Anugerah dan ujian


~Bismillah~

Alhamdulillah, hari ni 27 Julai 2012 genap 2 bulan usia pernikahanku. Walaupun usia perkahwinanku baru mencecah 2 bulan, tapi banyak juga suka dan duka yang telah aku kongsi bersama dengan suami. Sesungguhnya suka dan duka, anugerah dan ujian adalah tarbiyyah daripada Allah SWT untuk menguji setiap hamba-Nya.

Berpuasa pertama kali sebagai isteri orang adalah anugerah buat diri ini. Walaupun agak kekok menyediakan makanan buat suami tersayang khususnya waktu sahur, tapi aku usahakan juga berbekalkan perencah bismillah dan tawakal kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap yang diharapkan, tapi suami bijak mengambil hati dan makan dengan berselera. Syukur ya Allah di atas anugerahMU.

10 Julai 2012 aku disahkan mengandung melalui ujian air kencing yang aku buat di salah sebuah klink swasta di daerah ini sebab waktu uzurku sudah lambat seminggu dari waktu uzur yang sepatutnya. Aku dan suami begitu gembira dan teruja walaupun tidak menyanggka secepat ini, tapi kami tetap terima dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran di atas rezeki Allah yang tidak ternilai ini. Syukur ya Allah.

26 Julai 2012 aku mengalami sedikit pendarahan. Bimbang juga sebab tak pernah mengalami keadaan macam ni, aku call rumah tanya mama, aku call akak ipar untuk minta pendapat dan aku call suami. Kesian kat suami gara-gara aku panic, dia terpaksa balik rumah dan tinggalkan kelas sekejap dan minta kawan dia jaga kejap. Nasihat akak ipar, kalau berterusan baik pergi ke hospital. Bermula pagi, lepas tu macam dah ok. Bincang dengan suami kalau masih berterusan baru pergi hospital, kat sekolah, masa nak sembayang zohor, ada sedikit pendarahan lagi, tapi aku sembayang juga, berdoa kepada Dia semoga tiada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku. Petang tu sempat lagi pergi bazaar dengan suami untuk beli juadah berbuka. Lepas berbuka tu, aku mengalami sedikit lagi pendarahan. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, malam tu juga suami membawa aku ke hospital. Masa kat hospital,aku ingatkan jadi pesakit luar, tak sangka pla terus kena suruh masuk dalam wad untuk berehat sebab bimbang lagi banyak pendarahan berlaku. ~_~. Sabar ye wahai diri.

Masa kat hospital, air kencing kena ambil. Tekanan darah dan beberapa soalan lazim yang ditanya kepadaku. Lama juga menunggu dan aku disuspect PV spotting. Bimbang sangat masa ni, tapi syukur suami setia disisi dan sentiasa bagi semangat. Teringat kata-kata suami, apa-apa pun yang berlaku, kita kena bersedia terima ya sambil suami menggenggam erat tanganku.

Bila result air kencing keluar, doctor cakap aku masih mengandung, alhmadulillah masih ada kegembiran buat diri kami. Untuk kepastian, doctor buat scan, lama juga doctor nak cari, akhirnya doctor dapat juga trace, ya Allah syukur Alhamdulillah doctor cakap embrio ni masih melekat di rahimku… embrio ni masih kecil lagi, baru berusia 5 minggu 4 hari.. Ya Allah… dalam aku bernyawa, ada satu nyawa lagi dalam rahimku.. subhanallah Maha Suci Allah. Insya-allah, 2 minggu kemudian, aku diminta untuk ke hospital lagi untuk scan

Ya Allah.. Tentukanlah kebaikan dalam setiap langkah kami.

Sebab pendarahan ni, aku dapat cuti selama seminggu, bermula hari ni 27 julai sampai 2 Ogos. Tapi insya-allah kalau aku dah sihat sepenuhnya dalam seminggu ni, aku pasti akan ke sekolah juga untuk mengajar anak-anak murid yang selalu dirindui.

Sebelum aku mengundur diri, aku nak kongsi sikit tentang kejadian manusia menurut al-Quran bermula dari peringkat 1 hingga peringkat ke 3 sahaja dulu.

Peringkat 1
Nutfah: iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Firman Allah yang bemaksud;

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " al-Insan : 2

       
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Peringkat ke-2
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud;
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"al-Mukminun:14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah. Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.

Peringkat ke-3
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

Insya-allah, ada masa nanti aku akan cerita lagi tentang kejadian manusia menurut al-Quran sebagai perkongsian. Wallahu'alam.

 “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Surah Ali’ Imran: 38



Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE