Andai 'dia' pergi...

~Bismillah~


Hari ni 3 Ogos 2012
Patutnya hari ni aku dah memulakan tugas, tapi MC aku disambung lagi hingga ke hari ni, Insya-allah hari Isnin aku akan bertugas semula. Ramadhan tahun ni adalah ramadhan yang paling berat buat diri ini dan suami tersayang. Sehingga ke hari ini, aku masih mengalami pendarahan. Semenjak 26 Julai 2012, pendarahan yang aku alami tidak banyak cuma setiap hari pasti akan ada pendarahan.
Kantung semakin mengecil
30 Julai
Aku mengalami pendarahan yang berwarna merah lepas pergi bazaar dengan suami. Malam tu selepas berbuka, suami membawa aku pergi hospital, macam biasa aku kena buat beberapa prosedur asas. Prosedur yang terakhir, doktor scan perut aku untuk kepastian. Mula-mula doktor tu x dapat buat keputusan, jadi dia panggil lagi seorang doktor untuk scan sama-sama, masa tu memang rasa x sedap hati sudah tapi syukur suami sentiasa di sisi. Doktor cuma buat kesimpulan awal yang kantung baby dah semakin mengecil dari yang mula-mula kena scan.. Ya Allah... Time ni memang dah sebak, tahan juga. =(. Doktor cadangkan buat scan dari bawah, tapi aku refuse sebab doktor yang nak buat tu lelaki, lagipun aku bimbang sekiranya ada perkara yang tidak diingin berlaku dengan 'dia'.. ='(. Jadi doktor cadangkan aku kena tahan dulu kat wad untuk buat pemantauan. Malam tu memang sedih sangat2, suami x boleh nak jaga sebab aku di tahan dalam wad perempuan, jadi aku tidur seorang2, fikiran aku bercampur baur, sedih fikirkan tentang 'dia', sedih berpisah dengan suami. Time suami hantar barang, aku menangis semahu-mahunya... Ya Allah.. Ni baru berpisah dunia, macam mana agaknya hati ini bila di uji dengan perpisahan yang abadi... Allah...Allah.. ='(


31 Julai
Hari ni suami ambil CRK untuk memudahkan segala urusan berkenaan dengan diriku.
Pukul 5 pagi lagi jururawat dah kejut untuk ambil tekanan darah, jururawat agak terkejut sebab tekanan darah aku terlalu rendah, dia cakap nanti dia kan datang semula.. Sakit ke aku?
Pukul 7 lebih, suami datang dengan mama mentua, aku tersenyum gembira melihat kehadiran mereka, tapi suami dan mama mentua x boleh lama sebab masa melawat belum lagi. Masa ni jururawat suruh aku tahan air kencing untuk memudahkan proses secan nanti.
Pukul 10 lebih doktor perempuan buat scan, lama juga dia nak trace, doktor tekan dalam-dalam untuk cari 'dia' akhirnya doktor jumpa juga 'dia', tapi keputusan tetap sama, doktor tu masih x dapat buat keputusan. Doktor kata kena scan lagi petang ni. Ya Allah, terasa berat sangat ujian dariMu buat diriku yang lemah ini. Aku beranikan diri juga tanya apa sebenarnya yang berlaku..Doktor cakap kantung baby dah kosong x tau sama ada kantung tu masih ada nilai atau tiada nilai sudah.. Ya Allah... Bergenanang air mata ni.. Terdetik dalam hati ni, 'dia' sudah pergi ke... ='(. Lepas aku scan, aku ke tandas untuk buang air kencing, ya Allah, banyak juga darah coklat pekat yang jatuh.. =(.
12.35 suami datang bawa makanan, Ya Allah, aku gembira sangat dapat melihat suami, terubat sedikit kesedihan dalam hati ni... Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku dan hati suamiku dalam menghadapi ujianMU..
Petang tu jururawat tu tanya nak balik x petang ni, aku pun cakaplah nak sebab x nak duduk lama-lama kat hospital. Malam tu keluarga dari Tuaran datang untuk melawat anak dorang dan anak menantu. Gembira dapat jumpa.
Malam tu, lepas makan aku rasa sedikit pening dan lepas tu aku termuntah. Bila aku buang air kencing, coklat pekat tu ikut keluar sama, kali ni ada coklat pekat macam tali, aku panggil mama. Mama cakap mungkin kau keguguranlah ni nak. 
Spotting

Aku cuba untuk tidak menangis. Lepas tu aku masuk rehat dalam bilik, tapi aku masih terasa nak sembang-sembang dengan mama, aku keluar baring2 sama mama. Masa tu, mama usap2 perut aku, dan ini yang paling x tahan, sambil usap2 perut aku mama bawa 'dia' bercakap, mama cakap, "kuat bah sayang, semua orang tunggu kelahiran kau". Time ni air mata x dapat di bendung lagi, ya Allah... laju air mata ni mengalir. Sejujurnya..aku memang sedih, terlalu sedih. Kesian kat 'dia', kesian kat suami yang masih berharap, kesian kat kedua2 keluarga, tapi apakan daya, semua ni perkara diluar jangkaan diri ni.. 


2 Ogos
pagi tu masih mengalami pendarahan, kali ni warna yang keluar dan macam darah period. Aku sms suami beritahu darah makin banyak, aku mms gambar dengan akak untuk minta pendapat, pendapat akak pun sama macam sama mama. Tapi akak cakap jangan sedih, insya-Allah pasti ada rezeki juga tu. Akak nak tolong refer kat hospital pakar kat KK. Tengahari tu suami bawa aku pergi klinik swasta, nak chek juga untuk dapatkan 2nd opinion, tapi hasil yang diperolehi tetap sama, aku tanya doktor ada harapan 50%, dia cakap x boleh bagi harapan langsung. Kali ni aku cuba mengikhlaskan diri walaupun jauh di hatiku aku berasa sangat sedih. Petang tu juga aku pergi ke hospital, kat hospital macam biasa kena tunggu doktor lagi, Sebelum tu, air kencing kena ambil. jururawat nak ambil darah aku kat pergelangan tangan, jururawat pelatih yang buat, ya Allah sakit sangat, sambil genggam tangan, suami nasihat zikir ya sayang. Allah.. jururawat tu pusing2, xtau apa yang dia cari, last2 xdapat sedut darah juga. Jururawat pelatih tu pun minta maaf, tapi aku x salahkan jururawat tu pun, dia cuma buat kerja dia sahaja. Alhamdulillah kali ni doktor yang scan aku adalah isteri salah seorang ustaz kat sekolah kami. Pendapat yang sama juga, cuma kali ni agak yakin. Doktor tu cakap, kantung baby memang dah kosong dan saiznya semakin mengecil, tiada pembesaran. Aku tanya kesimpulannya, doktor cakap memang tiada harapan, boleh cuci atau tunggu 'dia' jatuh sendiri, dia nasihat lebih baik jatuh sendiri. Doktor beritahu perkara yang sama dengan suami, tapi dia cakap x tahula kuasa Allah.. Tapi kami xnak mengharap sudah, aku dan suami cuba terima dan mengikhlaskan diri andai 'dia' telah pergi. Suami cakap semoga 'dia' menjadi rahmat buat kita di syurga nanti.. ='(


Ya Allah...Tiada yang kekal di dunia ini, semuanya adalah pinjaman dariMU. Walau apa pun yang berlaku, aku patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku pernah merasa pengalaman seorang ibu yang mengandung. 'Dia' seorang yang baik sebab sepanjang 6 minggu Allah singgahkan 'dia' kejap di rahim ini, aku dapat rasa satu pengalaman yang baru, aku x pernah alah, x pernah morning sickness, x pernah mengidam yang pelik2.. Kalau 'dia' lahir ke dunia ni, tentu 'dia' pasti akan jadi anak yang baik, tapi Allah lebih sayangkan 'dia'. Ya Allah... aku redha andai 'dia' pergi dan aku yakin Engkau pasti akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. (Surah Al-Baqarah, 155- 156)

Comments

Popular posts from this blog

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE