X Perfect


~Bismillah~

Buat masa ni aku diberi satu amanah yang berat iaitu memikul tanggungjawab sebagai SUP Petang. Allahuakhbar, besar sebenarnya tanggunjawab ni.

Masa nak exam ja memang banyak kerja yang perlu dibuat, baik sebelum exam, semasa exam dan selepas exam.

Untuk sebelum exam ni aku kena buat memo, kutip soalan dari guru2, pastikan kertas OMR dan kerta kajang cukup dan yang paling penting adalah buat jadual peperiksaan akhir tahun.

Memandangkan peperiksaan akhir tahun semakin hampir, jadi aku kena buat jadual peperiksaan. Buat jadual ni agak susah sebab aku memang tiada pengalaman. Kena sesuaikan masa dengan kertas pada hari peperiksaan, kena masukkan guru yang bertugas memandangkan ada segelintir guru yang hanya bertugas pada hari2 tertentu sahaja. 

Selepas beberapa minggu menyiapkan jadual akhir tahun, alhamdulillah, baru jadual ni siap juga.

Alhamdulillah siap juga selepas beberapa kali perlu diubah.

Ni pun selepas beberapa kali dicetak, baru siap sepenuhnya memandangkan sebelum ni banyak kesalahan kecil dan kesalahan besar yang aku terlepas pandang. =[. Huhu..

Aku tahu kerja aku banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Tapi X boleh harap aku buat 100% dengan sempurna.

Aku tahu aku bukannya PERFECT.

Cumanya kalau nak tegur, biarlah tegur dengan cara berhikmah.

Kenalah faham aku guru baharu, banyak benda yang aku perlu belajar. Berilah aku masa untuk biasakan diri.

Hmm..Cuba analogikan bayi yang baru lahir, xkan tiba2 kita nak harap dia jalan terus bila dah lahir. Dia akan merangkak terlebih dahulu, bertatih, berjalan dan baru dapat berjalan dengan baik.

Muhasabah diriku dan muhasabah bersama...Sepatutnya berilah teguran yang membina tapi bukan teguran yang boleh menjatuhkan moral.

~sekadar luahan hati kecilku ini~


Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE