Pencerapan ALLAH

~Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah pencerapan hari tu berjalan dengan baik.
Anak murid pun beri kerjasama yang baik, takdalah nakal macam selalu. =p

Bila bercakap pasal pencerapan, banyak perasaan akan wujud. Rasa takut, bimbanglah, kecut perutlah, pendek kata macam2 perasaan ada baik sebelum dan semasa dicerap. Semuanya ingin buat yang terbaik bila dicerap @ dipantau kerja kita oleh seseorang. Teringat masa kat universiti dulu, bila nak Viva memang tak tido lena untuk buat persiapan viva PSM. Masa viva tu ada seorang ketua panel dan 2 orang panel penyelia.

Bimbang kena tanya macam2, bimbang projek kena hentam, bimbang markah dapat rendah tu yang buat persediaan sangat. Hmm..macam tu juga masa latihan mengajar dulu, sebelum tamat latihan mengajar pensyarah akan datang untuk mencerap prestasi guru praktikal ni. Masa ni semua nak buat yang terbaik, sanggup kurangkan tido untuk buat ABBM, betul-betul buat persediaanlah katakan.


Setiap masa Allah mencerap perbuatan kita

Persoalannya macam mana pula persediaan kita dengan pencerapan Allah? Maha Suci Allah, mungkin kadang2 kita alpa tapi setiap masa Allah mencerap segala perbuatan kita. Pencerapan yang menggunakan 2 panel yang sentiasa setia mengikut dan mencatat segala perbuatan kita, sama ada baik ataupun buruk. Pencerapan ini tidak pernah terlalai. Siapa lagi kalau bukan malaikat Raqib dan Atid dan setia melaksanakan perintah Allah dalam mencatat segala amalan kita.

Dimana-mana sahaja Allah pasti tahu apa yang kita buat, bahkan perkara yang dalam hati pun sudah sedia dicerap oleh Allah.. Allahuakhbar.. lemahnya iman kita. Pencerapan Allah selalu kita pandang ringan. Muhasabah bersama ayuh lengkapkan diri untuk menjadi hamba Allah yang sejati.

Insya-allah semoga hasil pencerapan di dunia ini menjadi sesuatu hasil yang menggembirakan di akhirat kelak. Sesungguhnya kita akan menuai hasil kita di akhirat nanti diatas apa yang kita kerjakan di dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Andai 'dia' pergi...

Diari SLE: Cryptococcal Meningitis

Diari SLE: Aku dan SLE