Cinta Hingga Ke JANNAH

Setiap insan yang bergelar isteri mahupun suami pasti menginginkan hubungan rumah tangga yang dibina berkekalan selamanya. Bukan hanya di dunia tapi juga hingga ke syurga, insha-allah dengan izin Allah. Insha-allah sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan alam rumah tangga, semoga sentiasa wujud sifat romantik dalam diri dan pasangan masing-masing. Semoga cinta yang disemai sentiasa subur dengan reda Allah. Indahnya hidup jika didunia kita bersama, di akhirat pun bersama kelak, aamiin.

Semoga cinta sentiasa hadir dalam diri kita

Entri kali ni aku ingin kongsi dari buku “Isteriku Bidadariku” hasil tulisan Ebit Lew. Tajuk Cinta hingga Ke Jannah.

Isteriku Bidadariku...Ebit Lew

Sedikit penerangan.

Rasulullah SAW ialah seorang lelaki yang paling romantic dan menyayangi keluarga. Rasulullah SAW ialah seorang manusia yang paling besar tanggungjawabnya. Manusia paling sibuk dalam dunia, namun Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan dalam menyayangi ahli keluarganya malah sentiasa menghargai keluarganya. Ini kerana Rasulullah SAW melakukannya dengan penuh rasa cinta. Tidak pernah rasa letih dan penat dalam mencintai. Marilah kita memberi cinta kerana mengharap reda Allah SWT. Berilah kasih sayang dengan rasa cinta. Apabila sunnah kita gapai untuk reda Allah SWT maka Allah menunjukkan sekali lagi kehebatannya untuk dinikmati oleh hambanya yang cuba mendekatkan diri pada Allah SWT. Berikut cara Rasulullah melayan ahli keluarganya (ringkasan) untuk renungan bersama

1. Cium isteri setiap kali masuk dan keluar dari rumah.
2. Membantu isteri naik kenderaan. Bukakan pintu dan tutupkan pintu kenderaan buat isteri.
3. Makan dan minum dari bekas yang sama. Sunnah makan berjemaah. Sunnah suapkan makanan dalam mulut isteri.
4. Berlemah lembut dan menemani isteri yang sakit.
5. Suka bergurau dengan ahli keluarga.
6.  Rasulullah SAW menghargai isteri walau ketika haid. Wanita amat memerlukan suami yang melayannya dalam semua keadaan.
7. Mandi bersama. Dalam kajian mandi bersama ini sangat berkesan merapatkan rasa cinta dan rasa tenang dikalangan pasangan.
8. Mengajak isteri makan di luar dan sekali sekala dan membawa pasangan ke majlis-majlis.
9. Saling menghargai dan menbersihkan setelah bersama.
Luangkan masa dengan keluarga.

10. Bersandar di atas dada isteri dan tidur di atas pahanya
11. Suami dan isteri berkongsi selimut.
12. Mengajak isteri menemani dalam perjalan jauah atau dakawah bersama-sama.
13. Suami menyuap isteri makan.
14. Menemani dan menghantar isteri.

Cuba usahakan untuk keluar berdua jika ada kelapangan.

15. Berjalan berdua-duaan pada waktu malam.
16. Isteri menyikat rambut suami.
17.  Isteri menyapu minyak ke badan suami.
18. Ungkapan cinta dan kasih sayang setiap hari.
19. Melayan isteri dan sentiasa mengembirakan hati suami.
20. Bermain kejar-kejar di antara suami.

Jaga Allah...Allah pasti menjaga hubungan  kamu.



Ni adalah entipati yang terdapat dalam salah satu topik buku ni. Kalau nak lebih detail mungkin boleh dapatkan buku ni. Sangat-sangat digalakkan. =)

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE