kejar lipas lepas tu pergi hancurkan lipas tu, ish..ish.. Bila agaknya dorang ni akan ada geng baru ya? Insya-allah kalau ada rezeki, pasti akan ada juga. =)


Semasa ketiadaan aku di Kudat, BuBin telah dijaga oleh seorang pelajar yang baik hati, terima kasih Sue. =). Kami stok 2 tin makanan untuk BuBin. Sejak meninggalkan BuBin hanya untuk 2 hari, BuBin dah mula biasa berjalan-jalan di sekitar asrama dan denagan muka yang tak tahu malu singgah di dorm pelajar, huhu, terutamanya Bintang si kucing aktif.


8 Julai balik semula ke daerah Kudat. Hari isnin, 9 Julai kelas berjalan seperti biasa. Selasa ada senaman aerobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, jadi semua kena turun pagi dan selepas aerobik ada perhimpunan Perdana. Jadi petang tu kelas cancel dan digantikan dengan mesyuarat MPPK. Untuk gimik, kami guna gimik yang paling senang, dimana perasmi akan memukul gong sebagai simbol terhadap perasmian MPPK. stand dah hias, tinggal gong lagi.


Hari ni Jumaat, 12 Julai ada food fair sempena MPPK esok hari. Aku beli banyak makanan, antaranya Kek chess, kek coklat dan keropok lekor. Huhu.. Lepas ni macam nak mencari makanan lagi. Ehee.. Insya-allah esok adalah kemuncak MPPK.. Buat masa ni, ni je la, ada masa aku menulis lagi, ni nak buat RPH lagi.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE