hat!

~Bismillah~


Sabda Rasulullah saw…


“ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah hati”
Sekadar perkongsian…Hati adalah sesuatu perkara yang subjektif. Tiada siapa yang tahu ada apa dalam hati manusia….
Penjagaan hati itu sangat seni. Halus. Kita beriman bahawa hati itu wujud walaupun kita tidak melihatnya. Kita beriman bahawa apabila hati itu baik, maka baiklah jasad yang menampungnya.


Kita sebagai hamba Allah yang lemah berusahalah untuk menjauhi masalah hati, kerana daripada masalah hati yang kecil itu akan menyebabkan wujudnya rasa tidak puas hati di antara sesama muslim. Justeru,  sekiranya kita pernah buat salah,  jangan malu untuk meminta maaf atas kesilapan yang telah kita lakukan, dan sekiranya ada orang buat salah kepada diri kita, cuba berusaha untuk memaafkan individu tersebut.. insya-allah itu akan buat hati kita rasa lebih tenang…
Ingatlah tentang 4 hakikat iman:
1- Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
2- Ingatlah kesalahan kita kepada orang.
3- Lupakanlah kebaikan kita kepada orang.
4- Lupakanlah keburukan orang kepada kita.
Maka, tunaikanlah hak hati dengan cahaya yang betul!
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE