~Istimewa Mei~

 ~Bismillah~

Istimewa Mei?
Istimewa sebab cuti sekolah.?
Iya mungkin sebab dapat rehatkan diri buat seketika dari kerja sekolah.


Insya-allah bulan ni banyak juga perkara yang berlaku.
Baik suka dan duka tapi dua2nya adalah tarbiyyah dari Allah.
(sentiasa bersangka baik dengan Allah)

Istimewa Mei?
Paling bermakna...Alhmadulillah..
Hari ni 27 Mei 2013.
Hari ni adalah hari yang bermakna, sungguh bermakna buat diriku dan suamiku.
Jika diingat kembali setahun yang lepas, 27 Mei 2012 adalah hari pernikahanku dan suami.
Bermakna sudah setahun aku dan suami menjalani kehidupan yang halal sebagai suami dan isteri. Alhamdulillah dan syukurlillah di atas setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Footer blog.. Setahun sudah. Alhamdulillah

Alhamduillah.. Semoga rumah tangga yang terbina ini sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan dari-Nya. Semoga kehidupan yang terbina ini sentiasa terpelihara dari sebarang kejahatan di dunia dan di akhirat. Insya-allah dikurniakan zuriat yang soleh dan  solehah, amin ya Allah.
Sejujurnya, aku rasa begitu cepat masa datang dan pergi.


Suami beli kek buah

Setahun bersama..27 Mei 2013


Istimewa Mei?
2 Mei 2013.
Sebab bulan ni juga usiaku telah meningkat menjadi 25 tahun. Semoga usia ni, usia yang sentiasa keberkatan dan menjadi insan yang sentiasa menyenangkan dan menghiburkan orang disekeliling. Terutamanya suami tercinta, dan keluarga2 ku. Insya-allah semoga menjadi seorang pendidik yang dapat menyumbang kepada anak murid tersayang. 
Walaupun ketika ulang tahun suami tidak berapa sihat kerana tangannya retak dan mendapat cuti seminggu, tapi suami masih berusaha untuk memberi kejutan buat diriku ini. Terima kasih ya abang. 

Kek dari abang


Istimewa Mei?
16 Mei 2013.
Hari Guru.
Tahun kedua aku menjadi guru secara rasminya disekolah yang sama bersama suami tersayang. =)


Cukuplah buat masa ni, insya-allah ada masa, aku akan menulis lagi. =). Alhamdulillah diatas semua rahmat yang dikurniakan kepada kami sekeluarga. 

Akhir sekali, selamat bercuti sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE