Posts

Showing posts from October, 2012

Seorang DIRI lagi

Image
~Bismillah~ Hmm...malam ni duduk sorang2 lagi.. Suami ke sekolah ada program.. Buat keja cikit, bila ngatuk buka internet pula.. Buat keja sambil layan citer si pembuli dan kena buli kat you tube. Oggy and Cockroaches  =)

Petang BERSAMA

Image
~Bismillah~ Hari ni 12 Oktober bersamaan hari Jumaat.. Hari Jumaat ni banyak keistimewaannya.. Antaranya ialah hari Jumaat ni merupakan penghulu segala hari.. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari rahmat, Insya-allah bilamana kita berdoa kepada Allah, Allah pasti akan makbulkannya.. Jadi, jangan lupa banyakkan berdoa ya. Kali ni aku nak cerita sedikit tentang aktiviti hari ni.. Aktiviti bersama en. suami tersayang..=) Macam biasa, setiap pagi sampai tengahari semua guru pagi dan petang akan ke sekolah untuk aktiviti guru sempena PMR.. Manakala waktu petang aku akan ke sekolah untuk siapkan projek KH tingkatan 2. Macam biasa pukul 2 lebih en. suami yang akan tolong hantar ke sekolah, tapi hari ni suami ke sekolah sama untuk ambil gambar bagi pelupusan aset.. Dekat pukul 4 macam tu en. suami ajak keluar untuk temankan dia g gunting rambut.. Tapi sebelum gunting rambut, aku teman suami p bayar keta dulu kat Maybank guna IGB. Sampai kedai gunting, ada 2 orang custom...

Semoga Berjaya

Image
~Bismillah~ Hari ni 9 Oktober 2012.. Hari ni adalah hari pertama peperiksaan PMR.. Masuk tahun ni sudah 9 tahun aku tinggalkan peperiksaan ni. Ucapanku kepada semua pelajar yang menduduki PMR, buat yang terbaik dalam peperiksaan ini. Banyakkan berdoa kepada Allah, jangan lupa minta restu daripada ibubapa dan guru-guru. Ketika di dewan peperiksaan, jangan berbincang dengan kawan2 lagi, fokus pada subjek pada hari tersebut, dan ketika menanti soalan banyakkan selawat, minta di permudahkan segalanya oleh ALLAH yang Maha Mendengar doa setiap hambanya yang meminta dengan hati yang ikhlas, Insya-allah..  Lagi satu, jangan lupa bawa air ya untuk elakkan rasa mengantuk ketika menjawab soalan nanti.  Selepas peperiksaan, banyakkan doa agar hati para pemeriksa dilembutkan dan memberi markah yang baik selaras dengan usaha anda selama ini. Ingat ya, PMR bakal menjadi penentu bagi hala tuju seorang pelajar untuk menentukan masa depannya sama ada mendapat tempat...

X Perfect

Image
~Bismillah~ Buat masa ni aku diberi satu amanah yang berat iaitu memikul tanggungjawab sebagai SUP Petang. Allahuakhbar, besar sebenarnya tanggunjawab ni. Masa nak exam ja memang banyak kerja yang perlu dibuat, baik sebelum exam, semasa exam dan selepas exam. Untuk sebelum exam ni aku kena buat memo, kutip soalan dari guru2, pastikan kertas OMR dan kerta kajang cukup dan yang paling penting adalah buat jadual peperiksaan akhir tahun. Memandangkan peperiksaan akhir tahun semakin hampir, jadi aku kena buat jadual peperiksaan. Buat jadual ni agak susah sebab aku memang tiada pengalaman. Kena sesuaikan masa dengan kertas pada hari peperiksaan, kena masukkan guru yang bertugas memandangkan ada segelintir guru yang hanya bertugas pada hari2 tertentu sahaja.  Selepas beberapa minggu menyiapkan jadual akhir tahun, alhamdulillah, baru jadual ni siap juga. Alhamdulillah siap juga selepas beberapa kali perlu diubah. Ni pun selepas beberapa kali dicetak, baru si...

Doa

Image
Bismillah..  Doa... Apa itu doa?  (Macam tanya anak muridlah pula..=]) Doa bermaksud memohon sesuatu kepada ALLAH yang diharuskan oleh syarak. Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang satu doa. Doa memulakan sesuatu pekerjaan yang berat. Insya-allah yang penting kita berdoa dan berharap hanya pada ALLAH Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya sebagai hamba yang lemah, doa adalah tanda kita mengharapkan pertolongan dan keredhaan daripada ALLAh SWT diatas setiap perkara dalam kehidupan kita di dunia ini. Dan yang paling penting, kita kena yakin Allah Maha Mendengar setiap apa yang kita mohon padaNya.. Maksudnya: Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakkal kepada Allah. Aku berpegang teguh kepada Allah dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakkal. Tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia. Amin ya Allah...  Doa ni aku amal sebelum pergi sek...

Pencerapan ALLAH

Image
~Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~ Alhamdulillah pencerapan hari tu berjalan dengan baik. Anak murid pun beri kerjasama yang baik, takdalah nakal macam selalu. =p Bila bercakap pasal pencerapan, banyak perasaan akan wujud. Rasa takut, bimbanglah, kecut perutlah, pendek kata macam2 perasaan ada baik sebelum dan semasa dicerap. Semuanya ingin buat yang terbaik bila dicerap @ dipantau kerja kita oleh seseorang. Teringat masa kat universiti dulu, bila nak Viva memang tak tido lena untuk buat persiapan viva PSM. Masa viva tu ada seorang ketua panel dan 2 orang panel penyelia. Bimbang kena tanya macam2, bimbang projek kena hentam, bimbang markah dapat rendah tu yang buat persediaan sangat. Hmm..macam tu juga masa latihan mengajar dulu, sebelum tamat latihan mengajar pensyarah akan datang untuk mencerap prestasi guru praktikal ni. Masa ni semua nak buat yang terbaik, sanggup kurangkan tido untuk buat ABBM, betul-betul buat persediaanlah katakan. ...