Simpang Mengayau

~Bismillah~

Hari ni 26 Ogos bersamaan dengan 10 Syawal.. 
Bermakna tak lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan. 
Ni bermakna kurang seminggu lagi majlis persandingan aku dan suami. =]

Esok sekolah pun dah buka, jadi bermulalah lagi kehidupan sebagi seorang pendidik.
Entri kali ni aku nak kongsi sedikit tentang keindahan Simpang Mengayau.
Semalam aku, suami dan adik ipar sempat meluangkan masa untuk ke Simpang Mengayau @ The Tip of Borneo untuk jalan-jalan. Jarak dari pekan Kudat ke Simpang Mengayau adalah sejauh 28 KM. Simpang Mengayau adalah salah satu simbol bagi negeri Sabah dan merupakan tempat pelancongan yang terkenal di daearah Kudat kerana Simpang Mengayau merupakan penghujung bagi negeri Sabah dan juga merupakan pertemuan Laut China Selatan.

Kedudukan Simpang Mengayau

Simpang Mengayau merupakan tempat untuk beriadah yang sangat sesuai untuk sesi keluarga. Pemandangan yang begitu cantik membuatkan hati ini terpesona dengan ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat  2 dan 3 untuk renungan bersama:

"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan) Ar-Ra'd ayat\ 2"

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. Ar-Ra'd ayat 3"

Ni pemandangan Simpang Mengayau dari udara..
Sumber: En. Google

Disini aku sertakan sedikit gambar keindahan Simpang Mengayau untuk perkongsian. =). Mana tahu, ada rezeki dan kelapangan masa, boleh berkunjung ke sini. Sambil makan angin boleh muhasabah diri.

Mercu tanda Simpang Mengayau

Lautan yang terbentang luas


Kehijauan alam sekeliling yang begitu indah..Subhanallah


Bersama suami

Bersama adik ipar

Macam mana? cantikan ciptaan Allah SWT.. Subhanallah.. Insya-allah..Cukuplah untuk entri kali ni ya, lepas ni nak rehat kejap pas2 iron baju suami untuk kerja esok dan buat persediaan untuk mengajar esok. Selamat kembali ke sekolah =). 

Untuk renungan bersama...Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga kepada kita. Hargailah alam kita sebaik yang mungkin. Nabi Muhammad SAW ada berpesan yang bermaksud " Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu kerjakan (Hadis Riwayat Muslim)".

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE