Setahun Berlalu...

Alhamdulillahdan syukur hanya kepada Allah..

Pejam celik pejam celik sudah setahun aku bertugas di sekolah baru.

Tahun lepas memohon pindah atas kes-kes khas (kes kesihatan). Alhamdulillah dapat.
Sekolah aku masa tingkatan 1-3. Dalam 5 minit ja perjalanan dari rumah.

Dulu hadir sebagai pelajar sekarang  datang sebagai pengajar, alhmdulillah.
Mula2 rasa janggal. Sekarang jiwa mulai sebati.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adalah Allah.
Diminta lapor diri pada 1 Ogos 2016.  Bila sudah lapor diri, 3 hari kemudian masuk semula pula hospital sebab meningitis menyerang kembali.

Bulan September baru dapat bertugas sepenuhnya. Masa ni setiap hari khamis pasti akan ada temujanji di ID Klinik Hospital Queen memandangkan doctor bimbang meningitis ni akan berulang.


Semoga tahun 2017 dapat berlalu dengan penuh kesihatan, keberkatan dan kegembiraan. Semoga tahun2 akan datang juga Allah berikan nikmat kesihatan yang berpanjangan agar dapat aku terus  berbakti kepada anak bangsa… Aamiin ya Allah.

Gambar Pertama di sekolah baru

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE