~Cuti Bersama~

Bismillah..
Alhamdulillah hari ni aku menulis lagi.
Tidak banyak kata2 yang ingin disimpan, cukup sekadar gambar yang berbicara.
Inipun sudah kembali ke Kudat selepas beberapa hari bercuti..
Tulat sudah akan memulakan tugas seperti biasa.
Syukur alhamdulillah kerana cuti kali ni aku dan suami banyak meluangkan masa bersama seperti yang telah dirancang. 

Dan syukur juga kerana bapa tersayang sudah sampai ke Mekah (6/6/13) untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah.

Dan cuti kali ini juga aku dan suami kembali ke Hotel Oreintal, hotel yang sama ketika aku orientasi guru baharu dulu. Perkhidmatan yang baik dan sarapan yang memang sedap. =)

Pemandangan dari hotel tingkat 10. Gayat juga masa ni. =]


Secret Recipi

Blackpepper chiken rice

Sunset di bandar Kota kinabalu

Sayang abang

Ikan bakar di pasar malam KK
(Berpeluh2 makan ikan + belacan.uhuu)


Suami di anjung hotel
(Ini model saya. ehee)

Berlatar belakangkan kolam renang hotel =}

Suami tengah khusyuk main unblock me sambil tunggu makanan sampai

Nasi ayam pedas di SCR. Rasanya oklah.
Tapi kue tewnya lagi sedap.


Sebelum balik Kudat singgah dulu PHD sebab di kudat cuma ada 
francais KFC sahaja. =p


Insya-allah ada masa dan rezeki mungkin akan pergi tempat lain lagi. Insya-allah semoga perancangan suami untuk ketempat yang selalu dirindui akan tercapai juga satu masa nanti. Biar stabil semua dulu, insya-allah. Rezeki Allah pasti ada. Rabbi yassir wala tu'assir.

Bapaku sayang..selamat jalan dan semoga selamat sampai dengan izin Allah.
Kami sayangkan bapa =') 

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE