Posts

Diari SLE: Oral Herpes

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhmdulillah., Tahun 2018 sudah masuk ke pertengahan bulan Februari. Entri pertama ditahun 2018. Syukur masih diberikan nikmat untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Alhmdulillah juga ulcer dikaki semakin pulih.. 90% isi sudah tumbuh dan tidak perlu cuci hari2 sudah. Pesakit SLE ni memang antibody sangat lemah, tidak boleh tersilap sikit senang saja penyakit akan menyerang. Tu kadang SLE dikatakan penyakit seribu satu wajah sebab lain orang lain simptomnya dan boleh menyerang organ2 yang penting. Belum pun baik ulcer dikaki sepenuhnya, tiba2 pula aku kena jangkit oral herpes. Sejenis kayap dekat bibir. Mula2 muncul sikit ja dekat bibir dalam 2 atau 3 biji, ingatkan allergic sebab makanan. Tapi biji ni semakin banyak pula, dari hujung bibir smpai ke tengah dan ke bahagian dagu. Hari isnin tu 12/2 masih lagi pergi sekolah Cuma pakai mask, bila mengajar baru buka. Bila kelas sudah habis, keluar kejap pergi klini...

Cerita cuti: Perkahwinan Adik Sepupu (Iranun + Bajau)

Image
        Alhmdulillah pada 8 dan 9 disember kami sekeluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang bertempat di K.g. Tamau, Kota Belud. Seminggu sebelum tu mereka sudah bernikah di Telaga, Pitas. Memandangkan keadaan kesihatan kurang mengizinkan, kami sekeluarga cuma pergi ke majlis belah lelaki. ❤   Barakallah... Suzaimie & Suzilah  ❤           Perkahwinan adik sepupu ni agak meriah memandangkan perkahwinan ini melibatkan adat Iranun. Dalam masa yang sama, perkahwinan ini turut mendapat liputan dari stesen tv yang dikendalikan oleh pengacara cantik dan comel, Marsha Milan Londoh, Cuma aku kurang pasti tajuk bagi rancangan tersebut, huhu. Kenal siapa ni? ☺   Petang 8 Dis tu sudah ada liputan dan temuramah bersama pasangan dan keluarga pengantin. Pada sebelah malam pula majlis berinai (berbedak) dan majlis kebudayaan (berunsai). Tetapi tarian runsai tidak dapat dibuat meman...

Jade 3: Love, Laugh & Life

Image
Bismillah… Kurang beberapa minggu lagi tahun 2018 akan menjelma meninggalkan 2017. Semoga tahun 2018 akan memberikan seribu harapan yang lebih bersinar buat kita semua.           Alhmdulillah untuk tahun 2017 aku berjaya menyempurnakan tugas sebagai guru kelas bagi kelas 2 Jade 3. Disamping tu, aku juga mengajar matapelajaran Sejarah bagi kelas ni. Untuk tahun depan belum tahu lagi sama ada masih menjadi guru kelas atau tidak. Menjadi guru kelas Jade 3 memberikan seribu satu kenangan. Kadang suka, kadang tawa dan kadang mungkin sedikit pahit Jade 3 awal tahun (kemas kelas ) Awal tahun 41 orang murid, tidak termasuk 3 orang dari Pendidikan Khas. Kerja2 kelas terutama kehadiran banyak dibantu oleh Farah selalu ketua kelas. Farah pla biasanya dibantu oleh geng2 bila dia tidak hadir.           Murid Jade 3 ni ada pelbagai ragam dia. Ada yang skema, baik, dengar kata dan tapi ...

‘Dating’ cara kami

Image
                Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog. Lama ditinggalkan kerana lebih banyak komitmen yang lebih besar perlu dibuat. Selain itu, keadaan kesihatan yang agak kurang stabil dalam sebulan lebih ini membataskan banyak aktiviti.                 Semuanya bermula selepas hari sukan sekolah 23/ 8. Bertugas 3 hari lupa diri ni seorang pesakit SLE (tidak boleh kena matahari secara terus). Baru setengahari pun muka burn sudah berbanding guru yang lain. Lepas tu cuti seminggu ada balik Kudat, cuti hari raya haji. Masa ni keadaan cuaca di Kudat pun agak panas. Muka makin ketara burn . Huhu.                 Bila balik Tuaran dalam awal bulan 9 macam tu, keadaan kesihatan mulai drop. Batuk dan hampir setiap hari pasti akan demam. Makan panadol, ok pastu demam akan ...

Setahun Berlalu...

Image
Alhamdulillahdan syukur hanya kepada Allah.. Pejam celik pejam celik sudah setahun aku bertugas di sekolah baru. Tahun lepas memohon pindah atas kes-kes khas (kes kesihatan). Alhamdulillah dapat. Sekolah aku masa tingkatan 1-3. Dalam 5 minit ja perjalanan dari rumah. Dulu hadir sebagai pelajar sekarang  datang sebagai pengajar, alhmdulillah. Mula2 rasa janggal. Sekarang jiwa mulai sebati. Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adalah Allah. Diminta lapor diri pada 1 Ogos 2016.  Bila sudah lapor diri, 3 hari kemudian masuk semula pula hospital sebab meningitis menyerang kembali. Bulan September baru dapat bertugas sepenuhnya. Masa ni setiap hari khamis pasti akan ada temujanji di ID Klinik Hospital Queen memandangkan doctor bimbang meningitis ni akan berulang. Semoga tahun 2017 dapat berlalu dengan penuh kesihatan, keberkatan dan kegembiraan. Semoga tahun2 akan datang juga Allah berikan nikmat kesihatan yang berpanjangan agar ...

Lupus Warrior

Image
I have Lupus. That DOESN’T mean I didn't take care myself.  That I refuse to exercise, that I eat properly, that make up my symptoms or whine and complain a lot. It DOES mean that I push myself to the limit constantly. I try to overcompensate where I feel lack. I hide my feelings and everything that may be wrong behind my smiles. I cry in desperation and fear when I am alone and I often wonder how will I live to my next moment.  I don’t want to live this way, but I know I have no other choice.  I have lupus, I didn’t ask for it. I didn’t create it. Don’t judge and criticize me because you don’t understand it. Don’t have with live with it and haven’t walked a day in my lupus shoe. ~copy n paste~

Kasih Tak Bersyarat

Image
Kasih sayang... Satu perasaan yang sukar untuk ditafsir . Kadang sukar untuk diselami. Kadang terlalu sukar untuk difahami. Tapi… Kewujudannya dapat dirasa. Rasa yang wujud dalam hati untuk ikhlas menyayangi. Rasa yang wujud untuk sentiasa mencintai tanpa perlu mengharapkan balasan. kerana... Kasih sayang tidak mempunyai syarat. Rasa sayang yang disertai dengan rasa tanggungjawab. Rasa yang perlu  disertai dengan sikap ihsan. Rasa yang kadang menolak rasa ego ketepi. Kasih sayang banyak bentuknya.. Kasih sayang satu perasaan yang suci.. Semoga kasih sayang yang terbina sentiasa mekar dalam doa yang tidak pernah putus. Ibu sayang Ainur.