~Mencari Keaiban Diri~

Dari sebuah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, “wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya?” Rasulullah menjawab…membaca al-Quran dan meningati mati.



Tiada manusia yang sempurna di dunia ini sebab kita bukan nabi yang terpelihara dari sifat tercela.Tapi itu bukannya alasan untuk kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri dan amalan kita. Semuanya datang dari hati yang ikhlas ingin berubah atau tidak. 

Salah satu cara adalah dengan menginsafi kelemahan ataupun keaiban yang ada pada diri. Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri? Sesungguhnya, apabila Allah berkehendak kebaikan pada hamba-Nya, maka akan diperlihatkan-Nya kekurangan dan kecelaan diri hamba-Nya.

Kadang kita buat hal sendiri dan duduk buat kerja sendiri pun masih ada orang yang tidak puas hati dengan diri kita. Itulah hakikat manusia yang kadang kala mudah untuk menilai dan mencari kesilapan orang. Manusia juga biasanya jarang sekali dapat melihat kecelaan dan keaiban diri sendiri malah keaiban yang ada pada orang lain itu lebih terang dan nyata.



Jadi, perkongisan kali ni berdasarkan buku "Penawar bagi Hati" karya Abdul Aziz Ismai. Dikongsikan dalam buku ni tentang 4 cara yang diberikan oleh Imam Al Ghazali dalam menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mencari kecelaan dan keaiban diri.

Berguru dengan guru yang mursyid.
Guru mursyid disini ialah guru yang dapat mendidik dan menunjuk ajar setiap kesalahan lahir dan batin. Seorang yang berguru diibaratkan seorang yang sedang sakit. Kemudian berjumpa dengan seorang doctor pakar yang boleh mengubati penyakinya. Oleh itu, selalulah berdamping dengan doctor itu disamping menerima apa sahaja nasihat demi menyembuhkan penyakit yang sedang dihadapi.

Maka begitu jugalah kalau kita dapat seorang guru yang boleh memimpin lahir dan batin hingga boleh membuat perubahan lahir dan batin, maka guru seperti ini hendaklah kita damping selalu. Hendaklah kata-katanya menjadi pengubat rohani kita dan segala tingkah lakunya hendaklah dicontohi.

Bertemankan sahabat yang soleh.
Seorang sahabat yang patut menjadi teman dalam pergaualan kita ialah seorang sahabat yang memilik akhlak yang baik lahir dan batinnya.. sahabat yang ikhlas apabila melihat keaiban pada diri kita, dia akan menegur dengan penuh hikmah dan nkasih sayang.

Sahabat yang demikian boleh mengajar dan mendidik kita melalui kata-kata dan perbutannya. Cara ini adalah yang terbaik sekali dalam usaha kita untuk mencari keaiban diri.

Sahabat yang sebenarnya, kita boleh hidup semati dengannya. Sebab tu Rasulullah s.a.w me
Baginda sendiri membuat pengakuan dalam sanadnya yang bermaksud:

“sahabat-sahabat aku adalah ibarat bintang-bintang di langit, mana satu yang kamu ikut kamu akan dapat petunjuk.”

Mendengar kata musuh.
Cara ini juga boleh mengenalkan kita dengan kecelaan dan keaiban diri. Perangai musuh-musuh kita sama ada yang kafir mahupun munafik memang mengintai2 kesilapan dan kesalahan diri kita. Bagi orang yang ingin menghampirkan diri kepada Allah dan menbersihkan diri dari sifat2 yang tercela maka orang ini boleh dapat faedah daripada kata2 jahat oleh musuhnya.

Kita akan mengambil kesempatan yang baik itu untuk  menyuluh semua kesalahan-kelsahan kita dalam membuat perubuahan. Tetapi inilah satu perbuatan yang amat susah hendak dilakukan kalau jiwa kita belum bersedia. Tidak mudah untuk kita menerima lebih2 lagi bila orang lain melemparkan kecaman dan tomahan pada diri kita. 

Tetapi kalau kita benar2 ada cita2 untuk membersihkan kecacatan diri dan ingin membuat perubahan, pandangan dan kecaman musuh boleh memberi faedah kepada kita.

Bergaul dengan masyarakat.
Dalam kita bergaul dengan masyarakat, maka kita akan dapat melihat pelbagai ragam manusia. Lebih2 lagi di akhir zaman ini akhlak masyarakat telah rosak. Maka akhlak2 yang tidak baik itu kita bawa kepada diri kita dan anggapkanlah akhlak2 kita yang rosak itu ada pada diri kita.  Melalui kecacatan dan keburukan akhlak yang diperlihatkan oleh masyarakat, kita boleh menyuluh akhlak yang ada pada diri kita sebagai perbandingan.

Contohnya sifat dengki. Sekiranya sifat dengki ada pada diri kita, maka berusahalah untuk mengungkainya. Dan inilah cara untuk mengenal kecacatan yang ada pada diri kita melalui pergaualan kita dalam masyarakat. 

Jadi, kalau kita ada niat hendak belajar disamping mahu memperbaiki diri, maka kesilapan yang dilakukan oleh orang itu boleh mendidik hati kita dengan sifat mulia. 

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE